so, cik timah takde ape nak buat dah lepas interview atau temuduga MARA ni selesai. tapi ingat nak buat post tentang soalan dan jawapan yang aku dah prepare (tapi macam haremmm panel penemu duga tak tanya pun..haha)
den raso nak ngamuk camni haa.
tapi aku sangat happy dan gembira. sekurang-kurangnya sesi temuduga tadi taklah se'menakutkan' seperti yang aku ingat. baik punya skema jawapan aku prepare, tapi dah panel tak tanya, takkan aku nak tanya panel plak. haa, main kasar nampak..
bila first time aku masuk bilik tu, aku bernombor EMPAT. yang ada dalam kumpulan aku lima orang aje (empat perempuan, seorang lelaki). masa menunggu giliran tadi pun kitorang (yang perempuan tak sedar diri ni) dah bergelak sakan cerita lawak entah apa ntah. aku pun dah tak ingat apa yang lawak sangat. tapi gelak aje memanjang weh. dah laa baru kenal, macam pelik pulak.
okay, sambung cerita tadi, bila masuk je bilik tu kami disuruh duduk di atas kerusi (takkan meja pulak) dalam satu barisan mengahadap panel. panel tu adalah tiga orang (tiga-tiga wanita). mereka pun mulalah ber"speaking" memberi tugasan. tugasannya ialah membuat satu model jambatan guna barang-barang yang disediakan untuk menghubungkan dua meja yang ditetapkan sekian jauhnya. (agak jauh gak laa, tension aku)
dan.. kami tidak dibenarkan meminta barang tambahan, masa tambahan (hanya 30 minit je untuk buat jambatan) dan berkomunikasi hanya dalam bahasa inggeris. masa inilah dia nak uji kerjasama kita, communication skills and nak tengok leadership.
barang yang diberi ialah:
selembar benang (selembar gitu.. BM kau pun)
sebilah gunting (sebilah laa sebab barang yang tajam kan?)
dan segerombolan spageti mentah (ambik kau, penjodoh bilangan failed!)
dengan hanya menggunakan tiga barang ini, kami disuruh membuat jambatan. yang paling susah bagi aku ialah nak mengarahkan kerja masing-masing. sekejap tergelak, BI terabur, gelak lagi, spageti patah, OMG, pastu gelak lagi. ntah ape benda ntah kitorang tadi. tapi bila 30 minit dah habis, jambatan diletakkan di tengah-tengah antara dua meja. okay laa. walaupun tak selawa jambatan2 lain di dunia ini, kira okay la tu. (tiba-tiba teringin nak makan spaghetti bolognaise.. yummyum) ingatkan dah habis sampai situ aje, rupa-rupanya panel nak uji jambtan yang dah siap tu.
ditakdirkan bahan yang diletakkan di atas jambatan ialah:
sebuah tin sardin (sebuah??!!)
kau tahu, betapa berdebar aku tunggu selama satu minit untuk tengok jambatan tu roboh atau tak. nasib baik, tak roboh. alhamdulillah. lepas sesi jamban jambatan ni habis, kami diarahkan untuk duduk semula. masa ni baru dia tanya soalan:
1. so, what do you think about this activity? anyone wants to share their opinion??
(masa ni aku bagi chance laa kat orang lain, idea kitorang sama je. komunikasi, kepimpinan, kerjasama bla bla bla)
2. do you think you have any leader in this group?
(yang ni cik abang sorang tu jawab. NO. sebab memang takde pun. dari awal asyik gelak je kitorang, mana sempat nak lantik ketua. tak terfikir pun weh. cik abang ni kata, kami bekerja dengan baik, jadi, tak perlu ketua pun tak pe.)
3.do you think it's important to have a leader if you're working in a group?
(jawapan memang konfem YES la. masa ni dah down dah aku., ingat nak kena marah laa lepas ni ke apa ke.)
4. if you're given a chance to re-do this task, who do you think will be a good leader? yes, number 1?
(ni dia dah start main tembak-tembak soalan kat orang. aku dah cuak. number 1 pun cakaplah : i think.. em. fatimah will be a good leader.. sumpah den golak yo maso ni. panel tanya balik : which one is fatimah? number 1 cakap: there, the number 4. panel angguk-angguk je. panel tanya: have you met before? or do you know each other before? aku jawab la: we barely know each other. we just met today.. dan aku senyum sedas kepada panel. kasi cair sikit..)
5.so, what do you think is important in this activity, number 3?
( memang jawapan yang sama lah. komunikasi, kerjasama, idea yang baik)
6. what do you think we want to deliver through this activity, number 4?
(ape lagi, bersepah je BI aku. : i think you want us to know that communication among the members are very important. and it is also important to be able to accept other's opinion IF their opinion is better than us. but the main lesson is, we must have the gut to deliver our idea, no matter where we are in a good way. panel tanya balik: so, you think have the gut is important? aku cakap: yes. very much so. panel angguk-angguk lagi. awww, sukanya-sukanya)
7. how many of you taking medicine?
(aku dengan number 1 je angkat tangan. yang lain dentistry)
8. so, in which country you wish to further your study? yes, number 4?
(aku jawab: i wish to further my study in UK. scotland to be exact. and if i can request, i would like to further my study at University of Aberdeen, school of medicine. the reason why I choose UK is because their technology is more advanced than here in malaysia. and the lecturers are more experienced than what we got back here in malaysia.)
(number yang lain mostly nak india, jakarta, mesir, jordan. mereka mengatakan mereka tak kisah nak negara apa pun sebab bagi mereka MARA takkan hantar ke tempat yang teknologi tak bagus dan sebagainya. bagi aku, jawapan mereka menggambarkan ke'tidak-tegas'an dalam diri diorang. sepatutnya, kita kena yakin dan tegas dengan keputusan nak negara apa. jangan cakap 'tak kisah" masa temuduga biasiswa. bahaya..)
9. do you have any questions?
(aku tanya, bape orang MARA akan amik? dia kata itu P&C. takleh bagi tahu. aku gelak je. aku tanya lagi, ape criteria calon yang dia nak bagi pinjaman pendidikan ni? dia tanya aku balik "what kind of students do you think we're looking for?" perghh, aku jawab laa: "have a good communication skills and leadership" panel cakap: yes, exactly. number 1 cakap: bila dapat tau result, panel kata middle of may. number three tanya, adakah kita akan dapat universiti yang kita nak? panel kata: based on results jugak masa A level nanti. tengok dulu.number 2 tanya: kena bayar balik ke? panel kata: ini bukan biasiswa, tyapi pinjaman kewangan. kalau result bagus, bayar certain amount je. yang aku tahu 1% ke 10% dari pinjaman kita. sikit kan?)
so, itulah pengalaman aku sebagai calon yang ditemu duga. alhamdulillah, aku rasa aku dah buat yang terbaik, kalau betul ada rezeki, dapatlah, kalau tak, tak pe, Allah dah tentukan bahagian aku sejak azali lagi. buat apa aku nak risau. semua orang ada bahagian masing-masing dalam dunia ni, kan?
6 comments:
kita pun boleh tanya panel sekali haha
kenapa la aku rasa macam kau nyer interview ni best sgt? hahaha.. dh lah team pun ok..
lepas aku sndiri pegi interview and baca kau nyer, baru aku perasan bahawa student shams sebenarnya sgt hebat, w/pun masing2 asyik taku2 klau kat sekolah.. we can really be good leaders ^^
awak interview kat mana? Saya punya diorg tak tanya pun nak belajar kat mana. tak duduk pun. haha
naz: yeke weh? aku tanya soalan biasa je.
iffah: yes. that's absolutely true.
anis: interview kat pejabat MARA kat seremban.
byrn balik depends on result n scheme.if it is SPC scheme, payment balik is 1%,but still dependent on performance along the studies. if SPT, it would be 10%~
ooohhhhh.. gitu? thanks
Post a Comment