Monday, September 6, 2010

salam seribu makna.

bismillah.
sudah terlalu lama ana tak menulis di blog ini.
kesempatan dan waktu yang ada ana gunakan untuk perkara lain.. perkara yang lebih penting mungkin.
salam kemaafan andai apa yang sudah tercoret di lama ini buat sekian waktunya pernah atau telah menggores hati antum.
salam kemaafan jua atas kelancangan bibir berbicara walau di mana jua dan di atas keterlanjuran jari-jemari ini berlari di atas papan kekunci.
sesungguhnya, ana telah membuat keputusan untuk membuka lembaran baru dalam hidup ini. terlalu banyak kenangan terlakar pada laman yng serba kekurangan ini. ana sedar selama ini niat ana salah dalam mengaplikasikan apa yang ada di depan mata untuk kepentingan lain. setelah ana kaji semula, lebih banyak laman ini mengutarakan isu yang tidak seberapa dan semacam tidak perlu.
ana bertanggungjawab atas semua perkara ini kelak.
untuk itu, ana perlu menghapuskan semua kenangan ini.
hampir semua yang ana telah baca semula.. tidak seharusnya dikongsikan oleh seorang muslimah kepada dunia tanpa sempadan ini.
semuanya terlalu peribadi dan hampir sahaja bahkan telah pun tanpa sedar membuka aib orang lain.
maaf sekali lagi.

buat tempoh selepas ini dan seterusnya, ana akan menulis.. dan cuba untuk lebih berhati-hati di laman yang lain.
http://www.fatimahzahrazulqarnain.blogspot.com/

mungkin sampai di sini sahaja coretan ana di sini.
maaf  sekali lagi..


sahabat yang berdosa,
FaTiMaH ZaHRa' ZuLQaRNaiN

No comments: