salam.
cuma mahu mengingatkan diri sendiri dan kalian semua yg berada dalam lindungan Allah, semoga kita berhasil dalam melengkapkan diri kita sebagai individu muslim. menjalankan dakwah secara langsung atau tidak, berubah ke arah yang lebih baik, tidak bersangka buruk pada seseorang yang pernah mempunyai 'bad history' for everyone changes every second. ingat tu!
jadi, di samping bermuhasabah dan menilai diri, perkara-perkara buruk dan baik yang pernah dilakukan, satu perkara yang kadang-kadang kita lupa. saya sendiri lupa. setelah mengetahui beberapa kisah buruk tentang seseorang itu, lalu saya mengecopnya sebagai 'badboy' or even 'badgirl'. but still, people changes as time passes, right? i can saw that within myself too. so, apakata kita sentiasa memandang seseorang itu sebagai apa yang terbaik yang mungkin akan dilakukannya. boleh? ya..mungkin sukar. malah sememangnya sukar sekali. susah untuk memadam folder 'first impression' tentang orang lain yang dah lama tersimpan dalam koleksi 'document' minda kita. lets taking it this way. delete folder 'first impression' itu. lalu create folder yang baru. terkandung dalamnya bukan tentang keburukan yang telah dilakukan si fulan-fulanah itu, tapi kebaikan yang telah dilakukannya. andai dia benar2 melakukan kesilapan, anggap saja dia jahil. kita boleh memimpinnya dan menegurnya atas kesalahan itu, bukan? jadi, apa perlunya untuk dipendam saja rasa menyakitkan hati itu menjeruk dalam diri. let it go, then. sama-sama maju ke depan. berjaya dalam hidup sebagai muslim yang cemerlang. hidup ini untuk mengejar redha Allah.
tak usah dirisaukan folder yang baru didelete itu. tak perlu restore balik dari recycle bin tu. tak payah pun. sebagai peringatan kepada diri saya sendiri. kalau nak dibandingkan diri ini dulu dan sekarang.. whoaaa.. way too far. banyak yang telah dilalui setiap hari dan itu semua mengukir diri kita membentuk diri yang baru. setiap yang kita lalui setiap hari itu sangat indah andai kita benar-benar menggunakan masa yang kita ada di jalan Allah. dakwah itu tanggungjawab semua individu muslim. jadi apa yang anda pandang pada insan yang berlitup pakaian ungu itu? apakah bila dia sudah memakai baju berwarna ungu itu dia, sudah termaktub dalam kanun dunia ini dia sememangnya SEMPURNA. oh tidak. sudah pasti tidak. melalui seminggu yang pertama ini, sukar sekali. ditempatkan dalam kelas yang terlalu mencabar dari segala aspek, lalu kesunyian bila tiada teman yang memahami character saya yang sebenar. nak bergurau pun sukar juga. mungkin the complexity of their minds menyebabkan saya susah nak mengesan apakah saya diterima dengan baik dalam komuniti ynag baru ini. kebanyakan ahli kelas itu sudah setahun terbiasa bersama, lalu datang warga saing seperti saya.
segala-galanya seolah terlalu sukar untuk difahami. baik yang ditutur mereka mahupaun yang cuba saya sampaikan. seolah-olah saya pergi ke sebuah negara barat, lalu bertutur pula bahasa melayu. seperti itu kiasannya. mungkin terlalu kasar bunyinya. takpe. insya-Allah everything will go smoothly, fine next time. baru seminggu kan? terlalu awal untuk menghakimi mereka. lagipun siapalah kita, manusia yang hina ini, untuk slg menghakimi sedangkan kita sama. yang membezakan kita disisiNya bukanlah pangkat yang kita ada, mahupun berapa banyak cash tersimpan di kocek. tapi iman kita kepadanya. iman itu pula tidak diukur dari zahir sahaja. malah tiada siapa tahu cetek dalam imannya. boleh saja yang bertudung itu ada salib di dadanya (berdasarkan kes2 dahulu. tidak terniat mahu menghina muslimah lain.) jadi, kita pancarkan saja keyakina kita pada Allah melalui amalan-amalan kita. kalau benar kita cinta kepadaNya, nah.. buktikanlah. jika kita sayangkan seseorang itu, kita sanggup melakukan apa saja untuk si dia kan? bunga, hadiah, ucapan dan sebagainya. sekarang giliran kita memberi semua itu kepada Allah. bunga-bunga dari pohon amalan-amalan sunat, hadiah dari koleksi agung pengorbanan seorang hamba di jalan dakwahnya, ucapan mesra zikrullah yang sentiasa basah meniti bibir. romantisnya cinta seorang hamba pada ilahi itu.
jadi, show off your true colors. be that romantic person. cintakan Allah melebihi segalanya di muka bumi ini. Allah pasti membalas cinta itu pula. nikmat kesihatan, rezeki, kecemerlangan, dikasihi orang lain, doa sentiasa dimakbulkan, ketenangan hati, kelapangan dada malah diringi pula hidup kita dengan bunga-bunga redhanya.
p/s: maaf sebab post kali ini ditulis secara random, tiada kesinambungan dalam karangannya.
to be honest.. always.
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN
No comments:
Post a Comment