Showing posts with label IB and KMB. Show all posts
Showing posts with label IB and KMB. Show all posts

Thursday, July 7, 2011

alhamdulillah.

assalamualaikum :')

nak dibicarakan tentang apa lagi,
semua kegusaran di hati dah ditolak tepi. 
aku gembira sekali di sini. 
semua kerisauan pantas berlalu pergi. 
aku tenang dengan tarbiyyah di sini. 

alhamdulillah, Ya Allah.

Monday, June 27, 2011

muhasabah diri.

dan kurasakan ia kosong
sekali lagi
ia menjadi kosong
ku kira ia hanya ilusi
hanya aku menganggapnya kosong
apakah benar ia kosong?

mana pergi semua isinya?
mana pergi  semua isi hati?
assalamualaikum :")

(tangguh dulu cerita tentang umrah ye?)  semenjak dua menjak ni, aku dah makin takde hala tuju. manusia kalau hidup takde hala tuju ni memang jalan pusing-pusing kat situ jugak. takkan sampai siratul mustaqim (jalan yang lurus) yang dia mintak tiap-tiap kali solat tu. kalau kita nak dapatkan jalan yang lurus kita kenalah 'luruskan' perjalanan kita.

hari ini hari terakhir aku di rumah (sebab sekarang dah kira isnin kan?) 28 jun 2011 tu adalah tarikh yang besar dalam hidup aku. titik tolak kemandirian aku untuk hidup sendiri. aku tak pernah hidup sendirian. aku tak pernah jauh dari rumah sampai berbulan-bulan. lepas ni mungkin sampai bermusim pula..

Monday, June 20, 2011

siapa kata ambik darah tu sakit?

assalamualaikum :')

memandangkan Mara nak jugak laporan kesihatan, bapak aku bawaklah aku pergi hospital tunku jaafar. first time aku pergi hospital ni atas urusan aku sendiri. sebelum ni pun adalah pergi dua tiga kali je sebab melawat orang sakit.

al-kisahnya,aku kena buat ujian darah. untuk mengesahkan aku punya level untuk Hepatitis B antigent, Hep B antibody, Hep C virus dan jugak HIV 1 & 2. aku punyalah takut tang-tang cucuk mencucuk ni. even sampai sekarang pun aku tak suka sakit sebab aku kan dah besar, doktor taknak bagi ubat yang air.. doktor mesti bagi ubat pil yang besar-besar tu. ishh.. tension tekak aku nak menelan benda-benda ni semua.


Sunday, June 19, 2011

tak aci tau tak

aku tak ucap apa-apa untuk 'hari ibu'
aku taknak cakap apa-apa untuk 'hari ayah'
kalau aku ucap jugak?
tak aci tau tak

assalamualaikum :')

dah lama tak buat entry se'proper' mungkin. asyik-asyik nak emo. itulah padahnya kalau tak pernah tinggal berjauhan dengan family. aku kalau duduk jauh pun sebab pergi kem, yang mana baju kotor disumbatkan dalam be plastik dan dibawa pulang dengan senang hati. jadi bila nak tinggal berjauhan dengan family secara kekal, memang wa cakap sama lu wa tak cukup kental. adik wa (si ecah) first day masuk KISAS malam tu dah tepon ibu nangis-nangis. wa dah cakap kat dia wa okay je tapi dia confident wa lebih teruk dari dia. haha. apa punya adik...

tak kisahlah. kawan baik aku (one of them) daftar masuk IPG esok. cis. dialah yang paling lambat daftar antara kami sekumpulan (sebelum akulah). sempatlah jugak aku rembat dia bawak pergi Jaya Jusco, Terminal 1, kedai ambil gambar, bank CIMB, sekolah lama semua. tiba-tiba dia nak masuk IPG dah? aku macam mana weh?

alamatnya, pergi medical check-up esok sorang-soranglah ye. aku tak takut pun. doktor tak makan orang okayyy. (aku pun bakal doktor kan, insya-Allah). cuma bosan lah. takde orang nak duduk seat sebelah aku ke? dah takde orang yang boleh duduk seat sebelah sebenarnya. semua dah masuk universiti. semua dah sambung study. 

PS I: i always know my ibu and ayah love me. but i will never know how much they did. despite milo ayah yang sedap dan cooking ibu yang mantap, there's always a hole where i can't explain properly why i love them. 

PS II: kali ni, kalau nak menangis jugak sebab emo kena tekup muka dengan bantal. opah tidur sebelah woo.. tak cool la wa nangis depan orang. tak macho okayy.

Saturday, June 18, 2011

perasaan apakah ini?

untuk pertama kalinya
aku duduk sendirian
di atas tanah yang sama
berdirinya sebuah rumah
angin bertiup lembut menampar pipi
terasa tiba-tiba jiwaku sepi
lalu satu-satu memori terbuka
belayar di dalam minda

perasaan apakah ini
belum pun aku pergi
rindu sudah menggamit hati

untuk pertama kalinya
aku merenung ke arah jalanan
tar hitam itu
banyak langkah sudah berlalu
banyak kereta sudah bertamu
perasaanku tiba-tiba berbuku

perasaan apakah ini
belum pun aku pergi
rindu sudah menggamit hati


untuk pertama kalinya
aku berasa berat untuk pergi
aku kata aku jemu
aku kata aku tak mungkin rindu
dulu, aku begitu ingin keluar dari rumah ini

tapi

perasaan apakah ini
belum pun aku pergi

rindu ini
semakin menggamit hati



PS I:  sepuluh hari lagi...

Monday, June 13, 2011

kaki orang Klang dan kaki orang Seremban

assalamualaikum wbt :')

hari ahad yang lalu aku dengan baik hatinya mengikut ibu dengan ayah yang nak hantar si adindaku ecah balik KISAS. kalau nak diikutkan hati den memang malas nak ikut sekali sebab boring. tapi sebab ibu kata nak terus pergi cari kasut sekali untuk aku, aku pun macam "LET'S GO BABEHHH.."

pagi ahad sarapan yang paling tak boleh blah. spageti bolognaise siap ada meatball (tapi sorang satu je dapat..) sup cendawan yang tin punya tu (campbell) siap dengan roti perancis bakar balik dengan garlic spread (ala-ala garlic bread kat pizza hut la gamaknya) dan tidak dilupakan kueh tiauw goreng (abaikan ejaan kueh tiauwww tuh. aku tahu makan je, tak tahu eja).

Sunday, June 12, 2011

surat MARA dah sampai TAPI....

assalamualaikum :')

yelah. dah berkurun dah posmen tu hantar. (masa aku tunggu depan pagar tak nak hantar, aku kat kampung baru nak hantar..chaitt). semalam dah rajin pulak print-print semua dokumen-dokumen. lepas dah print dokumen online yang berlambak tu, aku mulalah baca syarat-syarat penerima skim pinjaman MARA ni. (oh yess.. bukan biasiswa lagi, tapi pinjaman.) lepas habis study ada certain amount yang kita kena bayar. 1% - 10% gitu.

aku mulalah baca dari mukasurat yang depan. bla-bla-bla... TIBA-TIBA...


Thursday, May 19, 2011

frankly speaking..

assalamualaikum :')

setelah berpenat lelah mengopy-paste tak diketahui haluannya untuk cik iffah kesayangan beta ni, rupa-rupanya beliau sudahpun membaca entry ini di dunia tanpa batasan (internet). itulah keburukannya ya kawan-kawan. lain kali jangan kopi-pes. kau sibuk je kopi-pes rupanya orang dah baca.. sedeyhhhhh!!

dah, cukup emo di situ, sedangkan tenaga yang dikeluarkan untuk menghasilkan entry sebelum ini tak sampai pun 1000 J (bersamaan sepinggan nasi ye?). jadi apa lah nak dikisahkan?

jadi apa pandangan aku sebenarnya tentang IB (international baccalaureate) ni?

Wednesday, May 18, 2011

International Baccalaureate | extended version |

assalamualaikum :')

entry yang ini khas untuk 
baca puas-puas. lepas ni kau cerita pulak pasal apetah AAJ kau tu, ek?

kata putus

assalamualaikum :')



first of all, thanks to kawan-kawan (sobs...sobs) yang banyak bagi pendapat and support aku dalam entry ni yang pasal biasiswa MARA, IB dan KMB. thank you sooo much. muchos gracias amigos!

seperti yang disarankan, aku kenalah buat keputusan dengan petunjuk Allah. jangan main redah je. alhamdulillah, Allah teguhkan lagi keyakinan aku untuk memilih biasiswa MARA, dan sambung study di Kolej Mara Banting untuk program International Baccalaureate (belit lidah aku..)

Tuesday, May 17, 2011

masa depan.

assalamualaikum :')


ini post tentang perasaan sahaja. 
jangan baca.. please!