salam. malam tadi saya on9. sudah lama saya tidak on9. mungkin saya sibuk. mungkin juga malas. mungkin juga tiada siapa untuk diborakkan. tidak mengapalah.tapi malam tadi saya seronok. saya guna webcam laptop yang ibu saya baru beli tu. webcam itu bagus. kerana wajah saya nampak licin. saya berborak dengan faten,sheira,nani dan teah. kami berwebcam beramai-ramai. tapi saya mula mengantuk. ini semua kerana pizza. malam semalam kami makan pizza untuk menyambut ulangtahun hari lahir adik saya, sarah. saya kenyang. makan stuffed crudt. tapi service sgt teruk. saya nak hantar email kepada manager pizza hut cawangan seremban tapi saya tidak tahu mahu cakap apa. tidak mengapalah. malam tadi kami tidak ada topik khas. cuma semua agak jakun kerana bersama-sama menggunakan webcam. saya undur diri dulu kerana kaki saya sudah gatal. banyak nyamuk pula malam tadi. saya pun masuk ke bilik saya. eh. sarah ada di sini? saya tidak sampai hati untuk mengejutkan dia. sarah mesti penat. saya menuju ke katil saya. eh. muadz pun kat sini? ouh. ini sudah lebih. saya pun mengambil toto dari dalam wardrobe dan bentang toto itu. saya mengejutkan muadz dan menyuruhnya tidur di sebelah sarah iaitu di atas toto. saya pergi ke bilik air untuk berwudhuk dan menggosok gigi. saya masuk semula ke dalam bilik saya. eh. kakyong pun di sini? ah. saya sudah malas nak memikirkan perkara-perkara remeh ini. saya pun tidur di sisi sarah di atas toto. susah nak lena. tapi tidak mengapalah.
pagi tadi saya bangun pukul 5.50. aduh. terlambat. saya merancang untuk Qiamullail pada awalnya. tak mengapalah. tapi. badan saya rasa sakit. saya buka lampu. ouh. patutlah. saya tidur atas karpet saja rupanya. toto telah dikuasai habis-habisan oleh sarah dan muadz. saya solat subuh. terdengar bunyi pintu depan rumah dikuak. saya meninjau dari bilik. erm. baru pukul 6.15 ayah sudah mahu pergi kerja? kasihan ayah. saya cuti ayah kerja. tapi saya yang pakai duit ayah. tidak adil. saya kejut srah dan muadz. dua-dua merengek. mungkin sebab mamai lagi. saya jadi geram. saya mahu mereka solat subuh. degil juga ya. saya mengeraskan suara. masih begitu juga. terdengar ada bunyi orang melangkah turun. ouh. hanis. hanis membuka laptop di meja utama. ah. pagi-pagi ini apa yang dia mahu buat? tak mengapalah. saya cuba kejut muadz dan sarah sekali lagi. amboi. degil juga. saya cubit paha muadz. terus dia bangun tapi mengamuk pula. lepas tu dia tidur semula. ibu bertanya kenapa bising-bising di bawah. saya beritahu muadz tidak mahu bangun untuk solat subuh. ibu kata biarlah.
jadi saya yang tolol ini membiarkan saja. jika situasi ini berlaku hari-hari apakah adik-adik saya tidak akan solat selamanya. saya jadi sedih. sepatutnya saya betul-betul kejut mereka.
pukul 7.00 ibu pula turun. ibu pakai cantik-cantik nak ke mana? ibu nak ke sekolah rupanya. ibu suruh saya siapkan sarapan pagi itu. ouh. sudah lama saya tidak masak sendirian. mungkin semenjak 6 bulan lalu. saya membuka peti ais. erm mi goreng sajalah. mudah. senang. tidak rumit. saya pun menyiapkan mi goreng. 7.50 mi sudah siap. saya masuk ke bilik. ouh. semua belum bangun lagi kecuali saya dan hanis yang sedang menggunakan laptop. apa- apa sajalah mereka ini. saya mencapai tuala dan mandi. bersiap. masak air. sediakan air teh 'o' utk semua. berhidang. jam menunjukkan 8.15. argh. tiada yang bangun lagi. saya naik ke bilik aisyah. tidur! saya turun ke bawah dan memasang televisyen. MHI pun tersiar. saya kuatkan nada suara televisyen. sengaja. buka tingkap. singkap langsir. buka sliding door. argh. masih belum bangun lagi. hanis kata dia lapar. saya pun. jadi kami mengambil pinggan masing-masing dan makan bersama-sama di depan televisyen. ada persembahan harmonica. hebat. sangat hebat. terhenti pula suapan saya. kagum sangat kagum.
semua bangun. tengahari. sup ayam dan ikan goreng. tidak lupa sambal belacan. ok. pukul 11.00 kami adik beradik menonton papadom melalui laptop. seronok. indah cerita itu. tapi tidak perlulah liyana jasmay memeluk afdlin sebegitu. geli rasanya. dan airmata bergenang juga. terharu dengan kata-kata seorang ayah iaitu afdlin. teringat ayah yang pergi kerja pagi tadi. apalah yang ayah buat sekarang?
No comments:
Post a Comment