Saturday, April 23, 2011

pemuda mesir.

assalamualaikum :')

(kecewa sebab tak dapat tengok ashraf muslim bertunang live kat TV9. aku kena drive nak hantar ayah ke KLIA pagi ni, korang simpankan gambar ashraf untuk aku ye, sob sob) okay, yang part tu dah potong. sila kembalikan mood untuk menulis, terimakasih.

baiklah, reader (s)(?) hari ini kita nak mengimbas kembali (fatimah zahra) yang berusia 15 tahun. ya. lima belas ye (terimakasih). aku membuka kotak privasi aku (kotak besar yang aku gunakan untuk menyimpan barang-barang  personal) dan menyelak beberapa helai kertas. kau tahulah, cik timah ni kalau tak stabil je akan menulis surat. tau tak surat tu untuk siapa? kalau aku cakap nanti kau kata aku sah 'mental'. haha. surat fatimah tulis untuk 'zahra'. osahh sengal eh.. (aku tau..)



banyak jugalah surat yang aku tulis. dan paling banyak dicatatkan masa aku berusia lima belas tahun, kiranya form three lah. haha. tahun tu tahun yang aku paling tension. hilang kawan baik, first time kena banned dengan cikgu-cikgu dan macam-macam lagi pengalaman pelik (ye, termasuk 'gurau kasar' budak lelaki.)

dalam banyak-banyak surat yang bersepah tu, aku tertarik dengan satu surat ni. pasal pemuda mesir. ya, pemuda mesirlah. rupa-rupanya dalam hidup aku ada satu episod di mana aku merasakan ayah dah tentukan jodoh aku (osahh sengal eh..) kronologi bermula bila aku gilakan novel ayat-ayat cinta (masa tu famous juga novel ni) dan ayah asyik menceritakan tentang 'anak kawan ayah' yang sekarang tengah belajar di mesir.

ada empat orang adik beradik, yang keempat perempuan. tiga yang atas semua lelaki, dan semua belajar di mesir (peace..) disebabkan ayah asyik menceritakan tentang orang yang sama (bebudak mesir tu lah) kepada aku, aku mula berasa pelik, adakah ayah nak promosi anak orang kat anak sendiri?

aku tahu, aku baru form 3 masa tu. haha (aku sendiri ingat pun rasa nak gelak). lalu aku bertanya kepada ayah, ayah nak sangat ke menantu ayah bebudak tu. ayah cakap, kalau tak dapat tiga-tiga satu pun bolehlah. Ya Allah, kau tahu aku boleh sawan-anagu pikir along, angah, atau acik yang aku nak. (tension je budak kecik dah fikir kahwin).

aku mulalah senget menulis surat-surat bertemakan hal (pemuda mesir) ni.dan kemuncak keterujaan ni ialah bila ayah kata pakcik R nak datang rumah (pakcik R ialah ayah kepada tiga budak ni). oh, kau takyah bayangkan muka aku masa tu. kira macam dengar rombongan meminang pulak yang nak datang. haha.

tapi, bila dah datang tu, barulah aku tahu satu benda pasal family ni iaitu (mereka keturunan orang 'rendah-rendah') kiranya kecik-kecik je badan diorang. even pakcik R dan isterinya pun tak sama tinggi dengan aku. aku dah tension dan jem memikirkan along, angah dan acik tu tinggi mana. (osahh sengal eh)

dan akhirnya, aku memutuskan untuk meng'cancel'kan idea senget dan masuk air tu. haha. maka tamatlah episod pemuda mesir dalam hidup aku. tapi, aku cakap dengan kau la kan, aku tak pernah fikir pasal kahwin sejauh tu. sampai tahap dah jumpa mak bapak dah. haha. segan makkk bila fikir balik. macam tak logik je mental budak form 3 dah fikir semua tu.

oh well, tamatlah sudah kisah pemuda mesir, dan nasib baik aku masih simpan semua catatan lama aku masa aku form 3. alahh, biasalah (siapa sekolah sama ngan aku mesti tau) kes aku masa form 3 dulu tu. bikin hot stuff je telinga yang mendengar. biasalah, budak-budak gurau kasar.. aku dah maafkan pun dosa kau yang berkoyan sebab kacau aku tu. haha.

(peace..peace, harap dia tak baca..)

P/S: dan sorrylah, entry ni takde gambar langsung. mesti korang menguap baca entry ni kan? (osahh sengal ehh) haha.

No comments: