assalamualaikum :')
disebabkan aku tengah dilanda angin keterujaan melampau dan kesukaran untuk menenangkan hati aku (semenjak dpt email YTM dan petronas) aku memutuskan untuk membuat sedikit research tentang apa yang bakal aku hadapi. temuduga biasiswa bukanlah sesuatu yang mudah, aku sangat yakin tentang itu dan aku terlalu takut untuk memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku. aku tahu, berkemungkinan besar aku takkan dapat pun biasiswa YTM dan PETRONAS. antara sebabnya:
1. YTM (yayasan TM) hanya hantar seorang anak kakitangan TM ke luar negara dan aku ni anak jati staf TM. boleh dikatakan usia ayah berkhidmat di TM tu sama dengan usia aku. dah 18 tahun. tapi sangat tipis peluang aku kalau nak dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain di seluruh malaysia. aku rasa ramai lagi yang meletup resultnya dan aku dah lupa aku apply untuk course apa !!! teruknya. sekarang aku tak tahu nak buat research macam mana.2. Petronas pula menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke UTP, sebelum itu aku perlu masuk ke matriks, dan betapa perlu aku ingatkan di sini, aku tak mahu masuk matriks kalau aku ditawarkan ke mana-mana asasi di universiti lain. dan jika memasuki asasi bermakna terpaksa reject biasiswa, aku tak kisah. dan kebanyakan pelajar UTP ni geniuses belaka, maka tak dapat disangkal lagi, aku yang hanya suam-suam kuku ni boleh naik sawan kalau belajar di sana. haha.
TIPS/ PERINGATAN SEBELUM MENGHADIRI TEMUDUGA.
1. be punctual. sebaik-baiknya datang 30 minit lebih awal ke tempat temuduga.
2. pakaian mestilah formal dan kemas. tidak terlalu 'meriah' dan seeloknya warna yang 'easy on eyes'. jangan pakai warna yang 'shocking' atau terlalu 'striking'.
3. membuat first impression yang baik. ini merangkumi :
- berjalan dengan langkah yang yakin dan teratur. - membuat 'eye contact' dengan panel penemu duga
- badan tegak, wajah berseri dan mata memandang ke hadapan.- tunjukkan keikhlasan dan keyakinan apabila berjabat tangan (firm hand shake) (jika perlu)
4. temuduga biasanya dijalankan dalam sebuah kumpulan di dalam sebuah bilik. penemu duga akan bertanya pelbagai soalan. biasanya calon diminta menjawab secara spontan. (oleh itu kemahiran bercakap dan pengetahuan am sangat penting).
5. semasa berbincang dalam kumpulan, pastikan calon meberikan kerjasama yang baik. selalunya, panel temuduga tak berapa gemar dengan calon yang terlalu 'dominant' dalam sesebuah kumpulan. semua ahli kumpulan mestilah sentiasa saling bantu membantu. perkongsian tentang sebarang maklumat yang kita tahu adalah amat penting. bertutur secara sopan dan jelas juga menunjukkan kita yakin dengan fakta yang dibentangkan.
6. pastikan sebelum menghadiri temuduga, kita sudah membuat sedikit kajian tentang apa yang mungkin ditanyakan kepada kita . selalu nya soalan berkisar tentang:
- mengapa memilih tempat 'itu' untuk menyambung pelajaran
-apakah kita akan berbakti di luar negara lepas dah graduate
-bagaimana jika dana berkurangan dan terpaksa membatalkan biasiswa pelajar ke luar negara.
so, kita perlu bersedia dengan kemungkinan jawapan yang akan diterima.
7. tunjukkan penghargaan selepas sesi temu duga tamat. ucapkan terima kasih kepada panel.
8. yakinkan diri bahawa kita dah buat yang terbaik untuk temuduga biasiswa itu. yang penting, kalau ada rezeki dan kalau dah tertulis biasiswa itu selayaknya untuk kita, insya-Allah kita jua pemiliknya.
3 comments:
thanks :)
sedikit sebanyak membantu.
persiapan rapi. semoga berjaya.
syazwani: welcome..
cikgu den: thanks
Post a Comment