aku dengan berani membuka YM-ku yang dah lama tak aku buka (mungkin sejak tingkatan lima lagi) untuk mencari alamat email kau. dan aku berharap malam ini segala yang terbuku dapat aku luahkan. selepas itu, terserah kepada kau. aku hanya mahu menguraikan tali persahabatan (kalau masih ada) yang sudah terlalu rumit disimpulkan.
harap kau buka email kau malam ini.
harap kau baca apa yang aku luahkan
aku tahu kau baca blog aku
dan P/S aku dalam entry yang lepas mendapat reaksi dari kau
dan itulah yang meyakinkan aku bahawa kau turut membaca
tolonglah
aku harap
benar-benar berharap
harap kau buka email kau malam ini
__________________________________________________
lima belas minit berlalu. ya, mungkin ini sekali lagi menjadi alasan bodoh aku. aku tidak mempunyai email kau? ya Allah, mengapa sukar benar untuk aku menghilangkan kekusutan ini.
sungguh
aku buntu..
________________________________________________
satu jam berlalu.
ya, aku masih tidak berputus asa. apa nak jadi, jadilah. aku cuba menanyakan beberapa orang tentang kau. email kau. dan aku berjaya. maka kau tunggulah. mungkin tengah malam ini, bila kebisuan mengisi, baru aku mula menulis apa yang terbuku.. sejak hampir dua tahun yang lalu.
2 comments:
cuba bawa bertenang. kalau tak boleh tenang juga. tendang je apa apa yang boleh hahaha
wahh. ganasnya.. takpe, ni baru je tambah "satu jam kemudian". insya-allah settle.
Post a Comment