erm, since post pasal orientation week pun macam satu perenggan je kan, aku nak share satu benda yang bagi aku macam 'wowwwwwww'. haa.. kalau bagi korang tak 'wowwwww' macam yang aku rasa 'wowwwwwww' tu takpelah kan. aku just nak share je. (takde motip =.=')
anyway, bila kita berada di tempat baru, suasana baru, semua orang pun try their hardest untuk jadi se'welcoming' dan se'friendly' yang mungkin agar suasan lebih condusive (kau apahal ayat sepah?). maksud aku ginilah ye, semua orang pun rajin gila (tiba-tiba) nak bertegur sapa, bertanya khabar dan paling common sekali bertanya nama.
pengalaman orang tanya nama aku kat sini.. uishhhh.. tak terkira. (ecececeh..bajet 'hot stuff' <-- walaupun sungguh aku tak faham apakah maksud 'hot stuff' tapi nak jugak guna sebab ikut peredaran semasa..?) dan bila orang tanya kepada aku "eh.. nama awak apa eh?" dan aku dengan wajah yang suci dan kudus (motip?) menjawab "FATIMAH ZAHRA" maka terhasillah reaksi yang berbagai-bagai yang bagi aku 'wowwwww' sangat-sangat.
reaction #1:
"eh, dik nama apa eh?" seorang super senior bertanya. "nama saya fatimah zahra" again dengan wajah kudus. aka super senior terus berubah riak muka (hiperbola) lalu berkata "subhanallah, sedapnya nama adik (merenung ke siling sebentar) uishhh.. sedaplah nama adik".and then after KULSEM (kuliah sepuluh minit) aku bersalaman dengan akak super senior tersebut (identiti dirahsiakan) lalu akak tersebut memeluk aku seraya berkata "adik, semoga peribadi adik pun mengambil contoh dari anak rasulullah". aku pun tersengih-sengih (sebab terharu sebenarnya) lalu membalas "insya-Allah, kak"
reaction #2:
seorang akak senior bertanya semasa sesi interview Smiling Soul "okay, nama adik apa ye?" aku pun dengan wajah tak berapa kudus sangat sebab tengah nervous "fatimah zahra" akak berdua tersebut terus menjerit memanggil kawannya. "weh..weh.. budak ni nama dia fatimah zahra laa..." kawan dia (yang dijerit itu) menoleh dan senyum kepada aku. rupa-rupanya nama sama daaa.....
reaction #3:
semasa persediaan untuk malam kebudayaan (group aku dapat task koir, tapi mereka nak buat drama sikit, jadi aku join lakonan laa.. tak kuasa aku nak buat soprano tengah-tengah dewan tu) aku sebagai seorang actress (ada satu je watak perempuan, fuhh.. nasib baik aku dapat) join laa the other guys untuk briefing pasal skrip. tiba-tiba seorang muslimin ni tanya aku "eh, nama siapa ek?" aku pun cakaplah dengan wajah kudus dan suci terlampau "ouh..FATIMAH ZAHRA" pergh.. expresion dia tak boleh blaa.. "wahh..sedapnya nama (sambil merenung siling dewan)"
itu antara reaksi-reaksi yang bagi aku 'wowww'. ini adalah pertama kali dalam hidup aku orang menunjukkan ekspresi wajah yang bagi aku 'priceless' bila mereka dapat tahu nama aku "Fatimah Zahra". sebelum ni aku rasa macam 'okay, nama aku Fatimah Zahra.. adik aku Aisyah Humairah.. so, NO BIG DEAL kan?" tapi sekarang aku rasa macam "FUYYOOOOO... nama aku FATIMAH ZAHRA la.."
sekarang aku rasa macam nama aku ni sangat-sangat istimewa. lagi-lagi pulak nama ni nama puteri kesayangan rasulullah. kau rasa peribadi ahlul bait yang confirm masuk syurga ni macam mana? (erm.. nanti aku post kan keperibadian Saidatina Fatimah Zahra' pulak) semoga nama ini juga sebagai salah satu tazkirah dan ingatan untuk aku supaya behave at all time, tak kira kat mana pun sebab NAMA AKU FATIMAH ZAHRA.
PS I: balik ke rumah dengan loads of assignment, ayah berkata dengan wajah innocent "dah berapa belas tahun kau belajar, baru FIRST TIME ni ayah tengok kau buat homework." hahaha. termakbul jugak hajat ayat nak tengok aku buat homework.
PS II: ish..ish..ish. baru satu ramadhan dah ada lagu raya yang berkumandang kat TV. pelik kan?
13 comments:
tau pun maksud nama kau cmne. so, behave girl. HAHA
hihihi,,,, nama aku pulak macam mana ye? semua okay je dengar tapi bila cakap ada kembar semua terkejut.. weyh, followlah aku balik.... blog baru, x de sape nak follow...
kau tgh cuti gak ke tim?
lady cherry aka rawdatun nafisah!!
yelah. kau pun sama. nama sedap tukar nama apasal??
ummul furqan akak teah:
nama ko ..e rmm.. nanti aku buat poll eh. haha.
iffah syuqaira aka afifah shabri:
bukan cutilah. weekend je. semua blog update ni aku taip dalam word je dulu. bila ada internet connection kat mana2 baru aku publish kat blog.
haha.. teknik blogging baru. \0-0/
oh2.. I see.. eh, jap.. asal kena tulis nama penuh aku??
saje jeh..
haha..ko ni klaka la...aaku pling suke bab homework tue..
lupe lak nak cakap...komen atas tue aku yg tulis.hehe
pain:
weh.. rindu weh. haha. ayat bapak aku terbaekkk.. :P
aduh kau ni. aku baru nak anonymous nape kau reveal nama aku? haha
Sedang asyik google nama anak..niat di hati nk letak nama zahra,.terjumpe ini blog fatimah zahra..hehe..really nice name.. ;)
Post a Comment