Sunday, March 22, 2015
Sebab dia hanya manusia.
Sebab aku adalah manusia
maka aku marah
dan aku menuduh dia yang bukan-bukan
dan aku merasa aku sudah lelah
untuk bekerja keseorangan
Sebab aku adalah manusia
aku merasakan kau sepatutnya faham
akan apa yang sudah aku fahami dan hadam
dan kita sepatutnya bergerak seiringan
bukan aku sahaja yang terus ke depan
Tapi
pesan murabbi
sebab aku bekerja dengan manusia
maka aku harus bersabar
"Sebab dia manusia
awak tak boleh bersangka-sangka tentang kondisinya
semua orang punya battle yang berbeza
dan awak pun dulu dalam struggle yang sama"
"Sebab dia manusia
dia juga punya kelemahan
dan dia juga butuh masa untuk kefahaman
maka berikanlah apa yang sepatutnya untuk dia
agar awak dan dia sama-sama sejahtera"
"Dan awak, sebab dia hanya manusia,
awak kena banyak bersabar
kerana sejauh mana orang lain telah bersabar awak
maka awak perlu cari kekuatan untuk melakukan yang sama
jangan merengus, jangan pendam, jangan menempelak
semua orang perlu ruang dan masa
kerana kita semua bekerja untuk bina manusia
dan kita semua hanyalah manusia.."
-Tim, masih manusia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment