aku baru balik dari menghantar dan menjemput muadz dan hanis (adik-adik aku) dari kelas tarannum (sungguh aku cemburu dengan mereka..) sebenarnya idea ni dah lama ada, tapi baru sekarang nak terluah.
idea pasal entry ni, aku dapat masa menonton satu video ni di youtube. jumpa video ni pun secara tak sengaja, tapi aku sangat terkesan dengan video ni. itulah yang menyebabkan aku mahu meluahkan apa yang terpendam dalam hati aku.
NAK TAHU VIDEO APA?
mula-mula aku fikir, macam lakonan pun ada, tapi bila part perempuan tu lari keluar rumah dan dilenyek kereta,perghh.. aku cukup terkesan. lagi-lagi dengar dengan jelas suara kawan dia (yang nak 'gurau' tu) menjerit menyebut nama dia. masya-Allah. tulah namanya bergurau pun ada batas.
sebab itulah dalam islam, bergurau hanya dibenarkan dengan perkara yang tidak melibatkan penipuan. tapi zaman sekarang lebih banyak bergurau yang melibatkan penipuan dan unsur meng-gebang semata-mata, hanya kerana nak penonton tergelak dan undi mereka (macam program TV je kau nak perli ni?).
gelak jangan tak gelak..
tapi kalau kita susuri kisah rasullullah s a w, bukannya baginda tak pernah bergurau. malah baginda meninggalkan contoh kepada kita bagaimana cara bergurau yang betul. selain contoh perempuan tua yang bertanya tentang ahli syurga itu (aku rasa ramai yang tahu, perempuan tua tu sedih sangat bila diberitahu di dalam syurga tiada yang tua, hanya muda-mudi sahaja) inilah contoh yang kedua:
Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.
Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”
Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.”
Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri. kan? jadi kalau kita nak bergurau pun seeloknya kalau dah tahu gurauan kita tu hanya menyakitkan hati orang, atau menggembirakan orang juga tapi dengan cara yang tidak diajar islam, sebaiknya kita simpan jelah gurauan tu dalam hati. gelaklah sorang-sorang kalau nak.
tapi nak gelak pun agak-agaklah ye??
4 comments:
fuhh.ingatkkan belakon tadi.
huaaar. mati ke perempuan tu weh? sedeh nyee. mesti kawan die rasa bersalah gile enn.
mati weh.. aku pun terkejut.
Astaghfirullah, terkejut! *gasp*
amira: memang terkejut sangat2. kereta datang out of nowhere..
Post a Comment