Sunday, June 19, 2011

tak aci tau tak

aku tak ucap apa-apa untuk 'hari ibu'
aku taknak cakap apa-apa untuk 'hari ayah'
kalau aku ucap jugak?
tak aci tau tak

assalamualaikum :')

dah lama tak buat entry se'proper' mungkin. asyik-asyik nak emo. itulah padahnya kalau tak pernah tinggal berjauhan dengan family. aku kalau duduk jauh pun sebab pergi kem, yang mana baju kotor disumbatkan dalam be plastik dan dibawa pulang dengan senang hati. jadi bila nak tinggal berjauhan dengan family secara kekal, memang wa cakap sama lu wa tak cukup kental. adik wa (si ecah) first day masuk KISAS malam tu dah tepon ibu nangis-nangis. wa dah cakap kat dia wa okay je tapi dia confident wa lebih teruk dari dia. haha. apa punya adik...

tak kisahlah. kawan baik aku (one of them) daftar masuk IPG esok. cis. dialah yang paling lambat daftar antara kami sekumpulan (sebelum akulah). sempatlah jugak aku rembat dia bawak pergi Jaya Jusco, Terminal 1, kedai ambil gambar, bank CIMB, sekolah lama semua. tiba-tiba dia nak masuk IPG dah? aku macam mana weh?

alamatnya, pergi medical check-up esok sorang-soranglah ye. aku tak takut pun. doktor tak makan orang okayyy. (aku pun bakal doktor kan, insya-Allah). cuma bosan lah. takde orang nak duduk seat sebelah aku ke? dah takde orang yang boleh duduk seat sebelah sebenarnya. semua dah masuk universiti. semua dah sambung study. 

PS I: i always know my ibu and ayah love me. but i will never know how much they did. despite milo ayah yang sedap dan cooking ibu yang mantap, there's always a hole where i can't explain properly why i love them. 

PS II: kali ni, kalau nak menangis jugak sebab emo kena tekup muka dengan bantal. opah tidur sebelah woo.. tak cool la wa nangis depan orang. tak macho okayy.

No comments: