Friday, March 8, 2013
ERTI SEBENAR REDHA DAN SABAR.
Salam.
mengeluh.
mengeluh.
mengeluh.
Hari ini hari yang terasa amat panjang bagiku.
Terasa segala yang terbuku di dada makin menyesakkan.
Aku bingung.. Aku prejudis.. Aku ingin menangis..
Aku kira.. Dia sedang berbicara denganku.
Kelmarin hari yang bahagia bagi mereka
Begitu juga hari ini.. mereka mendapat bahagia
yang suatu ketika dahulu aku damba.. aku cinta
bahagia itu menjadi cita-cita aku
Tapi..
Aku kira.. Dia sedang mengajarku sesuatu.
Apa senyumanku selama ini palsu?
Apa selama ini aku hanya berpandu nafsu?
Apa tidak cukup pengorbananku?
Aku menyoal.. lagi dan lagi.
Ya..
Aku meminta Kau menjadikan aku seorang hamba
yang redha dengan takdirnya
yang sejati dengan cintanya
cinta ibu.. cinta bapa..
Aku kira.. aku sudah cukup membahagiakan mereka
Aku kira.. aku juga bahagia.
Mungkin..
Selama ini aku memang kecewa
aku cipta satu benteng baru
satu dunia di mana
aku lakukan segalanya
untuk membahagiakan yang lain.. bahagiakan mereka..
Aku kira.. aku boleh tersenyum bangga.
Tapi kini..
Satu demi satu batu bata
yang aku susun kemas dan rata
satu demi satu
retak
pecah
gugur
jatuh
Dunia yang aku cipta
yang aku kira aku bahagia di dalamnya
kenapa baru kini..
semuanya...
begitu menyesakkan..
Hati kecil mana
yang tidak terluka..
Hati mana yang bisa tabah
dengan ujian ini..
Selama ini aku kira aku sudah tahu erti redha.
Selama ini aku kira aku sudah faham maksud sabar.
SELAMA INI..
aku hidup dalam penafian.
Maafkan anakmu, ibu.
Imah gagal mencintai apa yang ibu cinta.
Imah gagal merelakan apa yang ibu cita.
Imah gagal meredai laluan yang ibu cipta.
Aku kira..
untuk seketika
aku perlu lari dari tempat ini
barang sehari dua..
ya..
aku perlu ke tengah kota
apa aku ingin mencipta sebuah lagi dunia?
apa aku ingin mengoyakkan luka di dada?
Tidak.
Aku mahu belajar menerima.
Kerana aku tahu..
aku sedar..
Aku kira.. Dia sedang berbicara kepadaku
Erti sebenar redha dan sabar.
PS I: Tiba-tiba, hari ini terasa kusut. Maaf sahabat.. aku tipu bila aku kata aku ok. Aku tipu bila aku kata aku mengantuk.. Aku cuma bingung. Aku perlu waktu.
PS II: Tahniah sahabat! Kau sedang menuju cita-cita kau. Yang suatu masa dahulu.. cita-cita kita. Moga itu yang terbaik buatmu. Dan moga ini yang terbaik buatku.
Salam
:'(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Indahnya erti hidup pabila seseorang muslim tu sedar setiap aturan Allah itu ialah yang terbaik untuknya. :)
sabar tim. setiap org ada masanya,ada waktunya. tp inshaAllah selagi mana kita mengejar keredhaan Allah, kita akan sentiasa meredhai apa yg berlaku. walau pd awalnya memang..hmm. kan sabar tu pada ketukan pertama? ;)
sentiasa ingat, ada je lg orang yg lagiii 'kusut' dari kita sebenarnya. raikanlah masa ni, tarbiyah Allah sedang menanti :D
u go girl :D
mekaseh haNIFAtin..
puas aku piki sape NIFA neh,
emmm.. alhamdulillah makin stabil
lepas 'makan ubat penenang' alhamdulillah beransur pulih perasaan ni..
tak tahulah kenapa..
tadi emo gile, dok ngalirr jahh air mata neh kan.
itulah.. syaitan pulak tiba-tiba cucuk dgn perasaan hasad, dengki dgn org lain walhal semua orang ada bahagian masing2 yang Allah dh letak.
Moga hati sentiasa ikhlas
dgn keputusan kali ini.
:)
Post a Comment