Friday, May 6, 2011

aku dah agak.. | UPU result |

assalamualaikum :')
 
seawal 11.00 pagi aku bukak laman web rasmi UPU. aku fikir aku antara yang paling lambat tahu. tapi hampeh  hampa, rupa-rupanya keputusan keluar 12.00 tengah hari. aku pun tercongok depan laptop, tak tahu apa yang boleh aku lakukan selain menunggu. lalu aku tengok blog list, banyak lagi yang aku belum baca.
 
untuk pertama kalinya aku bukak semua yang aku belum baca! penat membaca, aku tengok jam, 11.48 pagi. arghh.. tension. aku bukak skype, ingatkan shahirah online ke apa, rupa-rupanya hampeh hampa sekali lagi.
 
aku bukak email (ada email banyak kat spam, semuanya pasal facebook updates. bosan.. dah deactivate pun nak memekak.) aku baru teringat aku tak tekan butang (opt out) aku bukak balik fb aku, deactivate balik dan tekan butang opt out. harapnya settle dan aman hidup aku lepas ni.
 
aku mengerling jam di sudut kanan penjuru bawah laptop. 12.00 PM ! terus aku bukak laman web upu.mohe.gov.my  (aku rasa aku orang pertama yang masuk.. peace..)
 
jadi apa keputusannya??
(meh, aku letak jumpbreak kasi suspens)
 



-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-

tralalallalala.. kau nak apa??
oh.. keputusan ke? jap.

-
-
-
-
-
-
-

NO. KAD PENGENALAN/MYKAD : 93031805****

NAMA : FATIMAH ZAHRA BINTI ZULQARNAIN



--------------------------------------------------------------------------------



TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:



KOD PROGRAM : Q0080

NAMA PROGRAM PENGAJIAN : TAMHIDI PERUBATAN

IPTA : USIM - UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

-
-
-
-


hahaha. alamatnya, bulan puasa tahun ni, aku sahur buka puasa dengan kakyong aku ler. jangan jealous weh. kau tahu, masa dia masuk USIM dulu, dia kata kalau aku masuk USIM jugak, maka dia tak mengaku saudara (cett!! sebenarnya dia malu, adik lagi besar tinggi dari kakak..)

tapi, selepas berlaku chemical bonding antara kami, semakin hari semakin rapat sejak dia masuk U, maka dia berkata:

"imah, kau masuk jelah USIM. aritu kakyong tengok kampus medic kat PANDAN INDAH tu lawa gile. dahlah biasiswa budak medic masyuk.. 6K satu semester. boleh simpan duit kau nak kahwin  belanja kakyong.."

maka bergembiralah aku di sana. walaupun rumahku di seremban, dan USIM tu kat nilai je, tapi oklah tu. at least kalau mereka (orang kat rumah) nak keluar makan, boleh cakap:

"ayah, imah tak makan lagi ni. jom makan pizza kat nilai jom!"  (gelak kejam..)


P/S: haha. aku rasa pelik sekarang. confirm matriks aku tolak jauh dah. so long kolo pilah! hello.. NILAI !!
P/S II:  kau tahu tak, bila inbox aku ada simbol ni (1) aku sangat gembira. oh ya, malam tadi aku mimpi kau. adakah aku sahaja yang berangan kau senyum kepada aku? thanks sebab sudi memaafkan aku, walaupun kesalahan aku  terlalu besar.. (aku nak gelak dan nangis sekarang.. boleh?)


















17 comments:

Iffah Syuqaira said...

apa la tim, pegi la jauh2 sikit! ni x, negeri sembilan jugak.. tak berkembang! haha.. ok, gurau2 lepas result upu XD

Ummu Abiha said...

assalamualaikum.. tahniah3 dik.. alhamdulillah =) *usim cntik!!

*najaah* said...

sume anak mak y dpt n9 ni.hahaha.mabruk alaik!:D

TiM said...

iffah: thanks. kauu.. mentang2 fly jauh. cettt!!

TiM said...

ummu abiha: usim memang cantik!!!

TiM said...

najaah: tak kot. ecah nak gi mesir. perundangan islam ke syariah ape tah.. haha.

Fariehan Ibrahim said...

thniah! :D

dr-to-be lar nieee..

TiM said...

fariehan Ibrahim: insya Allah..

syazwani said...

mabruk alaiki^^

Hakim Zailan said...

tahniah..USIM terbaik..
group nasyid USIM dah la mantap..huhu..
tapi dengar kata kos perubatan dibekukan tu camne?

jom join contest..:)
http://kimzai92.blogspot.com/2011/05/contest-foto-sweet-bersama-ibu_06.html

TiM said...

syazwani: syukran.. :')

TiM said...

hakim zailan: oh yeke? USIM semua pun mantap.. eh, yg medic dibekukan tu gosip semata-mata. haha.

Iffah Syuqaira said...

xlah jauh mane, um je.. (buat masa ni la...hakhak ^^)

TiM said...

iffah: ceh! kau akan ke korea. aku yakin itu.. aku ni setia, tanak pegi jauh2. nanti yang jauh tu yang aku terpikat, tak ke susah? hari raya ulang-alik aberdeen-ampangan. haha.

Aimi Syahirah said...

I'm really truly happy for youu.
I'm happy for you :')

Bestnya.
Happy takk? :D

See you there :')

TiM said...

aimi syahirah: best laa.. hihi. thanks aimi..

Anonymous said...

bagos la