Monday, April 11, 2011

kem pemilihan pelajar biasiswa YTM 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari terpilih untuk menghadiri Kem Pemilihan Pelajar Biasiswa YTM 2011 bagi Program Persediaan di Luar Negara. Maklumat Kem adalah seperti berikut:-



Tarikh : 15 – 17 April 2011
Tempat: TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
bangi, Selangor
Pendaftaran: 8.00 pg – 9.00 pagi



Sila cetak borang semakan yang disertakan, lengkapkan dan bawa semua dokumen tersebut semasa pendaftaran. Sebarang masalah sila hubungi:-

ENCIK IHSAN SAID : 03-22401594 atau 013-3540389
PUAN ROHANA ABU HANIPAH : 03-22401580 atau 013-3369188


Saudara/saudari dikehendaki membuat pengesahan kehadiran sama ada melalui email, telefon atau SMS sebelum jam 5.00 petang 13 April 2011. Bagi mereka yang tidak membuat pengesahan YTM menganggap pelajar menolak tawaran bagi sesi pemilihan ini.


Terima Kasih.


IHSAN BIN SAID
Yayasan Telekom Malaysia
aras 14 (Selatan) Menara TM



itu cebisan email yang aku dapat hari ni. okay, aku tahu. hari ni dah 11 april dan kem tu pulak pada  15 APRIL 2011 . CUAK LA PULAK. tak sangka pula boleh dapat masuk final list. aku main isi je borang biasiswa ni semua, bila dah kena panggil macam ni rasa macam nak tak nak pulak. aishhh, tension-tension.

PS: tak dapatlah nak pergi KISAS weekend ni nak ajar ecah PHYSICS. sorry cah! imah hantar nota jelah eh?

PS2: sape dapat sama ngan aku ni? tolonglah, aku takut pergi sorang-sorang!!!

8 comments:

Anonymous said...

congratz timah..you can do it..
-mun-

TiM said...

cuaks. all alone dlm environment baru. plus, aku tak suka packing barang! macam nak pindah rumah je gaya aku nnti. waaaaaaaaaaaaaa. menciiiii.

~i'm the flying birds~ said...

wow...tim congratz gak... wat btol2..tetapkn niat btol2.. istikharah jgn lpe k..

TiM said...

insya allah, ana!

TiM said...

dengar cerita izzati pun dapat jugak!! yayyy. ada geng..

TiM said...

okay, latest news psl KEM PEMILIHAN PELAJAR BIASISWA YTM ni. hanya 50 orang yang dapat pergi kem ni, and apparently semua straight A's jugak.

kem ni hanya kem suka-suki sebab dia nak tengok attitude and leadership kita dalam team. tapi like I said, dia tak suka yang terlalu dominant.

english-speaking at all times (okehh, yang ni aku takut) and all presentation must be in english (and what should I say then?)so, wish me luck aye??

Mizz Nun said...

Assalam..sy pon.dpt..but tuk progrm dip lah..huhu..tpi..TAHNIAH lah..akak k.. leh kogsi.. rhsia nok g kem ni gne x??

TiM said...

mizz nun:

haa, congrats also! i've learbt soooooooooo many things thete. its a very great experience (eventhough i know i won't get one) haha. rahsia tu nanti akak publish later. okayy?