Thursday, September 1, 2016

Hantaran 31k










Assalamualaikum wbt.

Another day at home.

Semalam aku cuba untuk daftar online. Another year in UCC, tapi ambil satu subjek sahaja untuk setahun. Aku expect yuran aku akan kurang daripada biasa. Setiap tahun, pelajar perubatan yang international macam kitorang ni dikenakan yuran sebanyak 31k Euro. Haaa.. maka kau convertlah sendiri untuk kira berapa banyak MARA 'pinjamkan' sebagai harga untuk sebuah scroll.


Aku fikir, kalau yuran murah sedikit, aku nak cadangkan kat ibu dan ayah utk bayar sendiri yuran tahun ini. Elaun bulanan pun aku rasa ibu ayah takde masalah besar jika aku guna lebih kurang Euro500 each month.. malah inshaAllah perbelanjaan sara hidup aku mungkin kurang lagi dari jumlah tu.

Tapi bila aku register online, website tu kata aku kena bayar 31k untuk setahun mendatang..walaupun satu subjek sahaja!

Aku pelik.
Dan aku mula panik.

Plan asal nak suruh MARA put on hold pinjaman pelajaran tu.
Tapi kalau yuran repeat year pun 31k EURO maka nak dikorek mana duit banyak tu.

Aku wsap ibu ayah dan maklumkan perkara ini.
Aku terbuka dan terima jika ibu ayah rasa tarik diri adalah jalannya.

Tapi ayah reply :
" ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM, BIAR SAMPAI KE PANGKAL LENGAN"

Haha..senyum pahit je dalam hati.
Sekarang, dengan banyaknya masa lapang, aku pun kena cari duit poket.
Kalau aku mula menabung Eu 300 setiap bulan pun, inshaAllah dlm masa 2 tahun lagi..banyak jugak aku boleh save.

Kalau aku berniaga kecil-kecilan.. Jual lauk-pauk kat students.
Untung kasar Eu 200 sebulan, maka tambah lagi duit poket.
Tapi berniaga macam tu, boleh buat dalam tahun ini sahajalah.

Semester 1 ni, aku rasa tak boleh nak buat vigorous sangat.
Aku ada kelas..dan ada assessment yang mesti dilengkapkan.

Tapi untuk Sem 2, aku harap aku boleh cari kerja part-time.
Kedai buku ke.. jaga budak ke.. anything at all.
Tak kisah asalkan halal.

Bila benda macam ni jadi...aku harap sangat aku boleh rekod setiap saat.
Supaya nanti aku boleh ingatkan diri aku tentang peritnya dan mahalnya harga sebuah kepakaran.

Ini..harga yang aku perlu bayar.
Hantaran 31k Euro...untuk 'meminang' sijil perubatan.

Ya Allah.
Mudahkan urusanku Ya Allah.

Ps: nak kena jumpa pengarah MARA untuk bincang itu ini. Doakan <3 p="">






No comments: