I think I should just put it here, so when I'm older, I'll be able to read this again and just laugh (like what I did now! ) Disclaimer : This is just a funny lesson , I think I should immortalize it in my blog. :p
_____
Hari Ahad lepas, aku jumpa balik dengan kawan-kawan sekolah menengah. Let's just name them as F, T and N. Saban tahun, aktiviti wajib mestilah makan, lepak dan borak tentang semua perkara yang telah menjadi highlight hidup dalam setahun yang lepas.
Selalunya.. hampir semua berkisar relationship.
Tak tahu kenapa! Mungkin sebab sejak mula berkawan di sekolah menengah, memang itu topik yang seronok untuk diceritakan sebab masing-masing boleh berlawan kisah siapa paling sedih (atau lucu)
Jadi aku buka cerita tentang hidup seorang Fatimah yang masuk usia 25, dan entah keberanian jenis apa yang merasuk tubuh untuk tahun ini... aku buat semua perkara gila yang tak pernah aku lakukan sebelum ini!
Contoh pertama - aku minta penjelasan dari kawan zaman sekolah tentang hal lama. Kalau orang lain, mesti dah tutup kambus habis, siap timbunkan daun kering untuk hilangkan tanda kewujudan hal yang mahu ditanam dalam-dalam.
Tapi seorang Tim (yang entah keberaniannya datang dari mana) tiba-tiba sahaja whatsapp dan minta penjelasan. Bila fikirkan balik, Ya Allah kesian kat kawan tu. Dia elok-elok dah bahagia dengan kehidupan dia, tiba-tiba seorang kawan lama yang entah dia masih ingat atau tak.. tiba-tiba contact balik, untuk tanya pasal hal remeh. HAL BUDAK-BUDAK.
I think I make myself looks even more weird.
Still, aku happy bila dapat jawapan sebenar. Yang aku sebenarnya bukan dijadikan target untuk dimainkan. Bukan kijang lembik yang terpilih sebab kelihatan macam easy prey. Benda ni nampak kecil di mata orang lain. Isu yang kalau aku tanya pada orang lain, semua akan capai kata putus yang sama "tak payahlah fikir panjang-panjang".Tapi aku tak tahu macam-mana otak aku boleh ada kapsiti untuk simpan semua memori. Maklumat penting yang lain, taknak pulak disimpannya.
Bila dah ada closure untuk kisah lama, barulah aku rasa macam... this is just a simple thing! Kenapa tak tanya dari duluuuuuu... aduh terbazir space dalam hati sebab benci dan marah pada orang yang tak perlu dibenci atau dimarahi.
___
Contoh kedua - apabila aku tanya directly kepada kawan lelaki aku, tentang posisi aku dlm hidup dia. Ini sebenarnya, bila aku ingat semula pun, rasa macam astaghfirullah.. hantu mana masuk dlm badan malam tu ! Tiba-tiba rasa macam nak clarify, so I just ask him right away. And that.. is sooo not me.
Growing up, aku dah biasa hidup dlm zon kelabu. Aku rasa aku memang tak boleh berkawan rapat dengan lelaki. Sejenis mudah tergelincir.. kau faham tak?
Jadi, aku selesa dalam zon selamat. Tiada yang kacau aku, hidup aku tenang dan bahagia. Walaupun dikelilingi kaum sejenis dan kadang-kadang teringin juga nak rasa hidup berteman macam orang lain, tapi aku diamkan aje perasaan itu, sebab aku pun tahu priorities dlm hidup. And.. hakikatnya memang takde orang nak ngorat kita pun.
Jadi bila dah besar sikit, dah mula pandai bergaul dengan member kat universiti, bekerja sama-sama di hospital.. some lines are meant to be crossed. Dan seorang perempuan yang tak reti nak asingkan rasa dalam hati...tergaul rata semua perasaan yang ada.
Maka, kesianlah nasib si kawan lelaki yang tiba-tiba kena lecture.
Hanya sebab aku yang confused dgn perasaan sendiri.
Akhirnya, sepatah kata pun tak lagi bertukar antara kami.
Ini dikira putus sahabat ke?
Tak kisahlah.
Yang penting, I saved myself from a possible disappointment dan frust menonggeng.
I know myself well enough.
It's either I like someone for a good few hours/days..
..or I fell hard for yearssssss and yearsssss to come.
and we dont want that to happen again, kan?
Letih la one-sided.
____
Jadi,
a little thing called courage
is all you need
to make yourself more clear
of your own feelings
or how others feel towards you.
Perhaps someday,
this little thing called courage
can help you to navigate your way
No comments:
Post a Comment