Disclaimer

SEMUA post dan entry dalam blog ini adalah hasil nukilan pemilik blog. Pengalaman yang digarap dengan sentuhan peribadi. Sebarang penyebaran atau perkongsian bagi entry berbentuk ilmiah adalah amat dialu-alukan.

Mana-mana karya yang boleh didapati di dalam blog ini adalah original, bukan fotokopi.. kecuali dinyatakan. Jalan cerita, plot, mahupun watak adalah rekaan sama sekali dan tiada kena mengena dengan mana-mana manusia, yang hidup mahupun telah mati.

Yang tulus,
Fatimah Zahra.

Pengikut tegar.

Monday, July 27, 2015

Meludah ke langit

Sumpah,
Tengok blog header sendiri rasa macam ada suara sinis dalam diri sendiri yang cakap "Yeke daie? Puihh"

Kita lebih mengenal diri kita.
Dan kita lebih tahu siapa kita bila kita sendirian.

Siapa tak takut dengan gelaran hipokrit?

Cuti ni, aku sedar satu benda.
Alangkah buruknya orang yang memilih untuk jalan di atas dua jalan yang dipisahkan dengan longkang. And that jalan would be the deception and the truth, haq dan batil, islam dan jahiliyyah.

Masih dan masih, struggle dengan jahiliyyah yg lama.
Cuma bila kau semakin lama dlm jalan tarbiyyah, kau akan merasakan longkang di antara kaki kau semakin besar.

It is not possible utk selamanya berdiri dengan sebelah kaki di jalan haq dan sebelah lagi memilih batil. Sangat hodoh sebab semakin kau belajar, semakin kau sedar dua jalan tu sgt jauh terpisah. Kau tak boleh pilih untuk kangkang selamanya.

Kau kena pilih, tim.
Dan tolonglah tegas dengan diri sendiri.

Kalau tak, apa yang kau cakap malam ni, akan dicampak balik ke muka kau someday in the future, macam meludah ke langit..eventually jatuh terpalit ke muka sendiri..

Behold....
Kau akan diuji.

Signing off,
Tim

Thursday, June 25, 2015

Summer Oh Summer..

Musim panas.
Summer.


Dan sangatlah terbiasa untuk mendengar kisah keterujaan pelajar-pelajar seperti aku untuk pulang ke Malaysia, berjumpa dan bertemu mata dengan yang tersayang (read: keluarga), tidak kurang juga semangattt nak sambut ramadhan dan tidak dilupakannn the highlight of the yearrrr bagi para ibu, EID itself.

Dah nak masuk sebulan selamat menjejakkan kaki ke tanah air tercinta. Dan dah nak sebulan jugak hati aku sangat resah.

Jujur, aku terkadang lebih mencintai bumi Ireland dari bumi tanah air sendiri. Kenapa? Sebab di sana aku tidak terikat dengan mana-mana tanggungjawab selain dari belajar dan mmm, tanggungjawab sebagai muslim.

Tapi bila aku pulang ke sini, aku malah mempunyai hutang dengan ramai orang yang mesti aku lunaskan. Hutang tanggungjawab dan hutang masa. Kawan-kawan dan juga keluarga. Well, mainly keluarga . Jadinya aku terus-terusan berada di rumah untuk menjadi private nurse Opah tercinta (hehe..)

Faktor kedua! Di Ireland, paling tidak..aku tak perlu mengajak ahli rumah untuk sama-sama menjaga tarbiyyah masing-masing dan saling mengingatkan. Ya! Di ireland aku punya support system yang baik. Kami akan solat berjemaah di awla waktu, baca mathurat setiap hari dan saling tegur menegur demi kebaikan masing-masing. Sangat kondusif dan sangat...ideal.

Hakikatnya berbeza, bila pulang ke malaysia, aku cuba untuk mengajak adik2 untuk solat berjemaah, hanya beberapa hari dan aku sendiri tumbang sebab hmmm tulah cepat sangat berputus asa.

Bagaimana dengan mathurat?
Burn baby burn~~

Qiamullail?
Hmm nasib baik skrg ramadhan, paling tidak dah bangun untuk sahur.

Jangan kata amalan yang sunat, yang fardhu pun alahaii susahnya nak solat awal waktu.


Semua struggle ini buat aku muhasabah semula, adakah selama ini amalan aku memang bergantung kepada environment aku? Adakah aku ini mengikut orang sahaja? Benarkah aku ikhlas dlm beribadah atau taknak nampak janggal bila aku sahaja yang tidak berbuat?

Astaghfirullah.
Ampunkn dosaku andai amalku sblm ini tidka ikhlas untuk Mu Ya Rabb!

Yes, tarbiyyah dzatiyyah.
Bagaimana amal kita bila kita sendirian, itulah yang mencerminkan sama ada tarbiyyah kita sustainable atau tidak in the future, dan sama ada kita akan 'tsabat lillah' atau kita akan 'penat lelah' je di akhirnya.



Signing off,
Setelah setahun (dan setelah dah tak tahu nak luah kat mana..barulah lari ke blog semula)

Yup, still Tim. 😉

Sunday, March 22, 2015

Sebab dia hanya manusia.


Sebab aku adalah manusia
maka aku marah
dan aku menuduh dia yang bukan-bukan
dan aku merasa aku sudah lelah
untuk bekerja keseorangan

Sebab aku adalah manusia
aku merasakan kau sepatutnya faham
akan apa yang sudah aku fahami dan hadam
dan kita sepatutnya bergerak seiringan
bukan aku sahaja yang terus ke depan

Tapi
pesan murabbi
sebab aku bekerja dengan manusia
maka aku harus bersabar

"Sebab dia manusia
awak tak boleh bersangka-sangka tentang kondisinya
semua orang punya battle yang berbeza
dan awak pun dulu dalam struggle yang sama"

"Sebab dia manusia
dia juga punya kelemahan
dan dia juga butuh masa untuk kefahaman
maka berikanlah apa yang sepatutnya untuk dia
agar awak dan dia sama-sama sejahtera"

"Dan awak, sebab dia hanya manusia,
awak kena banyak bersabar
kerana sejauh mana orang lain telah bersabar awak
maka awak perlu cari kekuatan untuk melakukan yang sama
jangan merengus, jangan pendam, jangan menempelak
semua orang perlu ruang dan masa
kerana kita semua bekerja untuk bina manusia
dan kita semua hanyalah manusia.."

-Tim, masih manusia.

Monday, January 12, 2015

The tip of the iceberg



Assalamualaikum,

Baru-baru ini, sekali lagi rakyat Malaysia kecoh dengan sebuah video fancam yang merakamkan adegan 'wanita bertudung dicabul artis kpop'. Dan seperti biasa, rakyat malaysia sekali lagi tidak gagal menjadi keyboard warrior dengan memberi pelbagai kritikan ke atas wanita dan artis kpop yang terlibat.

Allah..

Bukan nak kata apalah, tapi zaman sekarang, kita sendiri boleh nampak betapa kita semua sangatlah mudah melatah tanpa melihat sesuatu dengan skop pandangan yang lebih besar. Ada beberapa perkara yang ingin saya ketengahkan dalam isu ini.

1. Kumpulan yang membuat konsert di Malaysia, suatu perkara yang rakyat Malaysia perlu tahu, memang pelukan dan ciuman adalah perkara lazim bagi mereka. Kita datang dari budaya yang berbeza dan mereka mungkin tidak dikhabarkan tentang sensitiviti isu ini dalam kalangan rakyat bermasyarakat muslim di Malaysia.

2. Wanita itu boleh jadi memakai tudung, tapi mungkin dia berada dlm keadaan tidak terkawal pada waktu itu. Cubalah jadi orang yang memahami. Ada masa kita sendiri akan terlalu excited apabila idola kita berada di depan mata NAMUN, saya tidak sama sekali bersetuju dengan perbuatan beliau walau se'excited' mana pun beliau. Seharusnya kita lihat cerita dari pelbagai angle. Mungkin dia bertudung tapi adakah bertudung itu sudah cukup untuk kita andaikan dia adalah mu'min sejati? Boleh jadi kpop adalah kryptonite bagi dirinya. Boleh jadi dia sendiri menyesali perbuatannya selepas itu. Allahu A'lam.. kerana itulah, seboleh-bolehnya, janganlah kita menghampiri pun sesuatu event / aktiviti yang kita rasa kita tidak akan bertindak seperti muslim di dalamnya. Siapa boleh jamin apabila kita berada di keramaian seperti konsert, kita akan duduk diam dan behave like a pristine muslimah?  Susah kan. Maka, jauhilah dari memasuki zon yang kita sendiri ragu-ragu adakah kita akan bertindak seperti muslim (ikut syariah dan Allah's commands).

WALAUBAGAIMANAPUN.

Betapa sebenarnya isu ini adalah dua hala (artis dan wanita itu sendiri perlu berjaga-jaga), rakyat Malaysia perlu disedarkan bahawa kita terlalu asyik dan sibuk melatah dan menggelepur bila isu-isu sebegini berlaku.

Perlu kita tanyakan semula kepada diri kita: Kenapa Malaysia (hatta umat islam di seluruh dunia) masih berhadapan dengan isu-isu sebegini?

Masalah pada pergaulan.
Masalah pada jenayah rogol dan cabul.
Masalah pada rasuah dan kewangan.
Masalah ditindas dan diperangi.

Pelbagai masalah timbul, dan kita selalu cuba untuk baiki semula keadaan tapi masalah itu hanya selesai (atau mungkin gagal untuk diselesaikan pun) pada waktu itu sahaja. Selepas itu, timbul lagi masalah-masalah baru (yang hampir sama).

Berbaliklah pada isu pokok. Janganlah kita asyik membelek-belek bahagian iceberg yang timbul tanpa kita sedar sebahagian besar iceberg itu berada di dasar!

Masalah utama umat islam pada hari ini adalah DIRI MEREKA SENDIRI. 


1. Bagaimanakah kita dapat mengukur bahawa kita adalah muslim sebenar? 

Adakah muslim bermaksud mengucapkan syahadah, solat 5 waktu, puasa dan bayar zakat. Jika mampu pergilah menunaikan haji. Maka islam kita hanya pada 5 perkara itu? Superficial sungguh beza antara kita dengan si non-muslim.

Jika pengadilan Allah hanyalah sebegitu, apakah yang membuatkan cara hidup kita terlalu berbeza dengan generasi yang pertama-tama dan paling awal menerima islam? Adakah kalam Allah yang diturunkan kepada mereka berbeza dengan apa yang terbuku di hadapan kita? Adakah solat mereka dipenuhi dengan bacaan misteri yang tidak sama dengan bacaan kita? Adakah puasa mereka yang bersahurkan tamar itu ada magiknya berbanding puasa kita yang bersahurkan nasi dan lauk pauk?

Beza antara kita dan mereka adalah syahadah mereka dibuktikan melalui perbuatan, bukan hanya sebaris ayat di bibir.  Syahadah mereka adalah penyaksian kepada Allah, bahawa aku akan menunjukkan dalam CARA HIDUP AKU bahawa KAU-lah tuhanku, tuhan seluruh alam, tuhan bagi segala sesuatu yang ada di bumi dan diluarnya, yang terlihat mahupun tidak dan zahir atau batin. AKU adalah HAMBA. Maka AKU akan hidup dengan apa yang KAU gariskan, setiap perintah-Mu akan aku laksanakan dan apa yang KAU benci akan aku tinggalkan dan jauhi.  Berbeza dengan kita yang menganggap syahadah hanyalah ucapan. It's more to the action rather than the words.

So, looking at this point. Have we walk the talk yet?
Have we lived with Allah's commands all this while.. atau ikut kepala kita je?


2. Bagaimana pengetahuan kita tentang perintah Allah? 

Adakah pengetahuan kita yang bergantung hanya pada bacaan Al-quran itu sudah memadai. Atau adakah cukup kita menghafal  hadith sahaja. Cukupkah ilmu kita pada paras itu? Dan kalau benar Al-quran itu panduan hidup, tidak pelikkah keadaan kita yang hanya membaca dan membaca tanpa tahu butir isi kandungannya.

Kalau begitu samalah seperti pesakit yang diberi preskripsi ubat oleh sang doktor tapi hanya menggantungkannya di leher tanpa mengambil kisah untuk pergi ke farmasi, beli ubat itu dan makan.

Atau sama juga seperti orang yang haus tapi hanya berbaring dan mengeluh "hausnya..hausnya" dan "aku perlukan air. nak airr" sedangkan yang dia perlu lakukan adalah bangun dari perbaringan, melangkah ke dapur dan ambillah segelas air untuk menghilangkan dahaga.


JADI APA SOLUSI SEBENAR?

Hak Al-quran ke atas kita adalah untuk dibaca, dengan tartil, melihat maksud sebenar, terjemahan dan tafsir, seterusnya lihat pula pada perbahasan ulama dan apply dalam hidup kita. Bukan sekadar di jadikan barang hantaran di hari pernikahan kemudian dibiar berhabuk di dalam almari..

SEEK for the knowledge about our religion, our deen. If you're not the kind of person that love to indulge themselves with books, then you can always opt for videos. Banyakkkkk sang at video berbentuk ilmiah. You can always subscribe to Daily Reminder on Youtube. Nouman Ali Khan's lectures, Mufti Menk, Syeikh Tawfiq Chaudry, Syeikh Hamza Yusof.. and many more.

Find the 'blind spot' in our knowledge regarding Allah,
Only when we have lived with what He asked,
then He'll bestowed upon this ummah the rightful position.

No more sufferings,
only blessings.

So, let us stop wondering about the tip of the iceberg,
Jom sama-sama selesaikan the bottom, unseen part.

Only with dakwah and tarbiyyah,
Islam will prevail.

Assalamualaikum.

Friday, January 9, 2015

2015: Let this year be different.



Assalamualaikum..

Really, how time flies. I really don't know how to sum up my 2014, and boom, dah masuk 2015 dah and now I'm halfway through 2nd year of medical school??!! I mean WHUUUTTT??!

And (walaupun tak official but it's just a matter of dates kan) I'm already 22. Like are you friggin kidding me? 

Already 22 huh? 

Bila reflect balik, memang terkena sungguh dengan surah Al-Asr. The essence of the surah, is TIME. Tick-tock-tick-tock 

IN THE NAME OF ALLAH THE VERY MERCIFUL AND ALL MERCIFUL.
1. (I SWEAR) BY THE TIME
2.MAN IS IN A STATE OF LOSS INDEED.

Time is the most important asset anyone can have. Kalau seseorang tu tersangatlah kaya ya rabbi pun, if, he is dying, then what good would all his money can do? And, with the passing time, human is is in a state of loss. ALWAYS. Why? Because we're losing our youth, our energy, our health, basically almost our everything (as time goes by). It's undeniably true.

But what is it, that even if time has passed by, kita boleh claim yang kita tak rugi? Kita boleh kata kita dah rasa happy, proud, content dengan apa yang kita ada? How do we measure these kind of feelings? 

Allah swt has answered this questions in the following verse:

3. EXCEPT FOR THOSE WHO BELIEVED 
AND DID RIGHTEOUS DEEDS, 
AND EXHORTED EACH OTHER TO FOLLOW TRUTH 
AND EXHORTED EACH OTHER TO OBSERVE PATIENCE.

Untuk kita tak menjadi orang yang rugi, kita kena meyakini dan beriman dengan iman yang sejahtera. (bermasud, bebas dari kefahaman pluralism atau ideologi-ideologi lain) Kita sendiri kena yakin dan percaya bahawa GOD IS ONE. Hanya Allah yang layak disembah and kita kena address yang HE is the Master, and WE are His servants. 

By proclaiming that kita adalah hamba, we must admit that HAMBA TIDAK PERNAH BEBAS. Logically, kalau seseorang digelar hamba, dia mestilah kena ikut cakap tuan dia, and ada limitations untuk apa yang dia boleh buat kan? Sebab tulah kita kena admit yang in this worldly life, kita tak bebas pun, kita kena ikut apa yang Allah suruh and tinggalkan apa yang dia tak suka.

Menyeru kepada kebaikan (mestilah sebab nak jadi baik, we need our support system as well). Preach to our family members and our friends. Ajak semua untuk mantapkan lagi pengetahuan tenting agama kita (supaya kalau ada yang tembak soalan untuk mengelirukan kita, kita takkan terjejas sebab kita tahu perkara sebenar).

Lastly, to have patience. Patience atau perkataan yang Allah guna 'sabr' in arabic mempunyai 3 components utama, iaitu:

Number one,  to remain steadfast in performing our obligations. 
- semua orang ada struggle massing-masing. it can be about about anything, some may have problems with ikhtilat (bergaul dengan opposite gender). Some may think its hard to cover aurah (perfectly according to syaria) and some may have problems with their family member (nak berubah tapi keadaan sekeliling macam tak memberangsangkan). 
-Hence, in order not to be 'in loss' is to remain steadfast. Strengthen our faith, the best way is, cari lebih banyak ilmu about our religion. Start thinking, ask questions (to the right people, not by google-ing stuff, itu macam banyak jawapan yang salah dari yang betul). Choose to grow up (physically and spiritually) this year. :)

Number two, to prevent ourselves (and others) from committing sins.
-have you ever heard of 'THE CLIMB' theory? well, it goes like this. Untuk berubah menjadi lebih baik, samalah macam mendaki bukit. Which will be easier; panjat bukit with the climbing gears only atau panjat bukit with beg besar atas bahu dan kasut yang slippery? Of course the answer is the first option. Sins are like burdens. Ia hanya akan menyukarkan proses kita untuk menjadi lebih baik. Macam mana kita nak akhlak yang baik kalau telinga kita dihidangkan dengan lagu-lagu yang penuh carutan? Macam mana kita nak jaga pergaulan kalau mata kita dah terbiasa melihat maksiat (dlm movie atau dlm hidup sebenar). Oh god, struggle sangat kan untuk tinggalkan benda yang kita dah terbiasa buat. But let this year be different, shall we?

Number three, to endure hardships with patience.
-semua orang ada masalah tersendiri. Nobody says changing towards betterment going to be an easy job. We need to shake off our attachments with worldly things and to purify our faith and hearts hanya untuk Allah and His deen. 

Phew, sebenarnya nak cakap sikit je tapi terjadi panjang. 
What I really want to say is: It's already 2015. and we must admit yang kita dah makin tua, sampan bila lagi kita nak main-main dengan hidup kita? Cuba tengok sekeliling, cuba tengok dunia sekarang? banyakkkk sangat masalah yang ada, kita ni a part of masalah dunia atau kita nk jadi manusia yang bantu selesaikan?

It's time to get serious with our life. Boleh jadi kita mati di usia 70 tahun, dan siapa yang mampu sangkal, kita boleh juga mati lagi 70 minit atau 70 saat.. Point is, kita mati dalam keadaan terus lalai dan takde alasan pun nak bagi dekat Allah (atas kelalaian itu) atau kita nak mati dalam keadaan kita cuba untuk berubah (be it, kita dah berjaya mencapai goal atau kita menuju ke arah goal itu).

Let this year be different.
Set your resolutions right.
Start the change.
Be the change.

Assalamualaikum.


Monday, June 3, 2013

Kosong..


Beberapa hari menghilangkan diri
Beberapa hari cuba sembunyi
Beberapa hari kubiar telefonku mati

Kusangka aku akan dirindui
Kusangka aku akan merindui
Dunia itu

Tapi
Lain benar aturan Ilahi

Aku cuba mencari keseronokan dalam meditasi
Cuba mempamer cintaku pada setiap manifestasi
Cuba dan cuba lagi

Tapi
Lain benar aturan Ilahi

Aku takut
rasa kosong ini
maknanya apa?

Adakah
selama ini
manifestasi cintaku
kepada-Mu ya rabb
hanya bersifat sementara?

Aku ini
Hamba-Mu yang bermusim
atau selamanya?

Semak dan sesak
Terasa dada semakin sempit
Asap dan debu makin menghimpit

Aku benci
Bila aku begini.


Wednesday, March 20, 2013

Unconditional Love: Sebab cinta tak perlukan syarat.





Mungkin mukadimah agak hambar. Bila berbicara soal cinta, mulalah semua orang demand for the real definition of 'love'. Cinta itu indah laa.. Cinta itu maksudnya romance laa.. 

Apakah cinta? 
Adakah anda sudah merasakan cinta? 
Membarakah cinta anda? 
Atau hanya suam-suam kuku?
Atau ... anda hanya bertepuk sebelah tangan?

Tarik nafas panjang. Lepas.

Sebagai seorang peminat hindustan, aku pun kadang-kadang teringin juga nak rasa unconditional love yang ditonjolkan tu. Kisah pertemuan teruna dan dara yang tak dirancang, takdir yang tersusun rapi menyatukan hati mereka. Walaupun pada awalnya macam ada lovehate relationship, tapi lepas tu memang dah ultimate love lahh.. Kira kau adalah darahku... Kau adalah jantungku ~~ *insert lagu 'Sempurna' kat sini* Si teruna hensem akan sentiasa dapat si dara pingitan. Mereka akan menyanyi riang untuk menyatakan cinta mereka kepada dunia. Guling-guling turun bukit, tetiba tukar baju masuk scene kat pantai pulak, lepas tu kat air terjun, pastu padang pasir, pastu salji .. bla bla bla *you got my point right?* 

Dan walau apa pun rintangan, mereka akan bersatu jua di hujung cerita , sebab kalau tak orang akan bakar panggung wayang.   

Tapi ada cerita yang tak begitu. Macam Mohabbatein. Macam Shah Rukh Khan dengan Aishwarya Rai. Tertekan dengan halangan dari ayahanda yang garang gila (Amitab Bacchan) si gadis mati tanpa si teruna sempat bersama dengannya. Aww.. sedih. Tapi si teruna tidak pernah berhenti mencintai si gadis. Tak pernah. Malah sehingga bertahun-tahun dia dipandang macam orang gila, mencintai orang yang tidak ada. Perlu ke? LOGIK KE?

Awak rasa apa dia akan kata, kalau kita tanya kenapa dia masih cinta?
Dia kata:
               "Cinta itu tak perlukan syarat"


Senyum lebar.
Cinta itu tak perlukan syarat, sebab kalau kekasih hati tu dah mati pun, kita masih sayang kat dia.

Cinta tu tak perlukan syarat, sebab kalau seribu pun datang menghalang, kita tak mampu menafikannya.

Cinta tu tak perlukan syarat, sebab kalau kita nak tipu diri kita pun, kita takkan mampu dehh...


Awak,
Macam tu jugak dengan cinta kepada Islam. Cinta kepada syariat. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. Cinta kepada Allah. Adakah cinta tu tentang rasa sedap sahaja? Kalau begitu, cuba kita reflect balik, adakah sedap itu sama ertinya dengan manis? Macam mana baru kita define sesuatu tu sebagai sedap?

Adakah sebab ia manis?
Adakah sebab ia masin?
Adakah sebab ia pahit?

Tak. Sedap tu bermaksud cukup rasa. Semua rasa ada. Semua tunas rasa dirangsang secara optimum. Macam tu jugak dengan gerabak dakwah ini. Macam tu jugak dengan hidup sebagai da'ei. Kalau manis sangat.. boleh jadi diabetic kita ni. Sakit. Badan rosak. Kalau sedap sangat pulak, kita jadi 'gemok', Mengantuk, Tidur sepanjang hari.

Geleng kepala.

Sebab tu dakwah dan cinta ni tak perlukan syarat. Adakah kita mahu menjadi golongan yang melihat dari jauh, mengagumi hasil kerja insan lain hanya bila ia sudah lengkap. Kita nak pandang Islam ni macam tourist pandang KLCC ke? Bila dah siap, kagum, tapi tiada siapa memuji orang yang membina KLCC brick by brick ( okay not literally brick by brick sebab KLCC guna concrete mixture..DUH )  Kita nak jadi orang yang participate, turut serta dalam pembinaan. walau hujan ke, ribut ke, kena sambar petir sekalipun.. kita tetap nak siapkan 'menara' kita. Kita tetap nak bina 'ummah' ini. Kita tetap nak jadi bangla dengan batu-bata nya.


You get what I mean right?

Jadi,
Biarlah kita tak rasa sedap yang orang lain sibuk nak kecapi.
Biarlah hidup kita ni ada pahit-pahit sikit.
Biarlah kita jadi bangla yang membina KLCC tu.

Kalau ada orang tanya awak:
          Kenapa kita sibuk sangat, bermati-matian nak jadi bangla dengan batu batanya?

Awak jawab macam ni:
          Sebab saya cintakan agama saya. Dan cinta tu tak perlukan syarat.


Senyum. Bangga.



Credits: 
Kak Laili dan perkongsian tentang Mohabbatein. 
Bulatan Gembira Hawariyyuun
dan penerangan pasal Inche Gabbana's article : Bangla dan batu-bata stuff.