Showing posts with label sepatah dua nasihat. Show all posts
Showing posts with label sepatah dua nasihat. Show all posts

Monday, June 27, 2011

optimis sajalah!



Bersabar lah yang indah
Alangkah dekatnya kelapangan
Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah 
dalam seluruh urusan, ia akan berhasil
Barangsiapa yang membenarkan Allah, 
tidak akan terbawa gangguan
Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, 
Dia akan ada di mana orang itu mengharap

-Syair Imam Syafie-

assalamualaikum :')

ini sekadar satu pendapat dari insan yang ilmunya tak seberapa. sejengkal pun tak sampai apatah lagi seela. mari kita berbicara tentang ujian hidup ini. selalunya bila datang ujian Allah dalam waktu yang tak kita jangka, selalu kita mengeluh dulu (akulah tu..) tapi bila nikmat datang bergolek diucapnya 'hoorayy' sebelum terluah 'ALHAMDULILLAH'.

cuba kita renungkan sejenak:

Tuesday, June 14, 2011

alkisahnya : tudung labuh.

assalamualaikum :')

kalau disebut tudung labuh, masing-masing ada pendapat tersendiri. ada yang kata itu adalah 'uniform' (kalau sekolah agama mcm aku) ada yang kata 'budak baik'( itu kalau kat tuisyen aku) dan tak kurang yang mungkin fikir 'bajet ustazah' (yang ni aku tak tahu siapa fikir.. -_-")


Sunday, May 29, 2011

bila marah lain, bila sayang lain.

assalamualaikum :')

pernah aku tertanya-tanya, kenapa orang bila marah nak menjerit menengking sekuat hati walaupun jarak orang yang dimarahi itu hanya sekaki. tapi bila sayang tak cakap apa-apa pun boleh senyum sorang-sorang. aku pernah terbaca dalam satu majalah (tak ingat majalah apa) tapi aku tak tahulah betul atau tak.

"bila marah, hati kita jadi jauh.sebab tu bila marah kita nak menjerit-jerit. 
bila kita sayang, hati sangat dekat. sebab tulah tak cakap apa-apa pun boleh faham"

ermm. itu hanya analogi. tapi kau rasa betulkah? aku rasa ya. entah. kau rasa apa?

PS I: aku cukup tak suka orang marah aku menengking. kalau tak aku menengking balik, aku menangis. tapi selalunya aku menengking balik SAMBIL menangis. kompleksnya manusia ni kan?

sham terima hidayah. alhamdulillah..

assalamualaikum :')


alhamdulillah. seorang lagi penggiat industri seni menerima hidayah. ini membuktikan sebanyak mana pun dosa kita, dan sejauh mana telah kita jauh ke jurang maksiat, masih ada kasih sayang dan hidayah Allah untuk kita, selagi kita terus setia untuk mencari hidayah itu.

PS I: masa sham jadi pengkomen AF malam tadi, aku dengar setiap kali memulakan bicara dimulakan dengan bismillah dan assalamualaikum. aku pun masih fail nak buat macam tu.

PS II: yes, aku tengok AF kadang-kadang. bukan layan sangat just mengadap je sementara tunggu giliran nak pakai internet.

Friday, May 27, 2011

lain kali tak buat lagi...

assalamualaikum :')












PS I: lain kali jangan salah guna kepercayaan yang orang dah bagi.. haha. padan muka aku!

PS II: aku lukis kartun ni semua masa blackout, nasib baik bateri laptop ada extra lagi..

PS III: lepas ni kena jaga sikit hati aku ni. laju aje ada back up plan in other words, hasutan syaitan la.

untuk part-time students dan full-time muslim.

assalamualaikum :')

lepas dah habis era "soalan paling mudah" atau SPM tu, aku dah makin tenang (yelah, kalau dulu asyik-asyik mengadap papan hitam tulis berapa hari lagi SPM..) sekarang dah settle, adik aku pulang menunggu giliran (padan muka.. wekk wekk)

bila dah keluar result (alhamdulillah dapat straight A's) budak-budak junior ni suka benar nak tanya aku 'rahsia  kejayaan' lah..'macam mana akak belajar' lah.. 'tolong bagi tuisyen' laa.. (ini semua kawan2 adik akulah.. hihi). aku bukannya tak nak bagi, aku nak bagi pun macam segan je. sebab dah berkali-kali aku cakap aku tak ada rahsia.

even ada orang cakap, aku ni tak layak pun dapat straight sebab pemalas benarr (aku pun rasa gitu.. hihi)


sebulan sebelum SPM.

Thursday, May 26, 2011

Ya Allah, Aku Jatuh Cinta..

assalamulaikum :')


pernah tengok orang yang dah parah bercinta? yalah.. yang dah tahap maut tak boleh nak selamatkan lagi.. dalam dunia sendiri je. pernah tengok? ermm.. aku pernahlah sekali dua ternampak bias-bias je. tapi betul ke orang bercinta ni bahagia? 


bayangan..





Wednesday, May 25, 2011

islam itu mudah.

assalamualaikum :')

sambungan pendek untuk entry batas aurat wanita ni . terima kasih kepada ilham fiq ahmad yang sudi bagi link fatwa yang dah officially keluar. betullah dia kata:

"islam itu mudah. jangan sampai kita menyusahkan.
 islam memudahkan kita, bukan bermakna kita bermudah-mudah"


Tuesday, May 24, 2011

batas aurat wanita.

assalamualaikum :')


pernah suatu ketika, aku meyertai sebuah kem anjuran TM, lebih dikenali dengan nama EDUCAMP YTM (dianjurkan saban tahun untuk menguji pelajar yang akan diberikan biasiswa) aku telah diberikan sebuah bilik (untuk penginapan) dan bilik itu adalah untuk dua orang. ini bermakna aku harus berkongsi bilik dengan seorang lagi peserta kem tersebut.




bila datang bab berkongsi, sedikitpun aku tak kisah, kerana sekarang pun aku masih berkongsi bilik (nenek aku tidur dengan aku, jangan jelous!!). tapi yang menjadi masalah ialah orang yang menjadi partner aku di dalam bilik itu ialah seorang chinese girl bernama Yi En (itu ditaip berdasarkan bunyi, aku sendiri tak tahu nama penuh beliau..) hihi.


monolog dalam yang direka.





time and punctuality

assalamualaikum :')

hari ini, aku nak cakap pasal tepati masa. aku tahulah ramai nak kata:

"wehh..bosanlah. itu basic knowledge"
"alah. asik-asik 'masa itu emas'kan? get over it lah. itu isu lama.."
"eleh.. nak poyo kau punctual lah kan?"

dah! enough is enough (ceh, kau apsal emo weh?) bukan... aku bukan emo. aku cuma nak kata, kenapa kita ni (kita which by now, referring to certain people which i'll explain later) asyik tak tepati masa? kita selalu ambil mudah dan fikirkan masa adalah benda remeh. well, here is the thing, IT IS NOT!

my first attempt melukis gambar sendiri, instead of googling it.  


Saturday, May 21, 2011

kenapa aku suka menengking lelaki?

assalamualaikum :')




cisss...
kalau adalah yang kenal aku dari dulu, mesti ada yang kata aku ni brutal, ganas, emo, manja dan sebagainya. aku pernah  selalu je bercakap dengan suara yang tinggi (atau saintifiknya menengking) lelaki. selalunya memang aku tak pernah nak cakap lembut-lembut pun. (geli-geleman aku rasa).

tapi pada suatu hari, bila aku ter'cakap dengan suara yang tinggi' tu ada seorang perempuan ni, dia tegur aku. dia kata:

 "timah, nape cakap macam tu? janganlah marah dia."

Friday, May 20, 2011

senyum.

assalamualaikum :')


“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Wednesday, May 11, 2011

eleventh hour. one step closer..


assalamualaikum :')
baru 24jam tak bukak blog aku dah rasa tak keruan, takut ter'miss' baca entry yang best-best dari blogger-blogger favourite aku. anyway, ni semua gara-gara kakyong yang dah habis exam, pulang ke rumah dan nak qada' bukak facebook. habis dia 'cop' pakai internet sampai tengah malam. aku bantai habiskan novel 'contengan jalanan' II: k-square tu. dah nak habis dah berkat ketabahan aku bersengkang mata malam tadi.
anyway, itu mukadimah yang sangat panjang. berbalik kepada isu asal. alam. kau tahu tak alam tu apa? sah kalau tak tahu memang nak masuk darjah satu balik. 'alam' yang aku maksudkan bukan puncak alam atau shah alam atau indera mahkota alam sekalipun. ALAM SEMESTA. benda yang ada sekeliling kita.
korang pernah tak pandang alam ini dengan mata hati, bukan mata kasar?

Monday, May 9, 2011

budak zaman sekarang.. menakutkan?!! (part 2)

(kalau tak baca lagi part 1 boleh tekan sini.)

assalamualaikum :')

ini lagi satu edisi tambahan untuk tajuk yang sama. ishh. makin hari aku makin kagum dengan otak budak-budak ni. apa kata aku tukar balik nak jadi paedatrician? apa kata anda?
okay usah melalut tak tentu pasal (sebenarnya dah tak ada idea nak update, tapi semalam jadi peristiwa pelik ni)

situasi 3:

aku menonton 'sembang bersama dato' mashitah" (entah, betulkah tajuk program tu? yang penting dato' mashitah tu ada ye tak?) sekali topik dia 'janinku sayang' pulak. bla-bla-bla-tung-tang-tung-tang tersebutlah safe sex (hubungan seks selamat ke?)

Friday, May 6, 2011

budak zaman sekarang.. menakutkan?!!

assalamualaikum :')


situasi 1:

kau tahu, ikan aku satu balang akuarium dah mati. tujuh ekor semua dah mati kau tahu!! (cett.. emo tak tentu pasal) okay. beberapa hari sebelum kematian menjemput mereka semua, aku dah nampak tanda-tanda diorang ni dah tak lama.

semua pakat baring (ikan baring??) je kat lantai akuarium tu. aku ketuk dinding akuarium baru nak terkejut, lari jap, pastu baring balik. aku tension pikir asal ikan ni? letih ke penat ke? ke dia tengah tido? (ikan takde kelopak mata, jadi dia tido dengan mematikan otaknya secara bergilir dan mata terbuka)

aku cakap: ni tido kot..
muadz cakap: bukanlah. entah-entah dia baru lepas 'tuuttt' ke? (mengawan)
aku: *erghh?? awkward...*

Wednesday, May 4, 2011

bergurau pun ada batasnya..

assalamualaikum :')




aku baru balik dari menghantar dan menjemput muadz dan hanis (adik-adik aku) dari kelas tarannum (sungguh aku cemburu dengan mereka..) sebenarnya idea ni dah lama ada, tapi baru sekarang nak terluah.

idea pasal entry ni, aku dapat masa menonton satu video ni di youtube. jumpa video ni pun secara tak sengaja, tapi aku sangat terkesan dengan video ni. itulah yang menyebabkan aku mahu meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku. 

NAK TAHU VIDEO APA?

Tuesday, May 3, 2011

wanita yang menjadi penghuni neraka

assalamualaikum :')

sudah menjadi satu trend ataupun kiranya up-to-date fashion masa kini ialah wanita bertudung yang menggunakan selendang untuk menutup aurat mereka. bagi aku sikit pun tak salah untuk kalian menggunakan selendang, tapi yang aku lihat di kedai-kedai tudung sekarang, selendang yang hendak dijual adalah kecil (dari segi kelebaran dan panjang hujung ke hujung). al-maklumlah, aku pun tak tahu bagaimana nak menggunakan selendang ini (lalu aku cari tutorial di youtube) tapi apa yang aku nampak, kebanyakan wanita yang menggunakan selendang tidak sempurna penutupan aurat mereka.



muka cantik tapi sayang...


Monday, May 2, 2011

ciptaan Allah yang terindah.

assalamualaikum :')

semalam aku dan adikku (aisyah yang sedang cuti pendek) menonton dokumentari di history channel (kalau tak silap... atau mungkin discovery channel??!!). kami menonton 'modern marvels' episod keep it out. episod yang ini membuka kisah belakang tabir tentang kunci keselamatan.

takkan hangpa tak tau kunci keselamatn tu apa? kan pagar rumah (seluruh malaysia) ada mangga untuk extra security. tau tak ada lagi banyak versi security lock ni? mangga tu kira macam padlock biasa, sekarang ada combination padlock (guna pada loker selalunya) dan paling hebat lock pintu yang boleh dibuka jika guna cap jari, imbasan mata dan ada juga imbasan salur darah dalam badan!


Thursday, April 28, 2011

deactivating.

'IKHTILAT' YANG DIBOLEHKAN



Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.


'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah


'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.

cuba terima TIDAK !

assalamualaikum :')

hari ini cik timah nak buat post pasal (korang perasan tak ayat aku awal post semua camni.. ishh) belajar menerima perkataan 'TIDAK'. kadang-kadang (tak tahulah korang perasan atau tak) aku tengok ramai orang di luar sana tak reti menerima perkataan 'tidak' ini. macam-macam situasi yang aku nampak, kiranya aku pun tak perasan sangat awal-awal tu, tapi makin lama, aku makin berfikir kenapa manusia sukar untuk menerima 'tidak'

ini ada beberapa situasi yang aku nak bagi contoh: