Wednesday, March 20, 2013

Unconditional Love: Sebab cinta tak perlukan syarat.





Mungkin mukadimah agak hambar. Bila berbicara soal cinta, mulalah semua orang demand for the real definition of 'love'. Cinta itu indah laa.. Cinta itu maksudnya romance laa.. 

Apakah cinta? 
Adakah anda sudah merasakan cinta? 
Membarakah cinta anda? 
Atau hanya suam-suam kuku?
Atau ... anda hanya bertepuk sebelah tangan?

Tarik nafas panjang. Lepas.

Sebagai seorang peminat hindustan, aku pun kadang-kadang teringin juga nak rasa unconditional love yang ditonjolkan tu. Kisah pertemuan teruna dan dara yang tak dirancang, takdir yang tersusun rapi menyatukan hati mereka. Walaupun pada awalnya macam ada lovehate relationship, tapi lepas tu memang dah ultimate love lahh.. Kira kau adalah darahku... Kau adalah jantungku ~~ *insert lagu 'Sempurna' kat sini* Si teruna hensem akan sentiasa dapat si dara pingitan. Mereka akan menyanyi riang untuk menyatakan cinta mereka kepada dunia. Guling-guling turun bukit, tetiba tukar baju masuk scene kat pantai pulak, lepas tu kat air terjun, pastu padang pasir, pastu salji .. bla bla bla *you got my point right?* 

Dan walau apa pun rintangan, mereka akan bersatu jua di hujung cerita , sebab kalau tak orang akan bakar panggung wayang.   

Tapi ada cerita yang tak begitu. Macam Mohabbatein. Macam Shah Rukh Khan dengan Aishwarya Rai. Tertekan dengan halangan dari ayahanda yang garang gila (Amitab Bacchan) si gadis mati tanpa si teruna sempat bersama dengannya. Aww.. sedih. Tapi si teruna tidak pernah berhenti mencintai si gadis. Tak pernah. Malah sehingga bertahun-tahun dia dipandang macam orang gila, mencintai orang yang tidak ada. Perlu ke? LOGIK KE?

Awak rasa apa dia akan kata, kalau kita tanya kenapa dia masih cinta?
Dia kata:
               "Cinta itu tak perlukan syarat"


Senyum lebar.
Cinta itu tak perlukan syarat, sebab kalau kekasih hati tu dah mati pun, kita masih sayang kat dia.

Cinta tu tak perlukan syarat, sebab kalau seribu pun datang menghalang, kita tak mampu menafikannya.

Cinta tu tak perlukan syarat, sebab kalau kita nak tipu diri kita pun, kita takkan mampu dehh...


Awak,
Macam tu jugak dengan cinta kepada Islam. Cinta kepada syariat. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. Cinta kepada Allah. Adakah cinta tu tentang rasa sedap sahaja? Kalau begitu, cuba kita reflect balik, adakah sedap itu sama ertinya dengan manis? Macam mana baru kita define sesuatu tu sebagai sedap?

Adakah sebab ia manis?
Adakah sebab ia masin?
Adakah sebab ia pahit?

Tak. Sedap tu bermaksud cukup rasa. Semua rasa ada. Semua tunas rasa dirangsang secara optimum. Macam tu jugak dengan gerabak dakwah ini. Macam tu jugak dengan hidup sebagai da'ei. Kalau manis sangat.. boleh jadi diabetic kita ni. Sakit. Badan rosak. Kalau sedap sangat pulak, kita jadi 'gemok', Mengantuk, Tidur sepanjang hari.

Geleng kepala.

Sebab tu dakwah dan cinta ni tak perlukan syarat. Adakah kita mahu menjadi golongan yang melihat dari jauh, mengagumi hasil kerja insan lain hanya bila ia sudah lengkap. Kita nak pandang Islam ni macam tourist pandang KLCC ke? Bila dah siap, kagum, tapi tiada siapa memuji orang yang membina KLCC brick by brick ( okay not literally brick by brick sebab KLCC guna concrete mixture..DUH )  Kita nak jadi orang yang participate, turut serta dalam pembinaan. walau hujan ke, ribut ke, kena sambar petir sekalipun.. kita tetap nak siapkan 'menara' kita. Kita tetap nak bina 'ummah' ini. Kita tetap nak jadi bangla dengan batu-bata nya.


You get what I mean right?

Jadi,
Biarlah kita tak rasa sedap yang orang lain sibuk nak kecapi.
Biarlah hidup kita ni ada pahit-pahit sikit.
Biarlah kita jadi bangla yang membina KLCC tu.

Kalau ada orang tanya awak:
          Kenapa kita sibuk sangat, bermati-matian nak jadi bangla dengan batu batanya?

Awak jawab macam ni:
          Sebab saya cintakan agama saya. Dan cinta tu tak perlukan syarat.


Senyum. Bangga.



Credits: 
Kak Laili dan perkongsian tentang Mohabbatein. 
Bulatan Gembira Hawariyyuun
dan penerangan pasal Inche Gabbana's article : Bangla dan batu-bata stuff.


Friday, March 8, 2013

ERTI SEBENAR REDHA DAN SABAR.


Salam.

mengeluh.
mengeluh.
mengeluh.

Hari ini hari yang terasa amat panjang bagiku.
Terasa segala yang terbuku di dada makin menyesakkan.
Aku bingung.. Aku prejudis.. Aku ingin menangis..
Aku kira.. Dia sedang berbicara denganku.

Kelmarin hari yang bahagia bagi mereka
Begitu juga hari ini.. mereka mendapat bahagia
yang suatu ketika dahulu aku damba.. aku cinta
bahagia itu menjadi cita-cita aku
Tapi..
Aku kira.. Dia sedang mengajarku sesuatu.

Apa senyumanku selama ini palsu?
Apa selama ini aku hanya berpandu nafsu?
Apa tidak cukup pengorbananku?
Aku menyoal.. lagi dan lagi.

Ya..
Aku meminta Kau menjadikan aku seorang hamba
yang redha dengan takdirnya
yang sejati dengan cintanya
cinta ibu.. cinta bapa..
Aku kira.. aku sudah cukup membahagiakan mereka
Aku kira.. aku juga bahagia.

Mungkin..
Selama ini aku memang kecewa
aku cipta satu benteng baru
satu dunia di mana
aku lakukan segalanya
untuk membahagiakan yang lain.. bahagiakan mereka..
Aku kira.. aku boleh tersenyum bangga.

Tapi kini..
Satu demi satu batu bata
yang aku susun kemas dan rata
satu demi satu
retak
pecah
gugur
jatuh

Dunia yang aku cipta
yang aku kira aku bahagia di dalamnya
kenapa baru kini..
semuanya...
begitu menyesakkan..

Hati kecil mana
yang tidak terluka..
Hati mana yang bisa tabah
dengan ujian ini..

Selama ini aku kira aku sudah tahu erti redha.
Selama ini aku kira aku sudah faham maksud sabar.

SELAMA INI..
aku hidup dalam penafian.

Maafkan anakmu, ibu.
Imah gagal mencintai apa yang ibu cinta.
Imah gagal merelakan apa yang ibu cita.
Imah gagal meredai laluan yang ibu cipta.

Aku kira..
untuk seketika
aku perlu lari dari tempat ini
barang sehari dua..
ya..
aku perlu ke tengah kota
apa aku ingin mencipta sebuah lagi dunia?
apa aku ingin mengoyakkan luka di dada?

Tidak.
Aku mahu belajar menerima.
Kerana aku tahu..
aku sedar..
Aku kira.. Dia sedang berbicara kepadaku
Erti sebenar redha dan sabar.

PS I: Tiba-tiba, hari ini terasa kusut. Maaf sahabat.. aku tipu bila aku kata aku ok. Aku tipu bila aku kata aku mengantuk.. Aku cuma bingung. Aku perlu waktu.
PS II: Tahniah sahabat! Kau sedang menuju cita-cita kau. Yang suatu masa dahulu.. cita-cita kita. Moga itu yang terbaik buatmu. Dan moga ini yang terbaik buatku.

Salam
:'(

Friday, March 1, 2013

Dia #2


Dia 
masih manusia
walau terkadang terjatuh
masih kental iman di dada

Tapi

Dia
hanyalah manusia
apa yang kau mahu darinya?
Silap yang memulakan sengketa?
Atau tempat bergantung berkasih bermanja?

Dia
masih dia
dan kita
masih kita
sama
manusia
tiada beza
tiada yang sempurna

Kecuali 

Dia
Yang Esa
Yang di atas sana
Yang Maha Melihat Segala