Showing posts with label jelajah umrah. Show all posts
Showing posts with label jelajah umrah. Show all posts

Friday, June 24, 2011

umrah 3: salam rindu untuk rasulullah

assalamualaikum :')

beberapa hari menginap di hotel dan sekadar berjalan ulang alik ke masjid nabawi sahaja mula membuatkan ia seolah-olah rutin. dah tak rasa penat nak berjalan (yalah bukannya jauh sangat pun..) cuma cuaca panas buat kulit menggelupas dan kaki rasa macam nak melecur. nasib baik lantai marmar yang sejuk tu macam faham-faham sahaja perasaan budak-budak kecik yang merengek tak suka panas.

cubaan pertama  mahu menjejakkan kaki ke raudhah, terpaksa pula membatalkan niat suci murni tersebut kerana terlalu  ramai orang. timing yang tak sesuai. jadi ibu kata lepas subuh esok baru kita cuba sekali lagi. lepas subuh esoknya, berlari balik ke hotel untuk sarapan dengan laju-laju (sebab takut terlambat) dan kemudiannya cepat-cepat patah balik nak masuk raudhah. alhamdulillah pintu dah bukak. masuk dan masuk dan jalan dan jalan (tak sangka aku masjid nabawi sangattttttttt besar) sampailah ke suatu lapangan yang aku nampak sudah ramai orang duduk dan solat. rupa-rupanya yang nak masuk raudhah ni ikut giliran negara!

umrah 2: hari-hari di bumi madinah

assalamualaikum :')

(umrah 1)

sebab dah janji kenalah ditunaikan. kalau tak ditunaikan janji yang dah dibuat, itu dah masuk ciri-ciri orang munafik. tak gitu? anyway.. alhamdulillah keluarga aku berkesempatan menunaikan umrah pada tahun lepas. mulanya aku macam agak cuak sebab aku kan exam besar tahun lepas (SPM) tapi bila fikir balik, lagi untunglah aku.. kalau doa dapatlah dimakbulkan! haha..

aku tak tahu pula waktu kami menunaikan umrah itu adalah semasa musim panas di sana. perjalanan yang memakan masa yang lama membuatkan otak aku yang lembab semakin lembab untuk berfikir. tambahan pula seat yang aku dapat dalam flight terpisah dari keluarga aku, duduk pula sebelah foreigner, memang aku tidur aje sepanjang masa. tertekan sebab flight jauh tapi tak duduk satu family. sedih tau!

Tuesday, June 21, 2011

umrah 1: mengajar aku erti kesabaran

assalamualaikum :')

malam ni, entah kenapa teringat hari-hariku dulu selama di tanah haram mengerjakan umrah bersama keluarga. selalunya bila ditanya orang tentang pengalaman umrah, nak saja aku cakap aku nak tinggal terus di sana. tenang iklimnya. suasana yang sangat mendamaikan jiwa. satu ketenangan yang aku tak pernah rasa lagi sejak aku balik ke malaysia.

selalin menunaikan ibadah umrah, kami sekeluarga banyak juga menyertai ziarah yang dianjurkan pihak Andalusia. jujurnya, aku nak ke sana, belum cukup ilmu di dada. persediaan mental pun entah.. macam percaya tak percaya. tapi bila dah menjejakkan kaki di lapangan terbang Jeddah tu, hati dah terbuka sedikit.

aku bukanlah orang yang bergolok-bergadai nak menunaikan umrah. susahnya mengumpul duit untuk membayar pakej keluarga seramai sembilan orang itupun entah bila dilalui ibu dan ayah. yang aku tahu, beberapa bulan atau minggu sebelum bertolak barulah dikhabarkan kepada aku. aku ni jenis main-main. dalam semua perkara pun aku tak serius. pemikiran tak sematang usia. haha.. itu yang adik aku cakap. malah aku rasa dia lebih sesuai menjadi kakak. dari segi ilmunya..amalannya..ibadahnya, aku sendiri segan dengan adikku yang seorang itu.

cerita umrah ni, dulu aku tak kupaskan dengan terperinci, entah.. kenapa. sekarang bila dah teringat baru nak bercerita. sekarang baru nak muqadimah. lepas ni insya-Allah, kalau panjang umur, aku ceritalah lagi.

PS I: muadz puasa hari ni. alhamdulillah..
PS II: dah lama tak minum soya. aku suka sangat air soya. boleh tak nak cari tauke soya jadi calon suami? haha.. canda aja donk!