Tuesday, May 3, 2011

wanita yang menjadi penghuni neraka

assalamualaikum :')

sudah menjadi satu trend ataupun kiranya up-to-date fashion masa kini ialah wanita bertudung yang menggunakan selendang untuk menutup aurat mereka. bagi aku sikit pun tak salah untuk kalian menggunakan selendang, tapi yang aku lihat di kedai-kedai tudung sekarang, selendang yang hendak dijual adalah kecil (dari segi kelebaran dan panjang hujung ke hujung). al-maklumlah, aku pun tak tahu bagaimana nak menggunakan selendang ini (lalu aku cari tutorial di youtube) tapi apa yang aku nampak, kebanyakan wanita yang menggunakan selendang tidak sempurna penutupan aurat mereka.



muka cantik tapi sayang...



 Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda :

"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka yang belum lagi aku melihat mereka.Pertama,golongan(penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.

Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka(sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol unta yang senget.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangi syurga.Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

 (Hadis Riwayat Muslim)

HURAIAN HADIS

Golongan yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ini dapat kita lihat pada hari ini.Ada golongan yang memukul orang lain tanpa disoal siasat. Golongan kedua yang disebutkan di dalam hadis ini,perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang.Maksudnya,kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan,dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walaupun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang.

Pada hari ini ramai juga yang berpakaian dengan pakaian yang nipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakan bentuk aurat.Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar,seperti bonggol unta. Kedua-dua golongan yang disebutkan di dalam hadis di atas tidak akan masuk ke dalam syurga bahkan bau syurga juga tidak akan dapat dihidu,sedangkan wangi syurga boleh tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya. <--  (hasil carian google)


menonton televisyen sahaja sudah boleh dijadikan satu game, mengira berapa ramai wanita bertudung yang tidak berbonggol dan tudungnya dilabuhkan hingga ke dada. sungguh, opah aku yang menonton  satu siaran di televisyen swasta bertanya: "apa yang ada kat kepala dia tu? rupa busut dah opah tengok.."

busut? busut di atas kepala? sungguh, bentuk manusia itu sendiri sudah sungguh cantik di mata kita, hingga setiap kejadian yang diciptakan Allah pada manusia pun begitu banyak hikmahnya, jadi cuba ceritakan kepada aku apa relevannya meletakkan 'busut' di atas kepala kamu semua, wahai muslimah?



inilah busut atas kepala..



'busut' yang dijual di pasaran.


sejujurnya aku tak kisah pun rakan-rakan aku sudah mula pandai bergaya. memang benar mereka nampak manis sekali sekarang. tapi bila benda yang tak betul yang di buat, aku harus menegur kan? sudah menjadi kewajipan aku sebagai sahabat dan juga sesama muslim.

takkanlah batas aurat pun masih tidak kalian tahu? atau mungkin kalian sudah arif benar dan sudah muak disodokkan dengan teguran? kalau betul tak tahu boleh belajar, boleh tanya. kalau betul nak belajar, meh sini aku bagi dalil:

Maksud Surah an-Nur, ayat 31:


Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.



Maksud surah al-Ahzab, ayat 59


Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang.



Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.



Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.




Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.



Hadis riwayat at-Thabrani

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.



Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.



Hadis riwayat Muslim dan Bukhari

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja."
 
(ihsan google)
 
aku rasa (aku yakin) ramai yang scroll aje ke bawah sebab nak skip baca hadith dan terjemahan surah kan? tak pe, itu pendapat masing-masing. tapi kalau kita hayati satu-persatu apa yang dinyatakan dalam al-quran, sungguh. begitu banyak peringatan kepada kaum hawa ini. kerana kaum hawa istimewa, dan tinggi darjatnya, maka janganlah darjat kalian direndahkan dengan perbuatan yang tak sepatutnya dilakukan wanita islam.
 
aku tahu, aku juga tak sempurna, tapi sampai bila alasan 'tiada manusia yang sempurna' nak digunakan setiap kali kita diberi teguran? memang, sampai mati pun kita tak boleh jadi sempurna, tapi apa salahnya mengubah diri kita menuju kesempurnaan itu? sangat-sangat tak salah. malah digalakkan!
 
kan cantik kalau begini ?


oki setiana dewi (pelakon ketika cinta bertasbih)


sekian sahaja coretan aku kali ini, aku harap kawan-kawan aku yang mengenakan selendang atau mungkin tudung indon (itu bahasa aku, aku tak tahu nama sebenar tudung tu) untuk menjaga aurat mereka agar sentiasa ditutup. aku tak minta kalian untuk terus bertudung labuh, berpurdah atau berjubah sepanjang masa. tapi kalau boleh, untuk pakaian kalian di khalayak ramai itu, jagalah sehabis baik, agar menjadi cerminan sebenar sisi islam. islam mengajar kita perkara yang sangat baik, maka tunjukkanlah sisi yang baik itu di mata-mata yang memandang (terutama di mata yang bukan islam).

P/S: aku harap aku boleh mengekalkan imej yang baik di mata orang. dan pakaian menyumbang markah yang besar untuk membentuk imej muslimah itu. aku harap aku juga mampu menuju kesempurnaan. tapi harapan dan angan-angan adalah sia-sia tanpa usaha. jadi, doakan usaha aku setimpal dengan apa yang aku katakan. terima kasih.

6 comments:

Iffah Syuqaira said...

akulah antara yg skrol trus smpai bwh tu! haha.. tp pastu aku skrol atas balik.. hehe

TiM said...

kantoiiiiii..

faten. said...

peringatan yg berguna kpda semua perempuan trmsuk sy!
terima kasih..
salm ukhuwah =)

TiM said...

faten suhaida : salam ukhuwah juga.. :)
peringatan untuk saya jugak sebenarnya. terima kasih sudi singgah..

Casper said...

saya suka entri ni. tengah search for something, terbuka blog ni. :) salma ukhuwah.

TiM said...

salam ukhuwah! :)