assalamualaikum :')
topik kita pada hari ini berkisar tentang apa yang aku baca dan apa yang aku dapat lihat dalam blog kawan-kawan aku yang lain. entahlah, aku sendiri tak tahu macam mana nak describe perasaan yang sebenarnya bila baca entry-entry mereka. sedihlah, kecewalah, putus cintalah dan ada juga yang masih angau-rindu dalam dunia percintaan.
aku sendiri boleh kata aku naik jemu dan muak disajikan dengan benda yang sama. aku tak boleh salahkan mereka sebab itulah yang sedang mereka hadapi. satu pertarungan yang sangat hebat; melawan nafsu diri sendiri! mungkin sekarang aku boleh katakan perkara sebegini, entah esok lusa aku pula berperangai yang sama (minta dijauhkan). tapi satu sahaja nasihat aku pada mereka.
apa dia?
kesannya, bila dah ditolak mentah-mentah atau dalam erti kata lain memasuki fasa "its complicated" itu, mulalah hati dilanda resah. sebelum ini angin bahagia aje yang dirasa. seolah-olah kebahagian di dunia , sebahagia mungkin sudah menjadi milik kita. tapi bila dan terhantuk, tergolek, terjatuh, dilenyek pula dengan ingatan-ingatan manis dengan pasangan yang dulu. aduh, memang perit rasa sebegitu kan?
cintalah pada orang yang betul di waktu yang betul.
nasihat aku pada kawan-kawan aku yang tengah mengaduh kesakitan kerana masih hidup dalam kenangan-kenangan ialah, stay strong. sebab sekali dah terlanjur teruk kita menanggungnya. sudahlah teruk rasa yang kita simpan dalam hati itu, ditambah pula dengan perisa baru nanti bila dia sudah move on dan kita masih di takuk yang sama. harapan aku seikhlasnya aku mahu kawan-kawan aku yang dulu, punya kematangan dan pemikiran rasional yang sama. kembali menjadi diri yang dulu walaupun sangat mustahil, harus mencuba sehabis baik.
harap kalian mengambil pengajaran dengan apa yang sudah berlaku. tidak kembali pada pusingan roda yang sama. mula-mula suka, kemudian jartuh cinta, angau rindu sebagainya dan bila direntap semua itu, kenangan sahaja yang tinggal. dan kenagan itu yang akan terus menghantui.
semoga kalian dapat kembali pada kehidupan yang seharusnya dijalani oleh remaja berusia 18 tahun, sewajarnya, berlandaskan syariat Islam. semoga kalian bisa kembali pada diri yang dulu, atau diri yang kebih baik. insya-Allah.
3 comments:
i'allah timah..aminn..moge kita dipelihara
tiba tiba aku teringat peristiwa tu. haha
munirah: insya Allah. mintak dijauhkan sangat. berat tu ujian tu..
shera: bawah tangga tu ek? dahlaa, dah ok dah kan?
Post a Comment