Saturday, April 2, 2011

"minggu depan kita, satu family pergi umrah"-ayah

suasana di meja makan pagi-pagi hujung minggu seolah-olah dimainkan berulang kali dengan menu yang sama dibeli di kedai makan, ibu ayah dan aku menjamah makanan masing-masing. semua diam tiada kata-kata. aku merenung ayah, kemudian ibu, kemudian aku kembali makan.

"ayah sebenarnya ada surprise" suara ayah tiba-tiba memecah kebisuan di meja makan rumahku.

"surprise? apa dia?" aku bertanya. kerana aku memang bukan seorang yang penyabar dan ditambah personaliti tak tahu malu, aku lantas bersuara dengan suara yang agak lantang, tak terkawal.


"minggu depan kita satu family pergi umrah" dengan satu nafas ayah melafazkan ayat itu.

"oh my, like seriously..???" aku yang, sekali lagi tidak dapat mengawal perasaan, bertanya.

tapi wajah ayah dan ibu tiba-tiba tenggelam dari pandanganku. entahlah, nasi kerabu di depan mata aku pun tiba-tiba hilang. *aku tak habis makan lagi*. dan tiba-tiba baju tidur dan muka sememeh aku berganti dengan uniform sekolah dan wajah teacher Azlin menerpa pandangan.

"ni, tolong susun kertas ni ikut set. lepas tu bagi pada ketua kumpulan" tiba-tiba teacher Azlin bersuara. aku yang masih kebingungan mengikut sahaja arahan cikgu. tiba-tiba hujung makmal terbakar. api menyala tapi segalanya bergerak dalam slow motion. semua pelajar berlari keluar dan aku pula, masih mengasingkan kertas mengikut set. aneh. aku melihat apa yang AKU lakukan.

semua pelajar sudah bergerak keluar dari makmal. dan kertas sudah diasingkan mengikut set. api masih lagi di bahagian belakang makmal. solah-olah tidak merebak pun. kekal di tempat yang sama. aku mengangkat semua kertas tadi untuk dibawa keluar. mana pergi cikgu Azlin pun aku tak tahu. tiba-tiba hilang. aku menuju ke pintu. tapi aksi klise dalam setiap drama melayu mengambil tempat. entah dari mana tiba-tiba seorang lelaki (budak kelas aku jugak) melanggar aku dan menyebabkan kertas berterabur.

rasa macam nak mencarut je. aku pun mengutip semua kertas yang selamat mendarat di atas lantai itu. dan 'si lelaki' itu turut membantu. tiba-tiba dia bersuara.

"fatimah, jadi tak weekend ni nak join kitorang?"

aku bingung."join apa ni? tak paham"

dia tersengih. manisnya. "laa, lupa ke? kan tajuk fizik tak habis lagi. bab yang last tu kan tak belajar sampai habis. so, kita dah janji nak belajar sama-sama. lupa ke?" tiba-tiba dia mencubit pipi aku. hahh??!!!

okayy. keadaan semakin aneh. dan lebih aneh sebab AKU tak memberi reaksi terhadap perbuatan 'sumbang' beliau.

aku terus bersuara "erm, sorrylah. aku nak kena pergi umrah"

aku yang melihat AKU berkelakuan dengan begitu pelik semakin bingung dengan skrip yang dilontarkan. apa semua ni. tapi 'si lelaki' itu senyum sahaja. selesai mengutip kertas kami sama-sama keluar dari makmal yang tiba-tiba kembali normal. tiada api lagi, cuma asap nipis sahaja.

kertas yang tadinya dah disusun kini bersepah semula. aku pun terus menyerahkan semua kertas itu pada 'lelaki' tersebut. "asingkanlah balik" sebaris ayat yang lebih membuatkan aku berasa pelik. terlalu aneh. dan di depanku, semua wajah-wajah yang aku kenali. rakan-rakan yang sekelas denganku. tapi kenapa kita semua berdiri di sini, di tengah padang. sejak bila makmal fizik berada di tengah padang. dan sejak bila aku kembali ke alam persekolahan?

ketukan bertalu-talu menggelapkan segalanya. kepala tiba-tiba terasa berat, badan terasa bersentuhan dengan permukaan yang lembut. selimut aku. dan suara itu kedengaran lagi.

"imah! imah bangun!" ayah...

"tak kunci lah.." entah kenapa ayat itu yang keluar dari mulut aku.

aku mencapai telefon bimbit yang berada entah sejak bila di bawah bantal. 6.36 am. perghh. lambat bangun. aku terus bangun, menghidupkan lampu bilik aku, mengunci semula pintu bilik aku, gosok gigi dan menunaikan solat subuh.

selesai aja solat subuh aku duduk sahaj di tikar sejadah. berfikir semula dan tersenyum . Ya Allah, mimpi rupanya. dan tiba-tiba ada suara yang berbisik, tapi hanya aku yang mendengar.

sesuatu yang indah
sangat memeritkan
bila kita terjaga
dan sedar ia hanya mimpi
menyedarkan diri
dan berbisik pada hati
kita kini dalam realiti

dan sesuatu yang membahagiakan
menjadi sangat menyakitkan
bila terpaksa mencari jalan
dimana tiada yang terluka
tiada yang terseksa
tapi tiada kutemui jalannya.

ps: ini adalah apa yang terjadi pagi tadi. mainan tidur ke? entah... ohya, entry ini tak bermula dengan salam, so, sepatutnya diakhirilah dengan salam.


assalamualaikum :')

4 comments:

shahirah said...

ape mksd mimpi ko tu? mcm nak pegi urah lagi sekali je :)

TiM said...

entahlah weh. menakutkan pun ada gak. adeke lagi seminggu nak pergi baru bagitau??

*kalau dapat pergi lagi, alhamdulillah la.*

*agaknya sbb rmi sgt kwn aku gi umrah lately, so, aku macam teringin jugak kot*

shahirah said...

haha,, aku ni hari2 berharap dapat pegi haji cepat cepat :)

TiM said...

ha'ah. daftar lah dulu. sekarang pun kalau dftr dpt giliran 2030-something. perghhh. entah sempat tak sampai turn aku. sila daftar dulu yer..