atas permintaan ramai (sorang cukup, itupun kat cbox je) aku akan menceritakan pengalaman pertama aku di kem biasiswa ini dan seumpama dengannya. tapi entry ini agak bosan (bagi mereka yang takde pun di sana) sebab tak ada gambar yang boleh di attach kan sekali. harap maklum.
hari pertama
-selesai mengangkat beg dan check in masuk bilik aku (sama bilik dengan chinese, susahlah nak jaga aurat) aku terus menuju semula ke auditorium abu zahim . walaupun agak awal (sebab sepatutnya pukul 9) aku tetap pergi ke sana. sebab aku sangat tak suka perangai orang yang datang lambat. bila sampai di AAZ, aku mengambil tempat duduk di row yang atas, selang lima minit, terus seats yang ada di sekeliling aku dipenuhi dengan perempuan2 bukan melayu. entah, aku rasa agi seronok bergaul dengan mereka.
YUHA, DURGA, MAHIIN, SHAALNI, TONG, TENG, JENNY, DESREE, <-- cool gila.
selesai kata-kata aluan dari Datuk azman (ke?) kitorang semua diarahkan untuk ke dewan badminton. ingatkan kem ini akan menjadi kem yang sangat bosan sebab mestilah semua tuck-in je baju. (skema sebab nak biasiswa). tapi pandangan aku meleset se-meleset melsetnya bila aku melangkah ke dalam dewan badminton.
dengan fasi-fasi yang di-tittlekan dgn gelaran atok semua students jadi sawan dalam sesi ice-breaking. adalah dua tiga budak yang aku tak berapa suka sebab terlalu dominant. macam yang aku cakap, budak dominant ni tak bagus, panel tak suka sifat yang terlalu megah nak menonjolkan diri. sesi menari (bagai nak gila) ppun tamat. terus kami diarahkan untuk menyusun diri sendiri mengikut aturan bilangan A's dalam spm. maka tertakdirlah aku masuk ke dalam kumpulan C.
aktiviti pertama dalam kumpulan itu ialah menghafal nama semua ahli instantly! aku pun terkial-kial mengahafal nama mereka (susah ingat nama orang, masa sekolah dulu ahli usrah aku pun aku tak ingat). lepas tu kami diberi masa lima minit nak cipta tagline kumpulan. haha. masa nilah semua nak keluarkan idea cheering masa hari sukan sekolah dulu-dulu.
tapi, cheering kumpulan kitorang dapat markah 50K je. ada kumpulan yang dapat full 100K. bagus tak? kitorang ni lambat panas, plus ada yang pemalu (macam akak nihaaa..) sebab tulah kekok sikit at first. lepas tu kitorang diberikan manila card untuk buat nametag laa kononnya. malang betul nasib, sebab tak dengar arahan punya pasal, tersalah buat.
tapi fasi kami yang rock (pakdin) bagi extra manila card, buat yang baru untuk tampal depan belakang baju, then settle jugak walaupun tbentuk macam kelakar jeh. pak din serahkan kunci bilik (A1-04) untuk kami berkumpul malam ni kepada aku. (terer tak baru je masuk kumpulan dah jadi pemegang amanah). malam tu, aku bukak pintu pukul 7.45 walaupun pakdin kata berkumpul pukul 8 mlm. alasan aku, sebab nak susun kerusi. tapi bila aku bukak lampu ngan air-cond, kerusi dah siap susun. cantik!! settle keje aku.
menunggu ahli yang lain sampai, aku berbuallah dengan ahli yang dah ada. barulah rasa mesra sikit. tanya pasal SPm dulu, pasal sekolah. tapi bila dah tak kekok, akulah mulut paling bising (haha, peace..peace)
ahli kumpulan pun aku dah ingat nama diorang semua. banggalah jugak dapat kawan baru instantly. haha.
dari kiri.:
berdiri (azah-umi-aku-nadrah-KX-faruq-aiman-ehsan)
cangkung (Ooi-CCC-naim-iqbal-eric)
malam tu, kitorang berbual pasal diri masing-masing. pakdin pulak pukul 11.30 baru bagi puzzle 1000 pieces utk disiapkan. tapi aku sebagai orang yang berpengalaman dan dah pernah buat 1000pieces puzzle sebanyak 2 kali tahulah taktik kotor yang boleh digunakan. belakang each pieces ada huruf, asingkan dan susun je dah settle. tapi sangkaan melset. semua pieces yang kitorang dapat telah tercemar. belakangnya sudah dconteng dengan oen berwarna, marker dan sebagainya untuk cover huruf tersebut. maka terkial-kiallah kami mengasingkan pieces mengikut warna dan logik akal.
malam itu, stay di bilik A1-04 hingga jam satu setengah pagi. itupun sebab yang perempuan semua dah pening kepala, selsema dan sebagainya tak tahan mengantuk. yang lelaki gagah lagi bersemangat nak siapkan jugak. tapi aku cakap: "WEH, TANAK BALIK KE? AKU PEGANG KUNCI NIHAA.." terus ajelah diorang keluar. semua pun ngantuk lagi. aku cakap esok lepas breakfast datang ajelah. aku bukak bilik ni awal 1/2 jam.
esoknya, kami diberi berbual tentang isu kenapa engineering dan sebagainya. lebih kepada perkongsian pendapat. minum pagi, kami ke kafetaria tapi makcik dewan makan tu kata "makanan takde dik, dapur rosak". aku dah mula ragu-ragu dah. takkanlah TM buat macam ni. aku agak dia nak test aje budak-budak ni sabar atau tak. tapi tekaan aku jelah. aku cool je. balik asrama, ambil biskut, settle. bila sampai ke bilik A1-04 balik, pakdin dah interview budak2 lelaki (sebab diorang balik dulu). pakdin tanya perasaan bila dapat tau "dapur rosak dan makanan takde"
ada yang kecewa, sedih, marah sikit dan sebagainya. aku cakap aku cool je sebab naik bilik ambik biskut. tergelak budak-budak ni kata tak aci bawak biskut. bawaklah sendiri. haha. lepas tu, waktu lunchbreak, pakdin kata "BY 2.00 pm SEMUA MESTI ADA KAT BILIK NI" aku pun macam chill jelah. lama gila tu rehat. pukul 12.30 sampai pukul 2.00. aku naik ke kafetaria dan sekali kagi makcik dewan makan kata " makan pukul 2 dik. ) aku dah suspect dah ada yang tak kena ni.. tapi aku chill je. balik bilik, gosok baju kurung dan tudung untuk sesi malam dan esok pagi, aku balik laa ke bilik A1-04 sebab takde apa lagi nak buat. bangga jugak bila masuk bilik tengok, semua budak lelak pun ada sama sebab nak siapkan puzzle. FOKUS GILA.
lepas tu pakdin kata, kalau kamu dilantik jadi penegrusi pemberi biasiswa ni, siapakah ahli kumpulan ni yang kamu nak singkirkan. perghhh mau meletop jantung aku. ini kira tikam kawan ni. kitorang cadangkan nak tulis dalam kertas aje (sebab penakut) tapi akhirnya, lepas dah bincang baik-baik, kitorang pun sanggup cakap face-to-face.
sangkaan aku betul bila hampir semua orang memilih orang yang sama untuk disingkirkan. pada aku, budak sorang ni pemalu yang amat. agaknya dia segan sebab budak ni budak KISAS. paham-paham ajelah environment dia dulu dengan sekarang dah lain. aku cakaplah, dia takyah nak malu sangat dengan budak-budak perempuan ni. dalam islam pun ada komunikasi yang dibenarkan. dia cool dan chill sebab dia tahu aku pun pernah rasa pa dia rasa. kitorang kan dari islamic-based school. teguran banyak gila (kalau aku kat tempat dia aku dah leleh dah) tapi dia fikir positif dan terus berubah. petang tu jugak dia tegur aku. haha. lawokk.
petang tu, lepas minum petang kitorang kena buat assignment. bina satu prototaip untuk ciptaan terbaru TM. puas jugak aku mengangkut kotak-kotak, plastik dan sebagainya sebab nak guna buat prototaip. siap aje prototaip kitorang (selekeh gila sebab masa tak cukup) faruq present, sebab ni idea dia. tengah present depan pakdin, pak ali masuk dengan cameraman bagai. ingat nak record kitorang present, terer tuu.
kumpulan C yang lambat panas. haha.
sekali sangkaan meleset lagi daaa. pak ali usik-usik aje mula-mula tu, tiba-tiba dia angkat styrofoam cup dan baling atas lantai, lalu dipijak lumat. perghhh, tergamam aku. tak cukup dengan tu, dimaki dan dikutuk kitorang punya prototaip. disamakn dengan kerja anaknya yang baru masuk tadika. aku tengok aje pak ali, dan senyum je, sebab aku tau, dia ni nak PROVOKE aje. nampak sangatlah berlakon. tapi ahli yang lain (nasib baik takde yang leleh) still protect prototaip (dan aku bangga bila kita bersatu macam tu).
lepas tu pak ali blah macam tu je, meninggalkan hati yang berbara di dalam bilik. haha. masing-masing bengkek je (terutama faruq, nampak sangat down kot) lepas tu. pakdin tanya perasaan masing2. jujur aku cakap aku sangat bangga bila pak ali pijak tu, automatik ada yang bangun nak protect. lepas 'up'kan semangat masing-masing, kitorang chill aje. dan pakdin pun mengaku yang itu semua lakonan . haha. settle.
malam tu, berbincang isu kesetiaan. topik dia tentang TUN DR. MAHATHIR dan D. S. ANWAR IBRAHIM. aku pun bagi pandangan kaw-kaw pasal mahathir. tapi bila part DSAI, aku diam aje, budak kisas dan aku hanya mampu berpandangan bila mendengar pendapat yang lain tentang DSAI. haha. dasar manipulasi media sekarang, yang betul dan salah pun dah diputar belit!
puzzle, 996 pieces, empat hilang. ishh ishh ishh.
malam itu. kami stay up untuk habiskan jugak puzzle yang bersisa. alhamdulillah, siap jugak. esoknya, aktiviti berjalan di dewan badminton. sebelum ni kami dikategorikan kumpulan "mangkuk" sebab markah paling sikit. tapi, berkat Ooi menari breakdance (masa pertandingan antara kumpulan) kami dapatlah markah SATU JUTA. haha. terus tak jadi mangkuk dah.
bagi aku, banyak yang aku belajar masa kem ni.
PUZZLE- menunjukkan tanpa satu piece yang kecil itu, puzzle masih tak lengkap. maksudnya, tanpa seorang yang menyumbang idea, organisasi itu takkan lengkap. kiranya, sekeciil manapun jawatan, tetap penting dalam organisasi itu.
CHEERING- pemulih semangat bila dah down. bila kecewa prototaip disepak terajang, kitorang tepuk tangan untuk masing-masingdan buat cheering. hasilnya, kitorang mampu tersenyum lepas keluar bilik. (peace)
MARKAH YANG BANYAK- menunjukkan kita sebagai orang malaysia sepatutnya "think big". sama aje 5 dengan 50K. tapi motifnya nak suruh kita berfikiran terbuka, luas, dan fikir jauh ke hadapan.
kenangan bersama forever!!
dan dalam kem ini jugak, buat aku sedar, ramai lagi yang kurang bernasib baik berbanding aku. kiranya diorang sangat minat dengan engineering dan sangat memerlukan biasiswa, sedangakan aku pergi kem ni hanya suka-suka nak pengalaman, tak minat pun engineering dan anggap engineering sebagai subjek sampingan kalau aku tak dapat medic.
lega bila aku sedar akan hal itu..
8 comments:
best gile wei! kalau aku jadi panel, aku pilih aku kot.. cool manjang.. haha.. if aku kat situ, kot2 senasin dak kisas tu.. huhu.. wat malu je..
budak tu kena attck sebab diorang tak tau environment kisas dulu camne. budak tu memanjang tunduk aje jaga pandangan, itupun nak kene marah. sian dia. seb baik cik timah backing dia. hahha.
cik timah kan baik.. haha
=)
fatimah.. saya rindu awak...
shaal_ni
wow.. tak sangka you remember me. sobs sobs.. terharunyaa!!!
nk tanye? ape yg disoal dlm interview TM?
nk tnye, sume aktiviti buat dlm kumpulan je ke?
Post a Comment