Monday, June 27, 2011

muhasabah diri.

dan kurasakan ia kosong
sekali lagi
ia menjadi kosong
ku kira ia hanya ilusi
hanya aku menganggapnya kosong
apakah benar ia kosong?

mana pergi semua isinya?
mana pergi  semua isi hati?
assalamualaikum :")

(tangguh dulu cerita tentang umrah ye?)  semenjak dua menjak ni, aku dah makin takde hala tuju. manusia kalau hidup takde hala tuju ni memang jalan pusing-pusing kat situ jugak. takkan sampai siratul mustaqim (jalan yang lurus) yang dia mintak tiap-tiap kali solat tu. kalau kita nak dapatkan jalan yang lurus kita kenalah 'luruskan' perjalanan kita.

hari ini hari terakhir aku di rumah (sebab sekarang dah kira isnin kan?) 28 jun 2011 tu adalah tarikh yang besar dalam hidup aku. titik tolak kemandirian aku untuk hidup sendiri. aku tak pernah hidup sendirian. aku tak pernah jauh dari rumah sampai berbulan-bulan. lepas ni mungkin sampai bermusim pula..


bila kita tahu kita tiada orang yang akan menjaga kita 24 jam macam kat rumah, kita kena kuat. AKU KENA KUAT. mostly kawan-kawan yang lain sudah pun memulakan hidup baru di tempat baru, menemui orang baru. aku bakal menempuhi jalan yang sama kurang lebih 24jam dari sekarang.

maka aku tersangat perlukan perlindungan dari Allah.
maka aku tersangat inginkan rahmat dari Allah.
maka aku tersangat mendambakan ketenangan kurniaan Allah.

tapikan, 

aku ini tersangatlah kurang mengingati Allah
aku ini tersangatlah hina di sisi Allah
aku ini tersangatlah sedikit bersyukur kepada Allah.

semua ini buat aku takut. 
perkara yang paling aku takut
ialah apabila dibuka soal ibadah
maksiat
dosa

untuk keseratus lima puluh juta kalinya aku harap dan aku berdoa, 
moga-moga jalan yang aku tempuhi selepas ini adalah untuk mencari redha Allah sentiasa. 
aku harap aku dirahmati dan dilindungi Allah setiap masa. 
aku harap sentiasa ada orang mengingatkan aku tentang Dia
aku harap  aku mempunyai sahabat yang sama keinginan hatinya
aku harap aku tak lalai dengan semua nikmat dunia
aku harap aku tak lupa akhirat yang kekal selamanya.

amiin.


PS I: untuk satu-satunya ayah aku, tiada yang kedua.. selamat hari lahir yang ke-44. semoga ayah sentiasa sihat dan tak mengantuk bila bawak kereta kat highway.

PS II: banyaknya hal yang belum selesai. permudahkanlah urusanku Ya Allah..

No comments: