Wednesday, August 31, 2016
Of failures and delayed success
Assalamualaikum wbt.
So , here I am again, writing my hearts out. Tak tahu ke mana hala nak luahkan lagi. Kalau aku update di facebook, macam setiap jam ada saja bena nak cerita. Sekarang, fasa mencari tempat meluah rasa. Bukannya sesi luahan dengan Allah tu tak cukup... it's just that, I need to keep this in a written form, just to remind myself in the future, of the issues that I'm going through right now.
Kenapa aku buat keputusan untuk menulis semula?
Macam yang aku dah update di facebook, aku 'fail' paper patho.
So here I am, spending another year of medical school untuk luluskan paper patho, then inshaAllah bolehlah masuk clinical years dengan jayanya.
Aku dah boleh terima kegagalan ini, cuma kadang-kadang ada rasa terkilan dengan apa yang aku buat dulu. Allah dan aku je yang tahu, sesungguhnya, banyak masa telah aku habiskan dengan perkara-perkara yang tak masuk akal... lagha...dan bertimbunya dosa dalam buku catatan.
My third year is a filthy year.
Enough said.
Dan aku bersyukur Allah makbulkan doa lewat ramadhan lalu, bahawa aku mahu hidup yang baru, hati yang baru untuk menggantikan semula dosa-dosa yang lalu. Aku mahu peluang kedua jika Dia sudi memberikannya.
Makanya, aku rasa, ini adalah jawapan dia atas doaku itu!
Untuk aku menyucikan semula tempoh pembelajaranku dari dosa-dosa bila bersendiri.
Untuk aku mencari semula Dia lewat awan biru dan kicau burung.
Untuk aku membenihkan sekelumit cinta yang mana tersisa, hanya untuk Dia.
Untuk aku belajar berdiri dan meyakini agama dan jalan ini sedalamnya.
I..used to be a follower.
Aku tak reti menolak.
Aku memang yes-man sejati.
Tapi untuk kali ini,
aku mahu memaknai hayatku..tak kisahlah kalaupun DnT aku slow dan kena start semula.
aku mahu kembali mencari titik mula, mengikhlaskan hati seikhlasnya,
belajar mencintai Dia tanpa rasa....hipokrit depan manusia.
Boleh tak Ya Allah,
Kau bagi hadiah itu?
Untuk aku mencintaiMu..
Ajari aku...apa sahaja yang Kau mahu.
Setahun ini..
dan moga tahun-tahun mendatang,
tak terbazir dengan tangan yang berlepas dari tali agamaMu.
tak terbuang dengan hati yang berpaling dari jalanMu.
Terimalah aku dan amalku.
Bantulah aku untuk menghias semula setahun pengabdianku sebagai hambaMu
dengan amal yang ikhlas dan hati yang ihsan kepada jalan ini.
Tak reti nak cakap macam mana lagi,
Kau tahu details yang lain, kan?
Tuhan...jangan Kau ganti aku dengan yang lebih baik.
Jadikanlah aku antara pengikut yang terbaik itu.
Moga jalan RasulMu yang akan kutempuh..
dan syurgaMu menjadi tempat berteduh.
Ameen,
Stil...Tim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment