Thursday, June 25, 2015

Summer Oh Summer..

Musim panas.
Summer.


Dan sangatlah terbiasa untuk mendengar kisah keterujaan pelajar-pelajar seperti aku untuk pulang ke Malaysia, berjumpa dan bertemu mata dengan yang tersayang (read: keluarga), tidak kurang juga semangattt nak sambut ramadhan dan tidak dilupakannn the highlight of the yearrrr bagi para ibu, EID itself.

Dah nak masuk sebulan selamat menjejakkan kaki ke tanah air tercinta. Dan dah nak sebulan jugak hati aku sangat resah.

Jujur, aku terkadang lebih mencintai bumi Ireland dari bumi tanah air sendiri. Kenapa? Sebab di sana aku tidak terikat dengan mana-mana tanggungjawab selain dari belajar dan mmm, tanggungjawab sebagai muslim.

Tapi bila aku pulang ke sini, aku malah mempunyai hutang dengan ramai orang yang mesti aku lunaskan. Hutang tanggungjawab dan hutang masa. Kawan-kawan dan juga keluarga. Well, mainly keluarga . Jadinya aku terus-terusan berada di rumah untuk menjadi private nurse Opah tercinta (hehe..)

Faktor kedua! Di Ireland, paling tidak..aku tak perlu mengajak ahli rumah untuk sama-sama menjaga tarbiyyah masing-masing dan saling mengingatkan. Ya! Di ireland aku punya support system yang baik. Kami akan solat berjemaah di awla waktu, baca mathurat setiap hari dan saling tegur menegur demi kebaikan masing-masing. Sangat kondusif dan sangat...ideal.

Hakikatnya berbeza, bila pulang ke malaysia, aku cuba untuk mengajak adik2 untuk solat berjemaah, hanya beberapa hari dan aku sendiri tumbang sebab hmmm tulah cepat sangat berputus asa.

Bagaimana dengan mathurat?
Burn baby burn~~

Qiamullail?
Hmm nasib baik skrg ramadhan, paling tidak dah bangun untuk sahur.

Jangan kata amalan yang sunat, yang fardhu pun alahaii susahnya nak solat awal waktu.


Semua struggle ini buat aku muhasabah semula, adakah selama ini amalan aku memang bergantung kepada environment aku? Adakah aku ini mengikut orang sahaja? Benarkah aku ikhlas dlm beribadah atau taknak nampak janggal bila aku sahaja yang tidak berbuat?

Astaghfirullah.
Ampunkn dosaku andai amalku sblm ini tidka ikhlas untuk Mu Ya Rabb!

Yes, tarbiyyah dzatiyyah.
Bagaimana amal kita bila kita sendirian, itulah yang mencerminkan sama ada tarbiyyah kita sustainable atau tidak in the future, dan sama ada kita akan 'tsabat lillah' atau kita akan 'penat lelah' je di akhirnya.



Signing off,
Setelah setahun (dan setelah dah tak tahu nak luah kat mana..barulah lari ke blog semula)

Yup, still Tim. 😉

No comments: