Di sana terdapat beberapa jenis 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita yang dibenarkan oleh Islam, terutamanya yang jika ianya berkaitan dengan tuntutan Syara`, keperluan atau yang seumpama dengannya.
'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah
'Ikhtilat' yang berkaitan dengan muamalah yang dibenarkan oleh Syara` seperti urusan jual beli, urusan penghakiman, atau keadaan-keadaan yang memerlukan seseorang wanita itu menjadi saksi dalam sesuatu permasalahan seperti masalah berkaitan harta atau perkara yang berkaitan dengan urusan wanita walaupun pada kebiasaannya urusan-urusan tersebut akan membawa kepada 'ikhtilat'.
Firman Allah maksudnya:
Persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu. Jika tiada dua orang lelaki, maka seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi- saksi yang kamu redhai.
'Ikhtilat' yang berlaku sewaktu menjadi saksi
Seseorang wanita boleh menjadi saksi di dalam kes-kes tertentu yang walaupun berlakunya percampuran sewaktu proses penyaksian sedang berjalan. Dan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa harus bagi kaum wanita menjadi saksi dalam sesuatu kes.
'Ikhtilat' bertujuan melayani tetamu.
Harus bagi seorang wanita melayani tetamunya dengan syarat ia mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya. Ini kerana, kewujudan suami atau mahramnya untuk mengelakkan berlakunya 'khalwah' (bersunyi-sunyian) antara seseorang wanita dan tetamunya. Begitu juga, harus bagi seseorang wanita untuk makan bersama tetamunya dengan kehadiran suami atau mahramnya bagi menjaga hak-hak tetamu.
'Ikhtilat' sewaktu peperangan jihad fisabilillah
Para wanita di zaman Rasulullah SAW dan zaman para sahabat turut serta bersama- sama kaum lelaki pergi berjihad di medan peperangan. Mereka membantu para pejuang seperti memberi minum, merawat kecederaan serta meniupkan semangat jihad kepada para lelaki untuk terus berjuang. Begitu juga diharuskan juga 'ikhtilat' antara lelaki dan wanita dalam satu perhimpunan mendengar tazkirah serta peringatan yang berkaitan dengan agama.
'Ikhtilat' di dalam kenderaan awam
Adapun wanita terdedah kepada 'ikhtilat' sewaktu menaiki kenderaan awam untuk menyelesaikan sesuatu urusan seperti menziarahi ibu-bapa, sahabat- handai, pesakit, atau membeli keperluan harian, maka 'ikhtilat' seperti ini adalah dibenarkan di dalam syarak.
Perlu diingatkan bahawa bentuk-bentuk keizinan 'ikhtilat' yang telah disebutkan tadi tidak bermakna wanita boleh bebas bercampur gaul dengan kaum lelaki. Ini kerana hukum asal ikhtilat itu sendiri sudah jelas. Oleh para wanita wajib menjaga segala adab-adab dan hukum syara` yang berkaitan dengannya. Para wanita juga perlu ditemani suami atau mahramnya ketika menjalankan urusannya.
Hukum-hukum di atas juga merangkumi hubungan dan pergaulan seseorang wanita dengan kaum kerabat yang bukan mahram seperti sepupu, ipar duai dan seumpamanya. Ramai wanita memandang enteng perkara ini. Contohnya membuka aurat di hadapan sepupu serta tidak menjaga adab-adab wanita Islam dengan berhujah bahawa mereka adalah kaum kerabat dan hubungan kekeluargaan yang amat rapat.
KONKLUSI
Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa.
Maka sewajarnya ke atas kaum Hawa menjaga batas-batas pergaulan hariannya dengan kaum Adam. Ini kerana 'ikhtilat' yang melanggar batas-batas syariat akan menyebabkan fitnah serta kerosakan hati dan akhlak di dalam kalangan masyarakat Islam. Seterusnya ia boleh menjatuhkan martabat wanita itu sendiri.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
selepas aku membaca semua ini, baru aku sedar, laman sosial facebook yang baru aku buat dengan alasan nak 'keep in touch' dengan kawan-kawan menyebabkan aku 'touching too much' dengan mereka. eishh. entahlah. kadang-kadang aku rasa macam aku dah jadi seperti apa yang aku larang orang dahulu. inilah yang kita kata 'makan tuan'. aku harap akaun facebook tu akan terus aku deactivatekan dan tiada lagi alasan yang timbul untuk aku reactivatekan semula akaun tu.
oh, by the way, sorry kalau selama tak sampai seminggu (atau lebih) ni aku dah terlampau sangat dalam akaun facebook tu. sorrylah kalau sebab aku, kita sama-sama dapat dosa free. entah. aku tahu aku bukannya baik sangat, tapi tak salah kalau aku nak berubah. dan semoga perubahan ini kekal, dan bukannya hangat-hangat tahi ayam je.
dan maaf sangat-sangat. aku rasa aku dah memecah masuk privasi orang lain. terlalu memecah masuk! benda ni pun susah untuk aku. pahit juga untuk menerima apa yang aku buat ni salah. tapi, bila bukti dan arahan tuhan dah jelas depan mata, kenapa perlu kita nafikan? aku ingat aku boleh jaga pergaulan aku di dunia maya ni. walaupun memang jasad tak ada di depan mata (dan mungkin sebab tu aku rasa macam tak kisah sangat nak bergaul bebas ni) tapi ada satu rasa yang sangat pelik bila kita berbual. kau tahu? aku terasa benda tu bila kau kata kau mahu berubah menjadi lelaki yang lebih baik.
entah kenapa hati aku tersentap, bila melihat sebaris ayat itu. dan aku sedar secara automatik, kau takkan boleh menjadi lelaki yang lebih baik selagi ada perempuan seperti aku yang sebebasnya melayan dan terus melayan kau. mungkin aku jugak yang mulakan semua ni. maaf. tapi aku lebih selesa menjadi aku yang dulu. aku yang orang tak kenal sangat pun (tak mengapa). buat apa aku nak dikenali kalau orang panggil aku perempuan murah? tak perlu semua itu. dah. aku akan meletakkan noktah pada semua ini. cukuplah!
P/S: maaf sekali lagi. aku harap apa yang kau inginkan itu tercapai. maaf, aku sudah keterlaluan menjadi sebahagian dari hidup kau kebelakangan ini. maaf kalau sebab aku, niat kau teralih tanpa kau sedar. walau apa pun alasan aku, tak pernah wujud perkataan 'boleh' yang membenarkan apa yang aku buat. tak pernah..
5 comments:
mak ai, berapa byk dh kau update sehari? byk gile masa.
well, bagi aku x salah ada fb.. cuma sndiri la kena tau had. After something happen, aku restricted that fb to girls only. Lantakla org nk kata aku sombong ke ape. Tu aku punya private life.
Jgn deactivate blog sudahlah :D
p.s: 'kau' tu mcm mencurigakan jugakla..hahaks
sejujur nya saya dapat rasa mungkin agak sukar bagi lelaki atau perempuan. tetapi ini lah islam sebenar :)setiap satunya memberi maksud yang mendalam
iffah: terima kasih kepada 'kau' tu jugaklah. sebab ayat dia sgt2 menyedarkan aku. alhamdulillah allah masih nak bagi petunjuk kat aku masa aku masih baru lagi. at least taklah smpi addicted lagi..
naz: betul kadang2 apa yang kita suka itu tak baik untuk kita, dan boleh jadi apa yang kita benci itulah sebaiknya untuk kita. Allah had said so, siapalah aku sebagai hamba untuk mempertikaikan apa yang Allah dah perintahkan. semoga aku sentiasa istiqamah, amiinn.
aku pun dah deactivate fb~ xD
:)
padanlah fifah selalu update blog..
Post a Comment