Monday, January 12, 2015
The tip of the iceberg
Assalamualaikum,
Baru-baru ini, sekali lagi rakyat Malaysia kecoh dengan sebuah video fancam yang merakamkan adegan 'wanita bertudung dicabul artis kpop'. Dan seperti biasa, rakyat malaysia sekali lagi tidak gagal menjadi keyboard warrior dengan memberi pelbagai kritikan ke atas wanita dan artis kpop yang terlibat.
Allah..
Bukan nak kata apalah, tapi zaman sekarang, kita sendiri boleh nampak betapa kita semua sangatlah mudah melatah tanpa melihat sesuatu dengan skop pandangan yang lebih besar. Ada beberapa perkara yang ingin saya ketengahkan dalam isu ini.
1. Kumpulan yang membuat konsert di Malaysia, suatu perkara yang rakyat Malaysia perlu tahu, memang pelukan dan ciuman adalah perkara lazim bagi mereka. Kita datang dari budaya yang berbeza dan mereka mungkin tidak dikhabarkan tentang sensitiviti isu ini dalam kalangan rakyat bermasyarakat muslim di Malaysia.
2. Wanita itu boleh jadi memakai tudung, tapi mungkin dia berada dlm keadaan tidak terkawal pada waktu itu. Cubalah jadi orang yang memahami. Ada masa kita sendiri akan terlalu excited apabila idola kita berada di depan mata NAMUN, saya tidak sama sekali bersetuju dengan perbuatan beliau walau se'excited' mana pun beliau. Seharusnya kita lihat cerita dari pelbagai angle. Mungkin dia bertudung tapi adakah bertudung itu sudah cukup untuk kita andaikan dia adalah mu'min sejati? Boleh jadi kpop adalah kryptonite bagi dirinya. Boleh jadi dia sendiri menyesali perbuatannya selepas itu. Allahu A'lam.. kerana itulah, seboleh-bolehnya, janganlah kita menghampiri pun sesuatu event / aktiviti yang kita rasa kita tidak akan bertindak seperti muslim di dalamnya. Siapa boleh jamin apabila kita berada di keramaian seperti konsert, kita akan duduk diam dan behave like a pristine muslimah? Susah kan. Maka, jauhilah dari memasuki zon yang kita sendiri ragu-ragu adakah kita akan bertindak seperti muslim (ikut syariah dan Allah's commands).
WALAUBAGAIMANAPUN.
Betapa sebenarnya isu ini adalah dua hala (artis dan wanita itu sendiri perlu berjaga-jaga), rakyat Malaysia perlu disedarkan bahawa kita terlalu asyik dan sibuk melatah dan menggelepur bila isu-isu sebegini berlaku.
Perlu kita tanyakan semula kepada diri kita: Kenapa Malaysia (hatta umat islam di seluruh dunia) masih berhadapan dengan isu-isu sebegini?
Masalah pada pergaulan.
Masalah pada jenayah rogol dan cabul.
Masalah pada rasuah dan kewangan.
Masalah ditindas dan diperangi.
Pelbagai masalah timbul, dan kita selalu cuba untuk baiki semula keadaan tapi masalah itu hanya selesai (atau mungkin gagal untuk diselesaikan pun) pada waktu itu sahaja. Selepas itu, timbul lagi masalah-masalah baru (yang hampir sama).
Berbaliklah pada isu pokok. Janganlah kita asyik membelek-belek bahagian iceberg yang timbul tanpa kita sedar sebahagian besar iceberg itu berada di dasar!
Masalah utama umat islam pada hari ini adalah DIRI MEREKA SENDIRI.
1. Bagaimanakah kita dapat mengukur bahawa kita adalah muslim sebenar?
Adakah muslim bermaksud mengucapkan syahadah, solat 5 waktu, puasa dan bayar zakat. Jika mampu pergilah menunaikan haji. Maka islam kita hanya pada 5 perkara itu? Superficial sungguh beza antara kita dengan si non-muslim.
Jika pengadilan Allah hanyalah sebegitu, apakah yang membuatkan cara hidup kita terlalu berbeza dengan generasi yang pertama-tama dan paling awal menerima islam? Adakah kalam Allah yang diturunkan kepada mereka berbeza dengan apa yang terbuku di hadapan kita? Adakah solat mereka dipenuhi dengan bacaan misteri yang tidak sama dengan bacaan kita? Adakah puasa mereka yang bersahurkan tamar itu ada magiknya berbanding puasa kita yang bersahurkan nasi dan lauk pauk?
Beza antara kita dan mereka adalah syahadah mereka dibuktikan melalui perbuatan, bukan hanya sebaris ayat di bibir. Syahadah mereka adalah penyaksian kepada Allah, bahawa aku akan menunjukkan dalam CARA HIDUP AKU bahawa KAU-lah tuhanku, tuhan seluruh alam, tuhan bagi segala sesuatu yang ada di bumi dan diluarnya, yang terlihat mahupun tidak dan zahir atau batin. AKU adalah HAMBA. Maka AKU akan hidup dengan apa yang KAU gariskan, setiap perintah-Mu akan aku laksanakan dan apa yang KAU benci akan aku tinggalkan dan jauhi. Berbeza dengan kita yang menganggap syahadah hanyalah ucapan. It's more to the action rather than the words.
So, looking at this point. Have we walk the talk yet?
Have we lived with Allah's commands all this while.. atau ikut kepala kita je?
2. Bagaimana pengetahuan kita tentang perintah Allah?
Adakah pengetahuan kita yang bergantung hanya pada bacaan Al-quran itu sudah memadai. Atau adakah cukup kita menghafal hadith sahaja. Cukupkah ilmu kita pada paras itu? Dan kalau benar Al-quran itu panduan hidup, tidak pelikkah keadaan kita yang hanya membaca dan membaca tanpa tahu butir isi kandungannya.
Kalau begitu samalah seperti pesakit yang diberi preskripsi ubat oleh sang doktor tapi hanya menggantungkannya di leher tanpa mengambil kisah untuk pergi ke farmasi, beli ubat itu dan makan.
Atau sama juga seperti orang yang haus tapi hanya berbaring dan mengeluh "hausnya..hausnya" dan "aku perlukan air. nak airr" sedangkan yang dia perlu lakukan adalah bangun dari perbaringan, melangkah ke dapur dan ambillah segelas air untuk menghilangkan dahaga.
JADI APA SOLUSI SEBENAR?
Hak Al-quran ke atas kita adalah untuk dibaca, dengan tartil, melihat maksud sebenar, terjemahan dan tafsir, seterusnya lihat pula pada perbahasan ulama dan apply dalam hidup kita. Bukan sekadar di jadikan barang hantaran di hari pernikahan kemudian dibiar berhabuk di dalam almari..
SEEK for the knowledge about our religion, our deen. If you're not the kind of person that love to indulge themselves with books, then you can always opt for videos. Banyakkkkk sang at video berbentuk ilmiah. You can always subscribe to Daily Reminder on Youtube. Nouman Ali Khan's lectures, Mufti Menk, Syeikh Tawfiq Chaudry, Syeikh Hamza Yusof.. and many more.
Find the 'blind spot' in our knowledge regarding Allah,
Only when we have lived with what He asked,
then He'll bestowed upon this ummah the rightful position.
No more sufferings,
only blessings.
So, let us stop wondering about the tip of the iceberg,
Jom sama-sama selesaikan the bottom, unseen part.
Only with dakwah and tarbiyyah,
Islam will prevail.
Assalamualaikum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment