Saturday, April 30, 2011

consideration

assalamualaikum :')

Oh ya, sebelum terlupa, tahniah kepada kawan-kawan cik timah yang dah tahu dapat tawaran ke matrikulasi yang mana. aku dapat metrikulasi negeri sembilan. kolo pilah le tu. haha. anyway, selepas beberapa hari berlalu (lepas interview MARA  hari tu) aku tiba-tiba terfikirkan masa depan. kira bahasa mudahnya berangan lah.

tiba-tiba terfikir, betulkah tindakan aku yang nak belajar di luar negara ni? wahh, masa interview hari tu bukan main lagi hujah hebat nak sokong universiti luar negara, sekarang aku asyik fikir kenapa sejujurnya aku ni nak sangat pergi luar negara tu?



perasaan yang mula-mula timbul mestilah excited. (siapa tak excited weh nak tinggal kat luar negara?) tapi sekarang dah rasa macam "takpelah, malaysia pun malaysialah". kenapa tiba-tiba hilang langsung mood nak belajar dengan tanggungan biasiswa ni? aku pun tak tahu. ini petanda kah? entah.   motivasi dalaman dah makin kurang. sekarang aku asyik terbayangkan realiti kehidupan. kau tahu tak, takut dan seramnya nak tinggal di luar negara tu?

even dalam mesia ni pun aku dah rasa seram memikirkan keselamatan dan kejutan budaya yang orang selalu gosip-gosipkan dulu (masa zaman sekolah). aku tak tahulah macam mana keadaan aku, aku ni dahlah tak kuat, ibadah pun lebih kurang je, iman aku ni senipis kulit bawang je tau. dugaan dunia sekarang ni hebat-hebat. aku hanya mampu berdoa aje semoga aku sentiasa dalam hidayah dan petunjuk Allah. semoga aku tak sesat dan aku kekal di jalan yang lurus ni.

kenapa sebenarnya kita nak belajar di luar negara? sebab glamour yang ditawarkan kah? atau sebab budak yang belajar luar negara ni macam ada class tersendiri? aku pun masih mencari-cari alasan yang kukuh. siapa yang ada penjelasan yang baik, sila terangkan kepada aku, kenapa aku perlu belajar di luar negara (kalau dapatlah biasiswa MARA tu...) ?

sekarang nak tunggu keputusan UPU aje. dapat universiti tempatan yang mana satu, lepas tu aku akan inform kat blog ni. mungkin aku juga akan menyatakan terus, yang mana satu idaman kalbu. haha.

oh ya, tadi ayah bertanya: "kau taknak pergi matriks ke, mah?"
aku cakap: "taknak ahh. susah laa matriks ni."

tapi sehabis saja ayat itu meluncur keluar dari mulut aku, tiba-tiba ada suara (hati laa) yang mengingatkan aku dengan sebaris ayat (tak ada apa pun yang senang kat dunia ni kalau kau nak cakap matriks tu susah). terpempan aku seketika (wahh terpempan gitu, anyway, apa maksud terpempan huh?) aku memang selalu kena penyakit 'reminder' ni. kadang-kadang bila aku cakap sesuatu, ada aje benda yang 'aku' sendiri nak balas.

aku tak suka bila dalam dilema tau tak? rasa macam sesak. dan satu-satunya jalan keluar ialah istikharah. mungkin lepas dapat result UPU sebaiknya aku istikharah dahulu. aku memang nak ambil universiti sahaja kalau nak bandingkan dengan matrikulasi (itupun kalau dapat program asasi atau tamhidi yang aku minta). semoga Allah memudahkan jalan aku. amiin.


P/S: maaf, hampir semua entry baru-baru ini tiada pengisian. tapi tak salah nak berkongsi isi hati kan?