Hahaha dah lama tak buat kerja macam ni.
Kalau dulu, rutin harian start dengan check email-email baru.
Lepas tu akan merepek-repek tengok facebook dan instagram sampai sejam dua.
Pastu barulah bukak buku satu topik.
Kalau fokus betul, dapatlah habis baca topik tu.
Kalau tak boleh fokus, maka akan end up dekat website resepi-resepi makanan melayu.
Tim oh Tim.
Susah betul nak keep myself motivated.
Sebab tulah bila orang tanya kenapa tak balik je Malaysia sem ni, bukannya ada kelas pun. nak exam nanti datang la balik.
Tapi ia tak semudah itu yaaa kawan-kawan.
Aku kenal aku siapa.
Aku tahu aku macam mana.
Kalau kat sini pun agak suam-suam kuku semangat nak belajar tu.. kau agak, balik malaysia macam mana? Aku takut je aku terus hilang drive utk jadi medical practitioner..takut je aku terus nekad nak stop belajar..takut aku terus terasa nak start bisnes dan hidup utk bayar hutang MARA.
Dan dan dan dann.... benda yang paling aku takut, aku takde usrah kalau aku balik Malaysia.
Aku tak bawak halaqah dah.. aku selesa dengan hidup macam tu. Maka nanti, kau rasa... bila akak-akak (read:akhawat) Cork ni semua balik, aku akan bersemangat nak teruskan perjuangan ke? Mesti sedikit sebanyak aku akan layu dan lembik.
Yes, aku tahu.. kalau niat kau jelas mestilah kau bersemangat nak beramal.
Tapi support system babe, support dari orang keliling tu penting.
Makanya, after a lot of thinking, aku decide utk stay kat Cork.
Banyak kot benda boleh buat dengan masa yang banyak ni..
Berniaga , baca buku, tengok movie... , bersenam, jalan-jalan kat tasik..
Ah pendek citer, banyak la aktiviti yang boleh dibuat.
Makanya aku nak listkan benda yang aku target nak buat untuk semester pertama 2017.
In other words, my resolution.
*mohon jangan menganjing kalau tak jadi hahahha*
1. 1 minggu 1 buku.
Ya, mmg agak mustahil melihat kepada rekod pembacaan aku yang hampeh. Tapi aku rasa possible sangat untuk buat. Sebabnya, facebook pun dah makin membosankan. Aku pulak takde twitter. Blog-blog femes yang aku minat nak baca pun semuanya dah slow down sebab sibuk dengan rumah tangga dan kerja masing-masing.. makanya, bila lagi masa yang sesuai untuk mulakan kempen membaca ini! Yosh! Tim boleh inshaAllah....... Plus aku perlukan input yang banyak jugak untuk projek buku aku (puihhh... asyik tak jadi je kan projek ni) tapi harapnya kali ni boleh dihabiskan dengan baik. Plot asyik tergantung je sebelum ni hahahahahancurrrr.....
Bermula dengan minggu ini~ nanti aku buat review buku yang aku baca kekekke. *acah blogger femes padahal kau tulis kau jugak yang baca kahkahkah*
2. Gear up my volunteering activites!
Kalau nak tahu, kat Cork ni ada special tempat yang memang serve makanan untuk orang yang kurang mampu atau homeless. Penny Dinners nama dia.
Pernah la sekali tu aku join iSOC (islamic society) punya aktiviti 'feed the homeless" gicchuw. Syiok la jugak. Aku enjoy mengupas itu ini, potong-potong sayur seguni dua, sapu butter kat berdozen-dozen roti.
And dapur tu dah run for 100 years now. Gila tak gila omputih punya semangat nak buat charity?
Dahlah ramai betul orang menderma makanan kat situ. Terharu aku tengok scene budak-budak dah diajar mak ayah untuk hantar makanan kat situ, derma toys, derma apa-apa pun yang orang perlukan.
Makanya, minggu ni aku nk try contact manager tu and tanya kalau-kalau aku boleh volunteer.
Aku target macam nak buat sekali seminggu.. harap boleh istiqamah.
Nak pilih hari jumaat...kengkonon untuk laksanakan sunnah beri makan kpd orang miskin. :) Tazzabar pulak nak start projek ni.
3. Tambah hafazan juz 29 !
Jeng jeng jeng... aku sebenarnya memang sangat hancus part hafazan-hafazan nih. Masa sekolah dulu pun dok ngelat dengan ustazah, try kawtim kengkonon dah nak SPM dah takde masa nak hafal semua ayat hafazan tu.
Betapa dengan meningkatnya usia, dan berkurangnya sel otak aku, dan banyaknya semut dah masuk dalam sistem..aku makin susah nak hafal ayat Allah.
But! kalau diletakkan betul-betul dalam jadual harian, aku target lepas subuh memang nak fokus dengan tilawah dan hafazan 30 min - 1 jam.. inshaAllah boleh buat.
Sangat-sangat possible.
Kena kuatkan semangat.
Betulkan niat kenapa nak hafal al-Quran.
dan aku harap.. boleh la dengan senggang masa yang ada, tengok-tengok siket video tafsir, rajin-rajin siket belek buku-buku tafsir, padukan siket semangat untuk hafal dengan makna sekali.
Dan, paling mantops, kalau dapat dibuahkan amal dari hafazan tu.
Pergh.. mengancam.
Mohon dikurniakan ikhlas dan kekuatan dan kesabaran dan segala-gala yang aku perlukan untuk laksanakan resolution yang ni.
4. Shed the extra kilos.
Sebagai makhluk yang tak pernah hidup dengan berat badan normal, aku nak give it a try la. Tahun lepas, entah dari mana motivasi datang, berapi-api semangat nak turun berat....dan aku berjaya kurangkan 10 kilo!
Tapi lepas tu toksah citer la. aku balik Malaysia and the rest is history.
Terus gain balik another 6. *sia-siaaa sudahhhh..kita jalin cinta...*
Takpolah deh. Yang penting aku pernah buat dan aku tahu aku boleh!
Makanya tahun ni nak try la kurangkan berat badan.
Kengkononnya tahun lepas nak jadi kurus gile pastu bila ibu ayah jemput kat airport, acah-acah tak cam anak sendiri gicchuww.. *nak muntah bile pikir balik betapa tak logik impian aku*
Tapi tahun ni aku nk realistik la siket.
Nak aim ibu ayah tanya soalan ni je "berapa kilo turun ni?" sambil mata berair kerisauan.
Kah kah kah ... aku tahu impian tu masih mustahil tapi tak salah kan nak bermimpi?
*insert lagu: Jika bermimpi...biar setinggi langit..andainya jatuh..masih disambut awan..*
LOL
kau tim, masih dengan angan yang tak sudah.
Itchokey. yang penting aku nak sihat.
Nak fit untuk masa depan aku.
Taknak mengah-mengah naik tangga hospital.
Yang penting, aku taknak ada penyakit yang sebenarnya preventable dengan ubah lifestyle sajok.
Mohon diberi kekuatan ya tuhannnnnn~~~
5. Kurangkan menonton yang lagha-lagha nih.
Inilah yang palinggggg aku nervous. Aku rasa susah gak laa nak buat.
Makanya aku berazam untuk habiskan dulu apa aku tengah tengok sekarang, lepas tu aku nak fokus dekat video tontonan yang lain.
Haaaa aku dah jumpa dah documentary series.
Ya Allaahhhh excitednya toksah citer la, aku memang dah lama tinggalkan video-video pasal binatang-binatang Animal Planet tu, segala macam show dari Nat Geo pun dah lama tak tengok. Last tengok masa zaman-zaman astro kat rumah ada channel-channel tu. Bila aku masuk KMB, ayah terus unsubscribe sebab orang lain tak layan channel-channel nerd macam tu. Aku je syiok duduk berjam-jam tengok pasal gajah dan alligator. hahaha
Makanya, bila baru-baru ni aku diberikan ilham untuk tengok dokumentari-dokumentari tu, aku bersyukur sangat. Macam a better alternative. kalau meroyan sangat nak menonton sesuatu..
Thank you Allah. huhu..
So, aku nak try janji habiskan siket je lagi drama merepek yang aku tengah tengok sekarang (untuk elakkan aku curious dan menziarahi semula website ittuuww..) kemudian aku akan sambung terus dengan siri-siri dokumentari. Barulah terbina sikit tsaqafah aku. takde la bazir ruang otak ni untuk plot-plot romantik je. Buang masa buang tenaga berangan bilakah akan munculnya lelaki berkulit lagi licin dari aku nak muncul dalam hidup.. kahkahkah.. memang tak laaa...
Gitulah azam aku untuk 6 bulan pertama dalam 2017 nih.
Harapnya menjadi la segala azam aku.
Op kos, aku perlukan all the strength and motivation to make it happen.
Aku memang dah habis jujur dah ni.
Aku harap orang tak judge aku dengan resolution picisan macam ni haha..
Ni dah kira benda besar la ni..
Taktau la ada point ke tak aku luah macam-macam kat sini,
tapi aku harap kalau ada la orang yang baca blog ni walaupun tak kenal aku..
ketahuilah, struggle kita sama and aku pun manusia.
Orang selalu nampak yang baik-baik je kat aku.
Yang perangai syaitoniirojim orang tak nampak.
Semuanya sebab Allah jugak yang sorokkan.
Malu pun ada..segan pun ada.
tapi aku pilih untuk cerita apa yang aku rasa penting untuk orang tahu kat sini.
Dan sama-samalah kita motivate each other untuk berubah. haha..
walaupun hanya dengan meninggalkan komen anonymous di blog ini..LOL.
kbye,
hot choc aku pun dah sejuk.
punya la lama menaip haha..
Bismillahirrahmanirraheem.
Kita buka lembaran baru untuk 2017.
Moga yang baik-baik saja berlaku tahun ni.. Ameen. <3 div="">3>