Tuesday, June 14, 2011

alkisahnya : tudung labuh.

assalamualaikum :')

kalau disebut tudung labuh, masing-masing ada pendapat tersendiri. ada yang kata itu adalah 'uniform' (kalau sekolah agama mcm aku) ada yang kata 'budak baik'( itu kalau kat tuisyen aku) dan tak kurang yang mungkin fikir 'bajet ustazah' (yang ni aku tak tahu siapa fikir.. -_-")




seperti yang aku cakap semalam, aku pergi ke sekolah hari ini. of courselah dengan si Teah. sekolah aku sekolah agama so, aku pakai tudung labuh (jugak sebab teah memang pakai tudung labuh all the time, aku ikut jelah..) tapi, sedang aku berjalan bersuka ria, tersentak aku bila seorang guru menegur aku tadi:

A: emm.. awak memang pakai tudung labuh ke?
aku: (terkejut dengan soalan beliau) emm.. saya tengok tempat. kalau pergi sekolah, tuisyen, balik kampung pakailah tudung labuh. kalau duduk dlm kereta je, tudung pendek pun saya pakai. (senyum..)
A: oh.. yaa? (pandang aku atas bawah) yelah.. awak hari tu saya nampak pakai tudung pendek kan?
aku: (sumpah terkejut. plus segan. padam muka aku) ermm.. yelah (ketawa sebab nak cover muka terkejut dan terasa)
A: kamu? on off on off jugak ke? (merujuk kepada teah)
aku: eh.. taklah,cikgu. dia memang pakai tudung labuh je kalau keluar. saya je yg on off tengok mood. (sekali lagi rasa nak tampar mulut sendiri..)

(aku dan teah mintak diri nak balik, cikgu A berkata)

A: ermm.. jangan lupa apa saya ajar dulu. (aku pandang teah, teah pandang aku)
aku: ermmm.. ehehe.. (muka menunjukkan aku dah lupa pun apa yang dia ajar)
A: ingat lagi tak apa saya ajar? (suara dah naik.. aku tak ingat sepatah haram pun kecuali nama subjek beliau.)
aku: tak ingat cikgu. saya tak belajar balik pun duduk rumah (mulut celupar aku.. diam-diam sudahlahhh..)
A: ermm.. saya nak pesan 'jadilah orang yang bertakwa'.
aku: (terdiam...terus) erm. insya Allah.

sungguh tak tenang aku sepanjang hari. hajat masa aku tingkatan lima dulu nampaknya aku sendiri yang kanbus. aku ingat lagi aku cakap kat Farzana aku nak stick pakai tudung labuh sebab senang nak solat, tak perlu banyak kerongsang pun, tak perlu susah nak fikir pasal nak beli tudung apa lagi.

tapi lepas dah habis SPM, aku sendiri ambil mudah. pergi buat lesen pun pakai tudung pendek (sebabnya aku tak nak jadi orang yang 'stand out in the crowd'. aku tak suka orang pandang-pandang) tapi lepas lesen dah settle, amboii.. makin galak aku pakai tudung pendek. pergi jalan-jalan, pergi sekolah, pergi mana-mana pun. sebab bila aku pakai tudung pendek aku biar ke bawah, tak silang pun, lecehlah.

sekarang bila dah diingatkan balik, baru aku sedar. kalau nak buat baik ni hati kena kuat. kalau tak apa yang kita cakap tu, makan tuannya balik. nak kata culture shock? bukan.. bukan culture shock. kalau kejutan budaya tu aku rasa merangkumi perkara lebih ekstrem.

mungkin orang nak kata aku ni kolot, bajet alim, nak tunjuk baik. aku tak kisah orang nak kata apa. aku harap lepas ni aku tak akan ambil kisah lagi bila orang nak kritik aku. asalkan aku tahu dan aku selesa dengan apa yang aku lakukan. dan memakai tudung labuh itu salah satu daripadanya.

PS I: pakai tudung labuh banyak kelebihan. tudung pun tak payah banyak warna. warna krim je dah boleh masuk dengan banyak warna. kalau tak percaya tanya orang yang biasa pakai.

PS II: jom pergi nagoya beli kain jahit tudung!

PS III:thanks teah, kau ingatkan aku benda yang aku lupa. mungkin benda yang aku buat-buat lupa. thanks sebab point it out kat aku. kalau tak sampai bila-bila aku ambil mudah je benda ni.

17 comments:

Anonymous said...

aim for His redha!

Dahlan said...

Tim! Pakai tudung Yuna jer lah senang! Huhu :)

Actually Tim, I think x de lah problem sngt kalau pakai tudung pendek or labuh. Yg penting kita rasa bangga ngan ape kita pakai. To me, I prefer kalau pompuan tu pakai tudung pendek sbb nmpk lagi lawa.

X payah risau sngt lah Tim. Yg penting ko bertudung dan x berbonggol unta.

*najaah* said...

pakai y menutup aurat dan ikut piawai islam.tu y lebih menarik drpd apa y ada dlm benak fikiran org. :)

Dr Afifah said...

biasa lah..remaja.. sdg mencari identiti diri. cewah.

ape yg penting, tutup aurat n selesa. :)

TiM said...

anon: thanks

TiM said...

dahlan:

ahaha.. yuna?? tolonglahhh..
yang penting selesa kan?

TiM said...

afifah:

betul kak pah!!

aDik said...

haha miss you!

TiM said...

fatin:

miss you too.. :')

Iffah Syuqaira said...

contohi aku! hahhahaa.. poyoss gile XDD

TiM said...

iffah: ye. contohilah iffah!

Anonymous said...

SUBHANALLAH..bagus post nii..boleh jadi pengajaran kepada muslimat lain di luar yang masih leka dengan pakaian dunia..

ALHAMDULILLAH..ukhti masih diberi hidayah oleh Allah Taala untuk menyedari yang mana salah dan yang mana betul..

NA'UZUBILLAH..memang pakai tudung tu kena menutup aurat dan selesa, betul..kita sekarang nak senang jaa.."pakai tudung, dahh..janji tutup aurat n selesa.."

INGATLAH..zaman Nabi SAW yang peganfan aqidahnya kuat pun muslimat pada waktu tu berniqab dan berjilbab, inikan pula akhir2 zaman ini..
INGAT juga, setiap ibadah yang kita lakukan itu kita merasakan peritnya dan IKHLAS smata2 kerana allah Taala, maka kita akan mendapatkan ganjaran yang lebig besar daripada ibadah yang kita anggap senang untuk dilakukan..
sekadar peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 sekalian..WALLAHUA'LAM..

Anonymous said...

saya anonimus! sbb awk mmg x kenal sy! =) tp cuma nk bgtau kat crowds je. bkn kt awak tau. sbb sy tau awk org baik!

pakai tudung, tutup aurat dan balut aurat tu adlh benda yg berbeza!

tu je nk bgtau. wassalam ... =)

H.F. Ahmad Said said...

tudung labuh lbih MEMBANTU LLAKI utk mjaga mata drpd terpandang "apa2" yg x spatutnya dpandang.

kalu tudung x labuh..kalu ditiup angin, kalu bgerak pntas..hm..?

mana ag cntik..yg labuh ke singkat?

jgn tanya nafsu sndiri..jauh skali nafsu lelaki..

tp tanyalah Allah & Rasul-Nya..jwpnnya ada dlm Al-Quran & Sunnah

em..mga yg mberi komen lebih baek dr yg mberi peringatan..amiin..

btw, smoga istiqamah..

TiM said...

mawar suci:

syukran atas pendapat tersebut. semoga saya istiqamah dengan semua ini...

TiM said...

anonymous:

terima kasih sebab sudi memberi pendapat. tapi kenapa memilih untuk menjadi anon? kan mak ayah dah beri nama yang sedap? letak nama sendiri lain kali boleh?

anyway, thanks.. :)

TiM said...

ibnu al asghar:

betul tu. tudung labuh ni kira macam precautionary steps. in case angin ke, jalan laju ke, takut terlihat "apa2" yg tak patut tu kan?

thanks komen.