assalamualaikum :')
hari ini cik timah nak buat post pasal (korang perasan tak ayat aku awal post semua camni.. ishh) belajar menerima perkataan 'TIDAK'. kadang-kadang (tak tahulah korang perasan atau tak) aku tengok ramai orang di luar sana tak reti menerima perkataan 'tidak' ini. macam-macam situasi yang aku nampak, kiranya aku pun tak perasan sangat awal-awal tu, tapi makin lama, aku makin berfikir kenapa manusia sukar untuk menerima 'tidak'
ini ada beberapa situasi yang aku nak bagi contoh:
situasi 1
makcik A: ni kain batik ni berapa harganya?
penjual B: RM20 dapat tiga kak.
makcik A: laa, mahalnya.. kurang sikit tak boleh ke?
penjual B: TAK BOLEH. dah kurang dah tu..
makcik A: ishh.. kamu ni. makcik selalu beli kat sini. kurang laa sikit.
penjual B: (ish makcik ni aku tampo kang) TAK BOLEH makcik...
situasi 2
anak: ibu, nak main kat padang kejap boleh?
ibu: TAK BOLEH. hujan tu..
anak: alaaaa, nak main kejap je. bukannya lama pun
ibu: TAK BOLEH, sayang. nanti demam
anak: boleh laa bu.... (hentak-hentak kaki)
ibu: TAK BOLEH. nanti demam sakit siapa susah?
anak: ishh. ibu ni. semua tak boleh. tak kira. nak jugak.. (tarik muncung)
ibu: (ishh budak ni.. degil betul.)
anak: (dah keluar dari rumah)
situasi 3
pakwe: I dah teruskan hidup I. U macam mana?
awek: U, I masih tak boleh lupakan U laa. I nak kita macam dulu balik.. (buat muka macam nak makan kaki)
pakwe: I dah cakap kat U. I TAK NAK lagi ada hubungan dengan U.
makwe: please U, I dah berubah okay. bangla jual karpet tu I dah tolak jauh. I tak nak dia. I nak U je.
pakwe: I cakap I TAK NAK tu TAK NAK laa. tak paham ke?
makwe: I tak kira. U tetap pakwe I. sampai I yang cakap U bukan lagi pakwe I.
pakwe: (osahh tak paham BM pompuan ni)
okay, sekarang kita dah tengok pelbagai situasi kan? (yang part last tu paling aku nak muntah). sekarang korang rasa kenapa manusia (sesetengah) begitu sukar untuk menerima penafian atau bahasa mudah pen'TIDAK'an dari orang lain. (bahasa mudah? lagi susah ada laa)
secara harfiahnya (literally) manusia yang dalam golongan ini mempunyai keinginan yang kuat. yang mana dia memilih untuk bertanya sekadar mahu cukup syarat sahaja, dan bertanya dengan harapan apa yang dihajatinya itu dimakbulkan. kiranya, dia harap orang tetap mengatakan YA walaupun dia tahu orang akan berkata 'TIDAK'.
situasi ini aku lihat banyak kali berlaku di sekeliling aku. mungkin perkara ini berkaitan dengan pengalaman mereka (golongan yang tak boleh menerima tidak) semasa dibesarkan dulu-dulu. aku rasa ilmu keibubapaan amat penting untuk menekankan kepada budak-budak zaman sekarang supaya menerima 'tidak' seadanya.
bagi aku, kalau dari kecil anak-anak sudah terbiasa melawan (dan terus melawan) untuk hajatnya dipenuhi, dan ibu bapa yang dah tak tahan (dengan perangai anak yang merengek dan memberontak) memakbulkan saja permintaan anak-anak itu, maka inilah yang mengakibatkan budak-budak ini membesar menjadi orang yang tidak boleh menerima pendapat orang lain. membesar menjadi orang yang tak boleh dihalang.
maka malanglah bagi ibu bapa yang tidak dapat menegaskan dari awal kepada anak-anak mereka tentang apa maksud 'tidak'. kerana anak-anak mungkin berpendapat bila ibu bapa berkata 'tidak' itu bermaksud "kalau aku terus menangis, berguling-guling, hentak kaki, hentak pintu, baling barang, ibu dan ayah aku akan berkata 'YA'juga akhirnya"
jadi kepada bakal ibu bapa di luar sana, atau ibu bapa yang baru menjejak dunia keibubapaan, atau boleh juga kepada ibu bapa yang dah lama berkecimpung dalam dunia keibubapaan ini, ini hanyalah pesanan aku dan moga kalian boleh menerima pesanan ini. bukan apa, aku tahu aku baru berusia 18 tahun dan tidak layak pun untuk memberi tips keibubapaan yang baik, tapi, aku rasa ini adalah perkara yang penting juga. sekurang-kurangnya anak itu boleh belajar menghormati keputusan kita.
dan kepada anak-anak yang membaca post ini, kita kiranya muhasabah dirilah ya? aku pun kadangkala berperangai seperti itu juga. (terutama bila nak keluar jalan-jalan dengan kawan. haha) teruknyalah kita sebagai anak-anak bila perkataan semudah 'TIDAK' itu pun tidak dapat kita cernakan dengan baik. bagi aku, kalau ibu bapa sudah berkata 'TIDAK', dan kita masih berdegil juga, tunggu sajalah, mesti ada sesuatu yang berlaku kepada kita akhirnya. kemalangan tidak kira kecil atau besar, siapa yang tahu? ya, malang pun tidak berbau kan?
3 comments:
okay yes betulbetul setuju.
aku sentap bila dikatakan TIDAK time mood swing haha lain hari boleh insyaAllah :) hehe
A: jom singgah blog cik timah!
B: TAK NAK!
maryam: aku pun begitu juga. haha..
iffah: eleh.. kau bukak jugak kan? haha..
Post a Comment