Monday, June 13, 2011

kaki orang Klang dan kaki orang Seremban

assalamualaikum wbt :')

hari ahad yang lalu aku dengan baik hatinya mengikut ibu dengan ayah yang nak hantar si adindaku ecah balik KISAS. kalau nak diikutkan hati den memang malas nak ikut sekali sebab boring. tapi sebab ibu kata nak terus pergi cari kasut sekali untuk aku, aku pun macam "LET'S GO BABEHHH.."

pagi ahad sarapan yang paling tak boleh blah. spageti bolognaise siap ada meatball (tapi sorang satu je dapat..) sup cendawan yang tin punya tu (campbell) siap dengan roti perancis bakar balik dengan garlic spread (ala-ala garlic bread kat pizza hut la gamaknya) dan tidak dilupakan kueh tiauw goreng (abaikan ejaan kueh tiauwww tuh. aku tahu makan je, tak tahu eja).



kueh tiauw tu khas untuk manusia yang tak makan spageti dalam family aku iaitu si HANIS SAFIYYAH. dah besau gabak pun tak gheti-gheti nak makan makanan macam ni. tak dilupakan jugak opah tersayang. opah tak biasa makan macam ni, takut tak lalu, sebab tu buat kueh tiauw jugak.

sek sok sek sok sek, ibu ngan ayah pergi rumah orang kahwin. lepas dah kenyang tu terus hantar kakyong kat nilai (duduk rumah sewa kau sekarang.. tembuslah poket ayah..) pastu baru pergi hantar esyah. sok sek sok sek (aku tahu byk yg tak penting sbb tu taip sok sek je) dah kenyang makan kueh tiauw sup pulak (sedap siot. aku memang feberet kueh tiauw walau apa pun cara ia dimasak) pergi singgah aeon klang tu. (aeon ke namanya?)

masuk je aeon gua cari information board yang gantung kat tiang tu. cari laa "bata", "FOS" dan sebagainya. masuk bata. sok sek sok sek.. mintak saiz sepuluh kasut kaler itam semua takde. ciss... dia kata "maaflah, kami tak ambil saiz sepuluh" arghh.. kecewa. bata tak pernah kecewakan aku sebelum ni, macam mana pulak takde saiz kat sini?? ciss..



masuk kedai kasut lain. sampai dua tiga kedai semua kata "takde saiz sepuluh". ciss... aku makin tension. ibu ajak pergi FOS pulak, cari T-shirt putih (kat KMB sukan pakai T-shirt putih) gua masuk je FOS.. perghhh.. melilau mata ambik banyak barang. seluar jeans untu muadz sarah hanis 3 for RM11. kau gile ke tak ambik? aku ingat satu sebelas hinggit rupanya tiga sebelas. sawan ke FOS ni? . rupanya nak buat clearance untuk stok yang tu.

aku ambik pulak t-shirt lengan panjang ingat nak buat inner untuk baju kurung. 3 for RM 23. ape lagi.. dua untuk aku, satu untuk ibu. seluar tiga suku pulak 3 for RM16. memang sawan aku capai semua. last sekali t-shirt putih RM27. itulah item paling mahal. haha. baguslah FOS kat sini. besar gile plak tu. kalau kat JJ S2 kat sini, baru masuk kedai, pusing belakang dah nampak kakyong, pandang kiri nampak ecah. maksudnya kecik laa...

bertolak balik ke rumah, dengan hati yang kecewa.. kasut takde. ibu cadangkan singgah ke JJ S2. dah nak maghrib dah, tapi masuk jugak, alang-alang dah dekat dengan tol kan?masuk je terus kejar BATA. capai design kasut yang aku rasa macam ada saiz sepuluh. tanya kat pekerja, dia kata "oh..sorrylah. saiz sepuluh dah habis stok."


APE JADAH SEMUA INI??
aku dah dapat konklusi bahawa..

KAKI ORANG KLANG SEMUA KECIK-KECIK.
KAKI ORANG SEREMBAN SEMUA BESAR-BESAR.

PS I: tension je carik kasut. raya tahun lepas kasut raya aku adalah 'selipar BATA'. cool tak? pakai selipar dengan baju baru.. sedih tauuuu..

PS II: ayah suruh tempah je kasut macam makyang aku. makyang aku sama macam akulah.. kaki panjang. tapi tak sempatla kalau nak tempah sekarang. grrr..

PS III: aku nak attack BATA kat Parkson pulak. kalau takde jugak, memang raya tahun ni aku pakai selipar lagi sekali. aku boikot BATA..

No comments: