Sunday, May 1, 2011

move on

assalamualaikum :')

entah kenapa lepas mendengar sebuah lagu, mentolku terus menyala. (tiingg!) maksudnya idea dah datanglah. ilham baru nak masuk otak . kira okay laa tu. at least ber-update jugak blog ni. aku paling susah hati kalau tak ada entry dalam sehari. rasa macam tak kena. haha. sekarang hanya ada blog sahaja untuk aku luahkan rasa, so, sinilah segala-galanya terhumban. (walaupun aku takde nuffnang dan blog ni macam ala kadar saja).

jadi, setelah mendengar lagu garth brooks (entah betul tak eja nama ni) aku terus teringat kepada seseorang (mungkin lirik itu merujuk kepada situasi dia, jadi terasa macam sangat dekat dengan dia). jadi, tajuk entry terbaru ni, 'move on' nak cerita tentang anda-anda semua yang dok layan perasaan kena tinggal dengan pacar masing-masing (aku lagi selesa taip pacar. kalau tulis kekasih nak muntah weh)

jadi ada apa dengan lagu tersebut?



kalau malas nak baca tu, scroll ke bawah je.


garth brooks - UNANSWERED PRAYER.

Just the other night a hometown football game
My wife nd I ran into my old high school flame
And as I introduced them the past came back to me
And I couldn't help but think of the way things used to be

She was the one that I'd wanted for all times
And each night I'd spend prayin' that God would make her mine
And if he'd only grant me this wish I wished back then
I'd never ask for anything again

Sometimes I thank God for unanswered prayers
Remember when you're talkin' to the man upstairs
That just because he doesn't answer doesn't mean he don't care
Some of God's greatest gifts are unanswered prayers

She wasn't quite the angel that I remembered in my dreams
And I could tell that time had changed me
In her eyes too it seemed

We tried to talk about the old days
There wasn't much we could recall
I guess the Lord knows what he's doin' after all

And as she walked away and I looked at my wife
And then and there I thanked the good Lord
For the gifts in my life

Sometimes I thank God for unanswered prayers
Remember when you're talkin' to the man upstairs
That just because he may not answer doesn't mean he don't care

Some of God's greatest gifts are unanswered
Some of God's greatest gifts are all too often unanswered...
Some of God's greatest gifts are unanswered prayers



kalau rajin tu, carilah lagu ni kat youtube. mula-mula aku tengok lirik lagu ni macam satu cerita. tapi agaknya sebab genre (cett..) lagu ni agak ke'cowboy'an dan ke'country'an, maka aku macam biasa ajelah. sebab kalau lagu yang ada lirik masyuk macam ni, aku macam sawan je seminggu dua nak dengar lagu yang sama. (ishh..buruk perangai. anak sapa ni??)

jadi, kalau perhati betul-betul, lagu ini mengisahkan seorang lelaki dengan bini dia, tengah dok layan football game, tiba-tiba terserempak dengan awek dia dulu-dulu. perghh, mana tak sentap weh? tapi, dia cool je introduce isteri dia kat ex-awek dia dulu. haa, tapi biasalah manusia, kenangan mana boleh nak lupa, jadi tanpa sengaja dia teringat zaman dolu-dolu balik.

zaman dulu-dulu di mana dia kononnya cinta mati sama itu perempuan. haa.. siap berharap siang dan malam perempuan itulah jodoh dia (macam perangai aku je..??) tapi doa yang tak dimakbulkan itu, ada alasannya. dan tentulah alasannya ialah kerana Allah dah tentukan takdir yang lebih baik untuk kita. ada faham?

jadi siapa yang selama hari ni dok struggle berhabis-habisan nak survive ujian yang amat besar ni (cinta lah weh) aku harap korang chill jelah. masa akan mengubah segalanya. bila korang dah matang sok, lagi banyak masalah yang lagi hebat dan besar daripada perkara remeh macam sekarang ni.

aku tau aku tak berada dalam kasut korang (peribahasa inggeris) dan aku tak rasa apa korang rasa (korang selalu cakap macam ni kat aku..) tapi aku taulah perit yang korang nak tanggung tu. untuk melupakan seseorang yang kita dah kenal apalagi rapat, seolah-olah cuba nak mengingati orang yang kita tak pernah jumpa. bahasa mudahnya, mustahil laa kiranya nak buat gitu.

so, apalah masalahnya bila korang nak lupakan dia? sebab the main point is, sampai bila-bila pun tak boleh lupa punya. jadi tak perlu buang tenaga, habis masa nak buat benda yang di luar kawalan kita. hidup ini seolah-olah memandu kereta (chewahh..). kita sebagai pemandu hanya memandang ke depan. dan pandang ke belakang bererti kita sedang mengundur (apa aku cakap ni??).

okay, senang cerita, hidup mesti diteruskan, jangan tengok-tengok belakang lagi dah. tolonglah, kalau korang tak move on, aku pulak yang tension tau tak? memanglah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, tapi cool lah weh. apa ke hal kau nak kecoh pasal kisah cinta kau masa zaman sekolah ni? kau masuk universiti berlambak  lagi orang yang sejuta seratus kali lebih cantik, lebih handsome dan LEBIH BAIK daripada balak atau awek yang kau gila-gilakan sekarang. (aku tiba-tiba rasa semangat nak masuk universiti pulak. choii..)

konklusinya, tak perlulah nak bersedih dan meratapi benda yang dah tak ada. bukan maksud aku awek atau balak kau dah mati, taklah, maksud aku orang tu dah tak nak kat kau, kau nak mengharap lagi kenapa? KERNA KAU SETIA? wehh, tolonglah, kita baru setahun jagung dalam era globalisasi ni. banyak lagi kita tak rasa. takat cinta monyet (atau cinta pertama bahasa sucinya..wekk) ni nak kecoh tonggang terbalik frust, buang karan tau tak? baik teruskan hidup, senyum je selalu.

P/S: maaflah semenjak dua menjak ni entry kosong tak ada gambar. malas nak godek-godek encik Google. dulu aku rajin lah nak cari dua tiga gambar. sekarang dah malas, tengoklah, mungkin esok aku rajin pulak. who knows?

P/S II: semalam aku mimpi aku bertunang dengan seorang lelaki ni (memanglah lelaki wehh..) aku nampak muka dia dengan sangat jelas, tapi aku yakin aku tak pernah nampak dia kat mana-mana sebelum ni. pelik weh.. (ini semua mainan tidur atau pemberi harapan baru? ceh, cik timah tak habis-habis hidup dalam khayalan..)



2 comments:

Rafi Nilhan said...

oo..kene buat entri tiap hari la nih.. hehe


btw, nice header.

TiM said...

thanks. header tu buat sendiri. biasa-biasa je...