Friday, March 8, 2013
ERTI SEBENAR REDHA DAN SABAR.
Salam.
mengeluh.
mengeluh.
mengeluh.
Hari ini hari yang terasa amat panjang bagiku.
Terasa segala yang terbuku di dada makin menyesakkan.
Aku bingung.. Aku prejudis.. Aku ingin menangis..
Aku kira.. Dia sedang berbicara denganku.
Kelmarin hari yang bahagia bagi mereka
Begitu juga hari ini.. mereka mendapat bahagia
yang suatu ketika dahulu aku damba.. aku cinta
bahagia itu menjadi cita-cita aku
Tapi..
Aku kira.. Dia sedang mengajarku sesuatu.
Apa senyumanku selama ini palsu?
Apa selama ini aku hanya berpandu nafsu?
Apa tidak cukup pengorbananku?
Aku menyoal.. lagi dan lagi.
Ya..
Aku meminta Kau menjadikan aku seorang hamba
yang redha dengan takdirnya
yang sejati dengan cintanya
cinta ibu.. cinta bapa..
Aku kira.. aku sudah cukup membahagiakan mereka
Aku kira.. aku juga bahagia.
Mungkin..
Selama ini aku memang kecewa
aku cipta satu benteng baru
satu dunia di mana
aku lakukan segalanya
untuk membahagiakan yang lain.. bahagiakan mereka..
Aku kira.. aku boleh tersenyum bangga.
Tapi kini..
Satu demi satu batu bata
yang aku susun kemas dan rata
satu demi satu
retak
pecah
gugur
jatuh
Dunia yang aku cipta
yang aku kira aku bahagia di dalamnya
kenapa baru kini..
semuanya...
begitu menyesakkan..
Hati kecil mana
yang tidak terluka..
Hati mana yang bisa tabah
dengan ujian ini..
Selama ini aku kira aku sudah tahu erti redha.
Selama ini aku kira aku sudah faham maksud sabar.
SELAMA INI..
aku hidup dalam penafian.
Maafkan anakmu, ibu.
Imah gagal mencintai apa yang ibu cinta.
Imah gagal merelakan apa yang ibu cita.
Imah gagal meredai laluan yang ibu cipta.
Aku kira..
untuk seketika
aku perlu lari dari tempat ini
barang sehari dua..
ya..
aku perlu ke tengah kota
apa aku ingin mencipta sebuah lagi dunia?
apa aku ingin mengoyakkan luka di dada?
Tidak.
Aku mahu belajar menerima.
Kerana aku tahu..
aku sedar..
Aku kira.. Dia sedang berbicara kepadaku
Erti sebenar redha dan sabar.
PS I: Tiba-tiba, hari ini terasa kusut. Maaf sahabat.. aku tipu bila aku kata aku ok. Aku tipu bila aku kata aku mengantuk.. Aku cuma bingung. Aku perlu waktu.
PS II: Tahniah sahabat! Kau sedang menuju cita-cita kau. Yang suatu masa dahulu.. cita-cita kita. Moga itu yang terbaik buatmu. Dan moga ini yang terbaik buatku.
Salam
:'(
Friday, March 1, 2013
Dia #2
Dia
masih manusia
walau terkadang terjatuh
masih kental iman di dada
Tapi
Dia
hanyalah manusia
apa yang kau mahu darinya?
Silap yang memulakan sengketa?
Atau tempat bergantung berkasih bermanja?
Dia
masih dia
dan kita
masih kita
sama
manusia
tiada beza
tiada yang sempurna
Kecuali
Dia
Yang Esa
Yang di atas sana
Yang Maha Melihat Segala
Friday, February 22, 2013
Dia
Bulan
masih terang
walau separa
masih ada serinya
Langit
masih biru
walau terkadang kelabu
masih ada pelanginya
Dia
masih manusia
walau terkadang jatuh
masih ada imannya
Dia
hanya manusia
sayang..
ramai mengharap dia sempurna
masih terang
walau separa
masih ada serinya
Langit
masih biru
walau terkadang kelabu
masih ada pelanginya
Dia
masih manusia
walau terkadang jatuh
masih ada imannya
Dia
hanya manusia
sayang..
ramai mengharap dia sempurna
Tuesday, June 12, 2012
untuk si dia yang sedang bersedih.
inshaAllah apa yang dah tertulis tu
adalah yang sebaiknya untuk kita.
Jangan persoalkan apa yang dah berlaku.
Jangan pernah kesalkan jalan yang kita pilih.
Sebab 'plot hidup' kita ini
Allah yang aturkan semuanya..
Kenapa perlu risau
bila Allah lebih tahu
Kenapa nak meracau
bila Allah menyediakan jalan lain saat buntu
andai kita gagal sekalipun
andai terasa sangat payah untuk bangun
renungkanlah
ada keindahan di sebalik semua ini
ada sesuatu yang lebih baik untuk diri
sepanjang tempoh ini
ukhuwah yang terbina antara kita
tak bertandakah di hati?
tak cukup indahkah di mata?
______________________________________
untuk sahabat yang sedang bersedih
bergelut dengan kepayahan
walau dengan secebis kudrat yang tinggal
teruskanlah perjuangan ini
kerana apa yang tersedia, yang dijanji
pasti lebih manis jika kita kecapi bersama
Friday, June 1, 2012
welcome on board!
IF YOU GOT AN OFFER
TO ENROLL YOURSELVES in KMB
grab this chance, I'm telling you it aint like any other places.
feel free to ask anything
i'm here to guide and help.
look up for any groups u can in fb
that will help A LOT for you to get to know more
about this beautiful place
and the beautiful souls there.
Monday, April 2, 2012
Hati yang mati.
pesanan buat adik-adik:
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan...
Tetapi bila ikan sudah mati....... Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya...
Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi...
Semoga ALLAH sentiasa memelihara HATI kita.... amin.. amin ya RABBAL 'alamin.. :3
Masinnya air laut tak mampu menyerap ke dalam isi ikan...
Tetapi bila ikan sudah mati....... Secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya...
Begitulah juga HATI kita,
HATI yang hidup, sukar untuk dinodai....Tetapi bila HATI sudah mati, ianya mudah dipengaruhi...
Semoga ALLAH sentiasa memelihara HATI kita.... amin.. amin ya RABBAL 'alamin.. :3
Monday, March 26, 2012
of spm-leavers and results
assalamualaikum peeps..
so, today i feels like updating my long-abandoned blog. habis bersawang dan dah jadi tempat ternak habuk ni *kalau lah bend maya ni boleh berhabuk. adik dan adik sekalian yang baru sahaja mendapat keputusan SPM 2011... tahniah sangat2 atas kejayaan anda semua.
walau tinggi mana pun result dalam SPM,
atau mungkin result yang antum *anda semua in arabic* dapat tu tak seperti disangka,
LEK LUU.. jangan gelabah nak bangga diri
atau rasa macam *I'M STANDING ON THE TOP OF THE WORLD*
because as time passed by, you'll realize that semua ni sekadar benda2 picisan yang tak penting mana pun nak dibandingkan dengan your life ahead.
sekarang akak (wahhh.. akak lah pulakk) yakin semua sibuk menguruskan borang itu ini, beli pin number untuk itu ini, keliru dan buntu nak pilih jurusan apa, keliru dan buntu nak pilih biasiswa mana.
which one offers higher allowance?
which one offers the fun and exciting journey?
which one offers cool friends to hang out with?
adik-adikku.. DON'T BOTHER TO THINK ABOUT THOSE ASPECTS.
WHICH ONE OFFERS A BETTER FUTURE?
this is what you should think.
and don't follow your friends blindly.
*dia kawan I sehidup semati. I nak join gak dia masuk Uni X ni. walaupun I tak tahu menahu tentang kursus Y tu tapi sebab kawan baik I sebantal kat asrama dulu pun amik kursus Y kat Uni X ni, maka I pun nak jugak enroll*
adik-adik, jangan decide sebab nak ikut kawan.
first step korag kena kaji adalah job opportunity dengan kelayakan korang in the future.
chemical engineering for example, sangat sikit malaysians yg join, maka amik laa peluang yg itu.
doctors pulak, okay.. medicine macam ramai sangat dah amik, takyah amik dah.. contohnye laa.

Subscribe to:
Posts (Atom)