Thursday, January 5, 2017

2k17 resolutions : Mampu ke idok?

Berpagi-pagian dengan blog.
Hahaha dah lama tak buat kerja macam ni.

Kalau dulu, rutin harian start dengan check email-email baru.
Lepas tu akan merepek-repek tengok facebook dan instagram sampai sejam dua.
Pastu barulah bukak buku satu topik.
Kalau fokus betul, dapatlah habis baca topik tu.
Kalau tak boleh fokus, maka akan end up dekat website resepi-resepi makanan melayu.

Tim oh Tim.

Susah betul nak keep myself motivated.
Sebab tulah bila orang tanya kenapa tak balik je Malaysia sem ni, bukannya ada kelas pun. nak exam nanti datang la balik.

Tapi ia tak semudah itu yaaa kawan-kawan.
Aku kenal aku siapa.
Aku tahu aku macam mana.
Kalau kat sini pun agak suam-suam kuku semangat nak belajar tu.. kau agak, balik malaysia macam mana? Aku takut je aku terus hilang drive utk jadi medical practitioner..takut je aku terus nekad nak stop belajar..takut aku terus terasa nak start bisnes dan hidup utk bayar hutang MARA.

Dan dan dan dann.... benda yang paling aku takut, aku takde usrah kalau aku balik Malaysia.
Aku tak bawak halaqah dah.. aku selesa dengan hidup macam tu. Maka nanti, kau rasa... bila akak-akak (read:akhawat) Cork ni semua balik, aku akan bersemangat nak teruskan perjuangan ke? Mesti sedikit sebanyak aku akan layu dan lembik.

Yes, aku tahu.. kalau niat kau jelas mestilah kau bersemangat nak beramal.
Tapi support system babe, support dari orang keliling tu penting.

Makanya, after a lot of thinking, aku decide utk stay kat Cork.
Banyak kot benda boleh buat dengan masa yang banyak ni..
Berniaga , baca buku, tengok movie... , bersenam, jalan-jalan kat tasik..

Ah pendek citer, banyak la aktiviti yang boleh dibuat. 



Makanya aku nak listkan benda yang aku target nak buat untuk semester pertama 2017.
In other words, my resolution. 
*mohon jangan menganjing kalau tak jadi hahahha*

1. 1 minggu 1 buku.
Ya, mmg agak mustahil melihat kepada rekod pembacaan aku yang hampeh. Tapi aku rasa possible sangat untuk buat. Sebabnya, facebook pun dah makin membosankan. Aku pulak takde twitter. Blog-blog femes yang aku minat nak baca pun semuanya dah slow down sebab sibuk dengan rumah tangga dan kerja masing-masing.. makanya, bila lagi masa yang sesuai untuk mulakan kempen membaca ini! Yosh! Tim boleh inshaAllah....... Plus aku perlukan input yang banyak jugak untuk projek buku aku (puihhh... asyik tak jadi je kan projek ni) tapi harapnya kali ni boleh dihabiskan dengan baik. Plot asyik tergantung je sebelum ni hahahahahancurrrr.....

Bermula dengan minggu ini~ nanti aku buat review buku yang aku baca kekekke. *acah blogger femes padahal kau tulis kau jugak yang baca kahkahkah*




2. Gear up my volunteering activites!
Kalau nak tahu, kat Cork ni ada special tempat yang memang serve makanan untuk orang yang kurang mampu atau homeless. Penny Dinners nama dia.

Pernah la sekali tu aku join iSOC (islamic society) punya aktiviti 'feed the homeless" gicchuw. Syiok la jugak. Aku enjoy mengupas itu ini, potong-potong sayur seguni dua, sapu butter kat berdozen-dozen roti. 

And dapur tu dah run for 100 years now. Gila tak gila omputih punya semangat nak buat charity?
Dahlah ramai betul orang menderma makanan kat situ. Terharu aku tengok scene budak-budak dah diajar mak ayah untuk hantar makanan kat situ, derma toys, derma apa-apa pun yang orang perlukan. 
Makanya, minggu ni aku nk try contact manager tu and tanya kalau-kalau aku boleh volunteer.
Aku target macam nak buat sekali seminggu.. harap boleh istiqamah. 
Nak pilih hari jumaat...kengkonon untuk laksanakan sunnah beri makan kpd orang miskin. :) Tazzabar pulak nak start projek ni. 




3. Tambah hafazan juz 29 !
Jeng jeng jeng... aku sebenarnya memang sangat  hancus part hafazan-hafazan nih. Masa sekolah dulu pun dok ngelat dengan ustazah, try kawtim kengkonon dah nak SPM dah takde masa nak hafal semua ayat hafazan tu. 

Betapa dengan meningkatnya usia, dan berkurangnya sel otak aku, dan banyaknya semut dah masuk dalam sistem..aku makin susah nak hafal ayat Allah. 

But! kalau diletakkan betul-betul dalam jadual harian, aku target lepas subuh memang nak fokus dengan tilawah dan hafazan 30 min - 1 jam.. inshaAllah boleh buat. 

Sangat-sangat possible.
Kena kuatkan semangat. 
Betulkan niat kenapa nak hafal al-Quran.
dan aku harap.. boleh la dengan senggang masa yang ada, tengok-tengok siket video tafsir, rajin-rajin siket belek buku-buku tafsir, padukan siket semangat untuk hafal dengan makna sekali.

Dan, paling mantops, kalau dapat dibuahkan amal dari hafazan tu.
Pergh.. mengancam. 

Mohon dikurniakan ikhlas dan kekuatan dan kesabaran dan segala-gala yang aku perlukan untuk laksanakan resolution yang ni. 




4. Shed the extra kilos.
Sebagai makhluk yang tak pernah hidup dengan berat badan normal, aku nak give it a try la. Tahun lepas, entah dari mana motivasi datang, berapi-api semangat nak turun berat....dan aku berjaya kurangkan 10 kilo!

Tapi lepas tu toksah citer la. aku balik Malaysia and the rest is history.
Terus gain balik another 6. *sia-siaaa sudahhhh..kita jalin cinta...*

Takpolah deh. Yang penting aku pernah buat dan aku tahu aku boleh!
Makanya tahun ni nak try la kurangkan berat badan. 
Kengkononnya tahun lepas nak jadi kurus gile pastu bila ibu ayah jemput kat airport, acah-acah tak cam anak sendiri gicchuww.. *nak muntah bile pikir balik betapa tak logik impian aku*

Tapi tahun ni aku nk realistik la siket.
Nak aim ibu ayah tanya soalan ni je "berapa kilo turun ni?" sambil mata berair kerisauan.
Kah kah kah ... aku tahu impian tu masih mustahil tapi tak salah kan nak bermimpi?
*insert lagu: Jika bermimpi...biar setinggi langit..andainya jatuh..masih disambut awan..*

LOL
kau tim, masih dengan angan yang tak sudah.

Itchokey. yang penting aku nak sihat.
Nak fit untuk masa depan aku. 
Taknak mengah-mengah naik tangga hospital.
Taknak masa kahwin nanti risau nak adjust angle posing untuk nmpk kurus 
Yang penting, aku taknak ada penyakit yang sebenarnya preventable dengan ubah lifestyle sajok.

Mohon diberi kekuatan ya tuhannnnnn~~~



5. Kurangkan menonton yang lagha-lagha nih.
Inilah yang palinggggg aku nervous. Aku rasa susah gak laa nak buat.
Makanya aku berazam untuk habiskan dulu apa aku tengah tengok sekarang, lepas tu aku nak fokus dekat video tontonan yang lain.

Haaaa aku dah jumpa dah documentary series.
Ya Allaahhhh excitednya toksah citer la, aku memang dah lama tinggalkan video-video pasal binatang-binatang Animal Planet tu, segala macam show dari Nat Geo pun dah lama tak tengok. Last tengok masa zaman-zaman astro kat rumah ada channel-channel tu. Bila aku masuk KMB, ayah terus unsubscribe sebab orang lain tak layan channel-channel nerd macam tu. Aku je syiok duduk berjam-jam tengok pasal gajah dan alligator. hahaha

Makanya, bila  baru-baru ni aku diberikan ilham untuk tengok dokumentari-dokumentari tu, aku bersyukur sangat. Macam a better alternative. kalau meroyan sangat nak menonton sesuatu..

Thank you Allah. huhu..

So, aku nak try janji habiskan siket je lagi drama merepek yang aku tengah tengok sekarang (untuk elakkan aku curious dan menziarahi semula website ittuuww..)  kemudian aku akan sambung terus dengan siri-siri dokumentari. Barulah terbina sikit tsaqafah aku. takde la bazir ruang otak ni untuk plot-plot romantik je. Buang masa buang tenaga berangan bilakah akan munculnya lelaki berkulit lagi licin dari aku nak muncul dalam hidup.. kahkahkah.. memang tak laaa...





Gitulah azam aku untuk 6 bulan pertama dalam 2017 nih.
Harapnya menjadi la segala azam aku. 
Op kos, aku perlukan all the strength and motivation to make it happen.


Aku memang dah habis jujur dah ni.
Aku harap orang tak judge aku dengan resolution picisan macam ni haha..
Ni dah kira benda besar la ni..


Menyesal pulak public-kan balik blog hahahaa

Taktau la ada point ke tak aku luah macam-macam kat sini, 
tapi aku harap kalau ada la orang yang baca blog ni walaupun tak kenal aku..
ketahuilah, struggle kita sama and aku pun manusia. 
Orang selalu nampak yang baik-baik je kat aku.
Yang perangai syaitoniirojim orang tak nampak.
Semuanya sebab Allah jugak yang sorokkan.
Malu pun ada..segan pun ada.

tapi aku pilih untuk cerita apa yang aku rasa penting untuk orang tahu kat sini.
Dan sama-samalah kita motivate each other untuk berubah. haha..
walaupun hanya dengan meninggalkan komen anonymous di blog ini..LOL. 


kbye,
hot choc aku pun dah sejuk.
punya la lama menaip haha..


Bismillahirrahmanirraheem.
Kita buka lembaran baru untuk 2017.
Moga yang baik-baik saja berlaku tahun ni.. Ameen. <3 div="">









2k16 in a nutshell

2017 is here ~



Ya Allah lama sangat tak menulis kat sini. I thought facebook posts are enough but apparently there are things that suits my blog more than my facebook timeline.

Different audience.
Different topics.
Much much much more personal I'd say.

There's a lot of things to tell, now where should I start?
*I'm writing this just to keep track of the milestones in my life*



1. Repeating FM3005 module.

It aint easy I tell yah. The module is okay. With a lot of time in hand, I believe I can ace this biiznillah.. But the struggle is unexplainable. This complicated ball of emotions I have in me made me learned a lot of beautiful lessons.

Of course, it is hard to accept the reality. Over the first few months of becoming third year med student (all over again..), I cant describe the amount of pain, embarrasment, all the running-away and avoiding eye contact with my used-to-be-supposed-to-be classmates. Be it the irish fellow, the singaporeans or my malay buddies.

Sakitnya tuh di sini.

Tapi, tetap digagahkan jua kaki yang berat ini untuk melangkah ke kelas. Every single day.
I bet, no one else can understand the amount of pain I have to go through everyday. I appear to be very strong, very happy about everything, easily amused at the same jokes told by the same lecturer a year ago, trying to get all hyped up and giddy while scanning for cute (much much younger) guys.

All of these...topeng belaka.

This is how I pulled myself through.

I know a lot of people keep on reminding me about ada hikmahnya semua ini, redha with what He has written for me..but let me tell you something about redha.

Some days, I feel like I am happy with the way things are. I can accept the reality. I am ready to continue with whatever that is waiting for me.

But some days, I just don't want to talk about it. I dont want to be reminded of my failures, I dont want anyone to mention about having sabr and how the hikmah will unfolds over time.

With this complicated heart of mine, I have hurt myself and a  lot of other people.
I try to be strong and then I crumbled into pieces again..
and while recollecting my broken pieces, I'd love it if people just let me be.
I realised that it is important to let the time heals the wound.
Do not knock the fragile broken pieces when you havent even glued them back together..

IT IS OKAY NOT TO BE OKAY.
It is okay to be weak at times.
Manusia memang lemah pun.
And I am happy that I can turn to Allah and tell Him all these untold pain I felt.
Only He can grant me all the strength I need , kan?




2. DnT sebagai escapism

Haaaa topik dah nampak macam scary.
Dekat Spain haritu ada la yang tanya "Pernah tak salahkan DnT bila dapat tahu fail paper patho tu?"
Dan memang jujur aku bagi jawapan kepada sistur yang bertanya : "Tak pernah"

Kenapa?

Sebab aku tahu betapa banyaknyalah aku main-main masa aku dalam third year.
Betapa kalau nak sesalkan dan nak tuding jari, memang kena berdiri depan cermin dan tuding kat bayangan diri sendiri.

Takde salahnya DnT. Langsung.

Malah those people (read: akhawat) yang berada keliling aku, they keep me sane.
Walaupun kadang-kadang macam nak ignore all the messages yang cakap how strong I am and this is a test from Allah  etc etc (hahhaa kejinya perangai aku dok ignore mesej2 tu..) but under all that, aku bersyukur. Aku sedar Allah has been taking care of me, I am surrounded by beautiful, kind and loving people.

I am very much loved.
And I cannot thank Allah enough.

With lots of love from the akhawat.
and lots of time in my hand.
I choose to do a lot of things, trying to keep myself busy.
Because I am afraid of all the possible pembaziran masa dan pengumpulan dosa yang boleh berlaku dengan banyaknya masa di tangan aku. haha..

That is how I become the SU of the NGO here in Ireland. (sape tahu NGO apa, diam-diam sudah)
I  keep myself busy with the weekly halaqah dengan akak-akak suri rumah dan doktor in Cork.
I keep myself occupied dengan ajar budak-budak mengaji.
I volunteered in a lot of projects.. nak buat itu ini.

Until it hits me one day, aku ikhlas ke buat semua ni?
Or...is it just an escapism?
Just.. a distraction?

Sampai sekarang, aku harap, yang aku kerjakan itu.
semuanya Allah kira sebagai amal.
Banyak yg dah berlaku. nanti aku tulis dlm post yang lain.

Hmmm sekarang dan banyak masa..rajin pulak nak menulis ye? huhu..




3. 6 years and counting..

Hah! tajuk nampak macam gaya nak kahwin.
Sebenarnya nak tulis, 6 years and counting days till a proper closure.

Lama sangatlah menaruh harap pada sesuatu yang close to impossible. I can still remember what ayah told me when I told him about this guy yang dah curi hati anak dia. Ayah direct cakap : "Lupakanlah.."  I asked him "why?". Ayah replied: "Lupakan jelah. Macam langit dengan bumi!"

There you go.
A simple summary of my lovelife.
Macam langit dengan bumi.
Maka, lupakanlah.

Little did I know, no matter how hard I tried to 'lupakan segalanya', memang tak boleh lupa..
Every single time ternampak dia, masih je ada kupu-kupu dalam perut, cold hands and cold feet, palpitation toksah cakap la.

Kesian.

I really hope I can put a closure to this one-sided affair.
*Dengar cerita macam beliau sudah pun merancang majlis. Mohon tabah laa sistur jamah nasi minyak nanti sambil tampal senyum plastik. Huuuu....



tu sajok nak tulis dalam summary 2k16.
Motip sangat.. buat bazir masa aku menulis dan orang membaca haha.


Moga 2017 diisi dengan benda yang lebih berfaedah.
I wanted to share my resolution tapi tak tahulah logik ke tak nak luah kat sini.
Harap boleh la keep track.

Moga ada penambahbaikan dalam setiap aspek hidup aku.
Baik agama, akademik atau relationships (dengan semua jenis manusia..)



Bismillah.
Kita tutup chapter 2016 dengan tasbih kifarah dan surah al-asr :)