Wednesday, May 11, 2011

eleventh hour. one step closer..


assalamualaikum :')
baru 24jam tak bukak blog aku dah rasa tak keruan, takut ter'miss' baca entry yang best-best dari blogger-blogger favourite aku. anyway, ni semua gara-gara kakyong yang dah habis exam, pulang ke rumah dan nak qada' bukak facebook. habis dia 'cop' pakai internet sampai tengah malam. aku bantai habiskan novel 'contengan jalanan' II: k-square tu. dah nak habis dah berkat ketabahan aku bersengkang mata malam tadi.
anyway, itu mukadimah yang sangat panjang. berbalik kepada isu asal. alam. kau tahu tak alam tu apa? sah kalau tak tahu memang nak masuk darjah satu balik. 'alam' yang aku maksudkan bukan puncak alam atau shah alam atau indera mahkota alam sekalipun. ALAM SEMESTA. benda yang ada sekeliling kita.
korang pernah tak pandang alam ini dengan mata hati, bukan mata kasar?


"Sesungguhnya kami jadikan sebagai isi neraka jahanam kebanyakan di antara jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat Allah. Dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah. Dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu sebagai binatang ternak,bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." (Surah al-A'raf:179)

aku mengaku kadang-kadang merungut terutama bila sidai kain. baru heret ampaian pergi tempat panas, selang setengah jam, tiba-tiba hujan. pastu bila aku letak kat tempat ada bumbung, panas je semedang. itusatu, kadang-kadang aku pandang langit dan awan, aku tak rasa apa-apa. korang rasa apa-apa tak?
itu maknanya aku tak melihat dengan mata hati. semuanya aku kira 'alah, biasalah.. awan putih, langit memanglah tinggi. asal tanya?'. tapi aku tak pernah nak tengok dengan sebenar-benar istilah 'tengok'. alangkah ruginya kita sebagai orang islam, baca al-quran yang 'pure' kata-kata dari Allah untuk kita. kitab tentang panduan hidup paling lengkap atas muka bumi ni, apa jadi sebelum kita atas dunia, masa kita dah mati, alam ghaib, syurga neraka, even Allah bagi hint siapa yang 'dekat' dengan Dia.
tapi kita tak sedar semua tu. baca Quran bila ada mood. tafsir dan terjemahan apatah lagi, tak usik! malam jumaat baca yaasin, itupun bila mak dah rembat kasi warning suruh baca. hafazan masa time sekolah, zaman mengaji kat pondok, semua dah hilang entah kemana. waktu solat bantai al-fatihah dengan tiga 'Qul' je. kalau untung sikit bacalah surah pendek yang lain tu.
aku teringin nak baca 'as-sajdah' dengan surah 'al-insaan' macam effortless je masa solat subuh. macam masa aku pergi umrah! entahlah, mungkin environment dah lain, sampai malaysia, liat tu datang balik. konsisten dengan ibadah masa kat mekah dulu seminggu dua je, pastu buat perangai lama. tak Qiam, tak puasa sunat, tapi mengaji memang aku bukak tafsir (tak syoklaa baca tung-tang-tung-tang tak faham apa-apa kan? lagipun nak improve bahasa arab, kenalah baca tafsir)
sepanjang cuti ni (lepas SPM) boleh je aku nak kira berapa kali aku bangun nak Qiam (selalunya terjaga dah azan subuh, gara-gara online sampai pukul tiga.) boleh kira je berapa kali aku puasa isnin, khamis. tak rasa ke macam masa aku hidup ni, sia-sia terbazir dengan TV entah sinetron apa bersambung dari satu ke satu. bila kita nak tetapkan tujuan hidup kita untuk apa sebenarnya?

takkanlah hidup kita se'simple' lahir-hidup-belajar-kerja-kahwin-berkeluarga-mati ?
tak mungkin Allah jadikan manusia yang se'complex' ciptaan ini hanya untuk itu? dah sama macam binatang pulak kan? tak ada tuju hala. tidur makan mengawan. even binatang dan pokok-pokok pun bertasbih kepada Allah sentiasa, kita ingat Allah ke?
ajal maut entah esok, entah lusa. kalau kita mati esok, pernah tak kita fikir adakah kita akan terkilan? menyesal atas apa-apa sekalipun? aku tak mahu life aku ni 'meaningless' macam tak ubah sesiapa. aku nak aku hidup mengubah orang lain (ke arah lebih baik, of course)  aku tak tahu apa akan jadi lepas ni, mungkin kata-kata ni makan tuan. sebab tu buat baik berpada-pada. kadang-kadang bila kita berubah secara ekstrem, mesti takdir pusing balik kan? kadang-kadanglah...
aku harap, kehidupan aku di alam universiti lebih baik dari masa aku zaman sekolah dengan bi'ah solehah tu (bi'ah tu suasana). harap boleh jadikan universiti sebagai madrasah tarbiyyah, mungkin universiti ada BADAR macam sekolah dulu kan? kenalah cari. kalau tak ada Badar (group discussion tentang islam) JI (jemaah islamiah) pun mesti ada kat mana-mana universiti.

P/S: aku takut nak tinggalkan rumah, hidup seorang diri. kau tak takut kah?
P/S II: aku dah buat list barang nak bawa pergi Usim (efisien tak?) aku tunjuk kat ayah. ayah selamba je komen " ayah tak yakinlah baju kau ni cukup. baju tu basuh tangan, jangan nak tangguh nak cari dobi ke apa ke, faham tak ni?" aku cakap: "ayah, ayah ingat ayah je tak yakin? imah sendiri tak yakin tau tak? dahlah tak pernah basuh baju guna tangan" (aku allergic sabun basuh kain, basuh lantai. kena pakai rubber glove baru okay)

5 comments:

Iffah Syuqaira said...

samalah ngan aku, kalau boleh rasa cam 24 jam nk bkk blog. haha

ala, aku pun dh siap list barang dh~! tak heran la... hahaha :D

TiM said...

iffah: hehe. cik iffah memang sama efisien ngan kita, ye tak?

*macam manalah life aku kat U nnti, takde broadband, wifi entah kat mana pulak area dia. ishh..

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

huhu..betul tu..kadang2 kita kena muhasabah diri kita dengan alam2 semula jadi ni..relatekan dengan kehidupan seharian kita..bersyukur kah kita..

psst..pompuan kena rajin basuh tangan ..jangan malas2..hehehe

TiM said...

iqbalhakimi: yolahh..

TiM said...

iqbalhakimi: insya.Allah. basuh baju secara manual ni tak susah mana pun, just tak tahan ja tangan gatal. haha..