Showing posts with label studies. Show all posts
Showing posts with label studies. Show all posts

Friday, May 27, 2011

untuk part-time students dan full-time muslim.

assalamualaikum :')

lepas dah habis era "soalan paling mudah" atau SPM tu, aku dah makin tenang (yelah, kalau dulu asyik-asyik mengadap papan hitam tulis berapa hari lagi SPM..) sekarang dah settle, adik aku pulang menunggu giliran (padan muka.. wekk wekk)

bila dah keluar result (alhamdulillah dapat straight A's) budak-budak junior ni suka benar nak tanya aku 'rahsia  kejayaan' lah..'macam mana akak belajar' lah.. 'tolong bagi tuisyen' laa.. (ini semua kawan2 adik akulah.. hihi). aku bukannya tak nak bagi, aku nak bagi pun macam segan je. sebab dah berkali-kali aku cakap aku tak ada rahsia.

even ada orang cakap, aku ni tak layak pun dapat straight sebab pemalas benarr (aku pun rasa gitu.. hihi)


sebulan sebelum SPM.

Tuesday, May 17, 2011

masa depan.

assalamualaikum :')


ini post tentang perasaan sahaja. 
jangan baca.. please! 


keputusan biasiswa MARA

Nama:FATIMAH ZAHRA BINTI ZULQARNAIN
 


 
Tahniah anda berjaya
 Tarikh Pendaftaran:28 JUN 2011 
 Kursus:PERUBATAN 
 Program / Tempat:INTERNATIONAL BACCALAUREATE / KOLEJ MARA BANTING (KMB)
  
PERHATIAN:
1.
Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
   
2.
Walau bagaimanapun tawaran ini akan DIBATALKAN sekiranya :
 
a.
Saudara/saudari bukan Warganegara dan bukan Melayu/Bumiputera.
 
b.
Jika nama saudara/saudari/ibu/bapa/penjaga termasuk dalam Senarai Hitam MARA atau Tindakan Undang-Undang MARA.
 
c.
Diperakui tidak sihat oleh Pegawai Perubatan bertauliah atau mengidap penyakit-penyakit kritikal.


______________________________________________



Ya Allah, aku dah janji tak nak rasa macam ni. rasa keliru nak pilih mana.
tapi bila ibu kata tak payah, kenapa mesti aku nak jugak pergi?
ibu kata "jangan imah". dah! aku tak nak cakap hal ni lagi.

tak ada lagi belajar overseas
tak ada lagi impian itu
dah!
hidup dalam realiti,boleh?


okay.. -_-"

Monday, May 9, 2011

kan dah kata? | USIM settle|

assalamualaikum :')


alhamdulillah hal sangkut-paut kena-mengena sepupu-sepapat USIM ni semua dah settle. semua dokumen penting dah print. berkat kesabaran dan ketenangan menghadapi masalah teknikal (chewahh) aku dapat jugak tekan 'terima' dalam surat tawarn dan dapat tengok ghoman surat tawaran tu (entry sebelum ni citer pasal masalah teknikal).

korang pelik tak?

kenapa aku update blog macam update status kat twitter? haha. takpelah. aku suka pulak meng-update- dan menge-post benda-benda (walaupun macam tak penting) dalam blog ni..

lagipun lepas ni gua tak online sekerap sekarang der.. aku masuk USIM 1hb JUNE 2011. tengah-tengah cuti sekolah tu, tak ke sekampung budak-budak ni heret sekali masa pendaftaran? macam rombongan cik kiah pun boleh, kan?

status eSST USIM. | menangis aku|

assalamualaikum :')


aku taknak cakap apa-apa.
 hanya bengang dan bengkek sahaja sejak dua tiga hari ni.
nak tahu kenapa? ini sebabnya:

_________________________________

Friday, May 6, 2011

aku dah agak.. | UPU result |

assalamualaikum :')
 
seawal 11.00 pagi aku bukak laman web rasmi UPU. aku fikir aku antara yang paling lambat tahu. tapi hampeh  hampa, rupa-rupanya keputusan keluar 12.00 tengah hari. aku pun tercongok depan laptop, tak tahu apa yang boleh aku lakukan selain menunggu. lalu aku tengok blog list, banyak lagi yang aku belum baca.
 
untuk pertama kalinya aku bukak semua yang aku belum baca! penat membaca, aku tengok jam, 11.48 pagi. arghh.. tension. aku bukak skype, ingatkan shahirah online ke apa, rupa-rupanya hampeh hampa sekali lagi.
 
aku bukak email (ada email banyak kat spam, semuanya pasal facebook updates. bosan.. dah deactivate pun nak memekak.) aku baru teringat aku tak tekan butang (opt out) aku bukak balik fb aku, deactivate balik dan tekan butang opt out. harapnya settle dan aman hidup aku lepas ni.
 
aku mengerling jam di sudut kanan penjuru bawah laptop. 12.00 PM ! terus aku bukak laman web upu.mohe.gov.my  (aku rasa aku orang pertama yang masuk.. peace..)
 
jadi apa keputusannya??
(meh, aku letak jumpbreak kasi suspens)
 

Saturday, April 30, 2011

consideration

assalamualaikum :')

Oh ya, sebelum terlupa, tahniah kepada kawan-kawan cik timah yang dah tahu dapat tawaran ke matrikulasi yang mana. aku dapat metrikulasi negeri sembilan. kolo pilah le tu. haha. anyway, selepas beberapa hari berlalu (lepas interview MARA  hari tu) aku tiba-tiba terfikirkan masa depan. kira bahasa mudahnya berangan lah.

tiba-tiba terfikir, betulkah tindakan aku yang nak belajar di luar negara ni? wahh, masa interview hari tu bukan main lagi hujah hebat nak sokong universiti luar negara, sekarang aku asyik fikir kenapa sejujurnya aku ni nak sangat pergi luar negara tu?


Wednesday, April 27, 2011

MARA interview.

assalamualaikum. :')

so, cik timah takde ape nak buat dah lepas interview atau temuduga MARA ni selesai. tapi ingat nak buat post tentang soalan dan jawapan yang aku dah prepare (tapi macam haremmm panel penemu duga tak tanya pun..haha)


den raso nak ngamuk camni haa.



tapi aku sangat happy dan gembira. sekurang-kurangnya sesi temuduga tadi taklah se'menakutkan' seperti yang aku ingat. baik punya skema jawapan aku prepare, tapi dah panel tak tanya, takkan aku nak tanya panel plak. haa, main kasar nampak..

Monday, April 25, 2011

Medical School :')

assalamualaikum reader(s) :')

setelah genap empat hari rutin yang sama aku ulangi, aku memutuskan untuk berkongsi saja apa yang telah aku kaji. (wahh, mulia gitu..). jadi, dalam entry ini, aku akan senaraikan universiti yang menawarkan perubatan di United Kingdom (sebab saya nak pergi sana. kbai)

(hasil carian enjin google dan sumber: wikipedia)

Di UK terdapat 32 universiti yang menawarkan bidang perubatan. 24 di England, 5 di Scotland, 2 di Wales dan 1 di Northern Ireland. untuk lebih info tentang advantages dan disadvantages universiti-universiti yang ditawarkan, sila tekan sini. (baco sendiri, den maleh nak translate semuo)

Saturday, April 23, 2011

pemuda mesir.

assalamualaikum :')

(kecewa sebab tak dapat tengok ashraf muslim bertunang live kat TV9. aku kena drive nak hantar ayah ke KLIA pagi ni, korang simpankan gambar ashraf untuk aku ye, sob sob) okay, yang part tu dah potong. sila kembalikan mood untuk menulis, terimakasih.

baiklah, reader (s)(?) hari ini kita nak mengimbas kembali (fatimah zahra) yang berusia 15 tahun. ya. lima belas ye (terimakasih). aku membuka kotak privasi aku (kotak besar yang aku gunakan untuk menyimpan barang-barang  personal) dan menyelak beberapa helai kertas. kau tahulah, cik timah ni kalau tak stabil je akan menulis surat. tau tak surat tu untuk siapa? kalau aku cakap nanti kau kata aku sah 'mental'. haha. surat fatimah tulis untuk 'zahra'. osahh sengal eh.. (aku tau..)

Thursday, April 21, 2011

kenangan- EDUCAMP YTM/YTN 2011

assalamualaikum :')

atas permintaan ramai (sorang cukup, itupun kat cbox je) aku akan menceritakan pengalaman pertama aku di kem biasiswa ini dan seumpama dengannya. tapi entry ini agak bosan (bagi mereka yang takde pun di sana) sebab tak ada gambar yang boleh di attach kan sekali. harap maklum.


Sunday, April 17, 2011

Alhamdulillah

Nama : FATIMAH ZAHRA BINTI ZULQARNAIN \


No. Kad Pengenalan : 93031805****


Tahniah! Anda berjaya untuk menghadiri temuduga seperti berikut :


Tarikh : 27.4.2011


Masa : 12.00 TH


Program : PERUBATAN


Tempat Temuduga : Pejabat MARA Negeri Sembilan Aras 4, Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, 70400 Seremban


P/S: enough said. and that makes me feels sooo much better now.
P/S II: i really hope that I can go through (and survive) in this interview. My future depends on it now.


THE ANSWER.


assalamualaikum :')

aku sudah buntu. dan kebuntuan itu membuatkan aku
sebenar-benarnya mula berfikir!


After going through such a fantastic three days of great experience, I'm growing now (literally) to become a better person.  Criticisms and experience are two major components that alter my character now. I found myself not being honest and happy with my multiple planning of whether to be a DOCTOR or an ENGINEER.

so, which one I choose?

Wednesday, April 13, 2011

i will compare my beloved to..


assalamualaikum :')

entah kenapa tiba-tiba teringat soalan ni. ini salah satu soalan (daripada berbelas set soalan) yang kami pelajar tingkatan 5 ikram buat dulu. siapa ingat lagi? haa, dan salah satu jawapan yang paling kelakar ialah


COKLAT!

Tuesday, April 12, 2011

persediaan sebelum menghadiri temuduga biasiswa.

assalamualaikum :')

disebabkan aku tengah dilanda angin keterujaan melampau dan kesukaran untuk menenangkan hati aku (semenjak dpt email YTM dan petronas) aku memutuskan untuk membuat sedikit research tentang apa yang bakal aku hadapi. temuduga biasiswa bukanlah sesuatu yang mudah, aku sangat yakin tentang itu dan aku terlalu takut untuk memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku. aku tahu, berkemungkinan besar aku takkan dapat pun biasiswa YTM dan PETRONAS. antara sebabnya:

Status Permohonan biasiswa PETRONAS

Salam sejahtera daripada Unit Penganjuran Pendidikan PETRONAS







Tahniah!






Anda telah disenarai pendek untuk mengikuti Program EduQuest Camp bagi pemilihan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS.

Monday, April 11, 2011

kem pemilihan pelajar biasiswa YTM 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/saudari terpilih untuk menghadiri Kem Pemilihan Pelajar Biasiswa YTM 2011 bagi Program Persediaan di Luar Negara. Maklumat Kem adalah seperti berikut:-



Tarikh : 15 – 17 April 2011
Tempat: TNB Integrated Learning Solution Sdn Bhd (ILSAS)
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
bangi, Selangor
Pendaftaran: 8.00 pg – 9.00 pagi