salam,
untuk ke sekian kalinya si fatimah ni nak cari kontoversi dari tajuk post.
sedangkan kandungan post tu suam-suam kuku je.
baiklah. warmup dulu.
untuk yg betul-betul-betul kenal diri ana nih, konfem tak rase taajuk ni pasal ana. eh-eh. suka hati koranglah. ana dengan penuh rasa terbuka dan lembut hatinya ingin mengutarakan beberapa persoalan.
1. adakah bercouple itu haram?
ya,sayangku. dalam islam tiada istilah couple pun. kalau ada pun mungkin merujuk pada pasangan yang sudah berkahwin. dah leti jugak menerangka perkara ini, tapi masih ada yang tak faham.
2. kenapa ye tak buleh couple?
dalam al-Quran, panduan hidup sepanjang zaman telah tertulis, Allah berfirman: LA TAQROBUZZINA.
maksudnya: jangan kamu dekati zina. zina pula boleh dipecahkan kepada beberapa bahagian.
zina mata: pandang benda2 yang tak elok dipandang. pandang ajnabi, pandang aurat orang. pandang maksiat.
zina hati: ingatkan orang tu. berangan-angan tentang dia. khayal dan tenggelam dlm imaginasi terlampau ttg seseorang tu, masyaAllah, ni paling susah nak jauhi, kan?
zina tangan: pegang yag haram baginya. contoh: pgg2 tgn laki-pompuan
zina kaki: berjalan ke tempat maksiat. contoh: on the wy nak gi dating. (astaghfirullah. nauzubillahu minzalik)
zina *tuut*: ha. ni la zina yang paling difokuskan orang smpi salah maksud zian sebenarnya.
kalau kamu sume perasan. statement artiste bila kena tangkap berdua-duaan.
*kami tak berzina cik. kami duduk-duduk je. borak-borak. bukannya buat apa-apa yg berdosa pun.
wahwahwah. sedapnya mulut berbicara. nak bersangka baik pun mungkin boleh kita katakan dia nih JAHIL AGAMA. masalahnya, statement yg macam nilah yang meracuni fikiran remaja-remaja islam zaman sekarang. pegang tangan buleh, asalkan tak zina. cubit2 sikit buleh, asalkan tak zina.
mungkin kalau ditanya pada mereka.
* dik ooi, zina tu apa?
* ek eleh. sengallah dia nih. zina tu seks lah. tau? sexual intercourse
kalau ikut hati mau je tempeleng orang yg jawab cenggitu kan? jahilnya remaja sekarang.
3. kalau kita kawan je buleh tak?
maksud awak apa ye? kawan laki pompuan? macam tu? buleh. buleh sgt-sgt. rasulullah pun ada sahabat dalam kalangan wanita. malah, kenalan dan teman-teman kepada Saidatina Khadijah Khuwailid pun baginda layan dengan baik. masalahnya sekarang, adakh kamu berkawan dengan cara yang betul?
bdsrkan observation, ana rasa kawan laki-pompuan tu tak perlu. kalau orang tnye spe si fulan ni pada kamu, ana nak cakap dia tu kawan ana pun ana da malu.
tak rse ke istilah kawan tu merujuk kepada situasi di mana dia rapat ngan kita dan tau serba sedikit ttg private life kita. (klu dlm dunia sekarang lah)
4. kita tak couple ngan dia, kita kawan je. tak buleh?
pheww.. penat lah jawab. apa yang anda mahu sebenarnya? apa tujuan kita dijadikan khalifah di muka bumi ini? Allah pernah offer tugas khalifah kepada gunung tapi direject. lalu, manusia yang lemah tapi poyo je lebih ni nak pulak offer diri jadi khalifah. byk pulak mistakes yg dibuat di bumi ni. tarah itu, potong ini, ratakan itu, tambak ini. semua kat bumi ni nak diedit sesuka hati.
kita hidup untuk mencari keredhaan Allah. adakah keredhaan itu buleh dicapai kalau kita buat maksiat kepada Allah (buat dosa).
ana cukup tak setuju kalau ada kawan2 ana yg ber'mesej' ngan muslimin ni. atas alasan tanya2 khabar je, kawan je, bukannya apa-apa. ana bukannya tak pernah buat. pernah jugak. tapi lepas tu menyesal sgt-sgt. sekarang bila dah matang, rasa malu sgt-sgt bila terjumpa muslimin tu. betul ni! kalau kita fikirkan maruah kita sebagai muslimat, fikirkan maruah mak bapak kita, fikirkan maruah islam, kita takkan buat macam tu.
dengarlah nasihat ana ni. tolonglah kembali ke pangkal jalan. kalau dah tak jumpa pangkal jalan tu, tanyalah di mana pangkal jalan tu kepada orang yang betul! jgn pulak merujuk pada org yg slh. nnti sme2 sesat.
5 jadi, apa patut kita buat? kalau dia mesej camne kita nak gtau?
mudah sahaja. kalau dia hantar lagi apa2 mesej
contoh : salam, dah makan?
tak perlu balas. kalau antum rasa antum lemah, offkan terus hp tu. tapi kalau rasa antum cukup kuat, tunggu smpi dia tak hntr2 lagik.
tapi, kalau dia hantar cam ni
contoh: nape ngan awak ni? sye hntr mesej tak balas. miskol pun tak kisah. awak tak sihat ke?
cubalah antum taip seringkas ini.
contoh: maaf. saya tak mahu buat dosa ngan awak. saya nak redha Allah.
jika antum berjaya menangkis satu persatu ujian2 ni, insya-Allah keredhaan Allah itu milik antum. bertaubatlah atas dosa2 yang lalu dengan taubat nasuha. kesal atas apa yg antum dah buat. janji taknak buat lagi. janji dengan ALLAH bukan dengan diri sendiri.
maruah islam tu lebih penting.
antum tak kisah ke nak calarkan maruah islam ini?
antum tak kisah ke orang panggil antum perempuan murah?
antum tak kisah ke orang label antum sekular?
jangan jadi aiman! kadang2 kita perlu kisah semua itu.
ana harap enti berubah. ana sayang enti.
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN
1 comment:
salam timah...
kita pun penah pernah rasa gak...
harap kita bukan pointing pada org yg sama...
awk,maaflah kalau pendapat saya agak kurg sama ngn awk...ini cuma pandangan..
tapi saya rasa tak perlu awk salahkan SEMUA mungkin kerana awk dah terjumpa banyak lelaki mcm ni..
saya yakin insyallah masih ada lagi lelaki di luar sana tak seperti yg awk fikirkan-"sama je"...
Post a Comment