Monday, May 2, 2011

ciptaan Allah yang terindah.

assalamualaikum :')

semalam aku dan adikku (aisyah yang sedang cuti pendek) menonton dokumentari di history channel (kalau tak silap... atau mungkin discovery channel??!!). kami menonton 'modern marvels' episod keep it out. episod yang ini membuka kisah belakang tabir tentang kunci keselamatan.

takkan hangpa tak tau kunci keselamatn tu apa? kan pagar rumah (seluruh malaysia) ada mangga untuk extra security. tau tak ada lagi banyak versi security lock ni? mangga tu kira macam padlock biasa, sekarang ada combination padlock (guna pada loker selalunya) dan paling hebat lock pintu yang boleh dibuka jika guna cap jari, imbasan mata dan ada juga imbasan salur darah dalam badan!


bila aku tengok sahaja alat yang digunakan untuk mengimbas tu, perkataan 'subhanallah' secara automatik terbit dalam pemikiran aku. betapa berbezanya setiap manusia yang Allah cipta, sehingga salur darah dalam tapak tangan, dahi dan paling rumit dalam badan (bahagian dada) boleh digunakan untuk mencipta kombinasi keselamatan yang hanya satu dalam dunia ini. subahanallah!

dari zaman dulu, hingga sekarang, dari tua hingga muda, hatta yang kembar seiras pun kita tahu bahawa cap jari kita semua berlainan. tapi tahukah anda semua bahawa corak mata iris mata kita juga berlainan seperti cap jari juga? (aku baru tahu semalam.. -_-")

tak tahulah aku nak puji macam mana kepada pencipta kunci-kunci keselamatan tu, tapi sehebat-hebat mereka, HEBAT LAGI TUHAN YANG MENCIPTAKAN KITA. sungguh, aku sangat terkejut apabila mengetahui salur  darah pun boleh diimbas dalam selang masa satu saat. teknologi yang hebat. tapi hebat lagi ciptaan Allah yang menjadikan SEMUA manusia mempunyai susunan dan laluan salur darah yang berbeza.

subhanallah, semoga sahaja pencipta kunci keselamatan itu berfikir tentang kehebatan dan keindahan ciptaan Allah ini dan menemui hidayah. amiin..


P/S : sorry kalau aku ni terlalu excited untuk 'benda simple' pada mata korang.  it's just that aku memang macam ni. korang tak rasa ke ini sesuatu yang sangat luar biasa? bagi aku ya....

4 comments: