Saturday, February 27, 2010

114- siapa kita; baja atau racunnya?

 assalamualaikum.
terimakasih kalau sudi membaca sebab setahu saya blog ni tak ramai pun yang layan. takpe. saya pun menulis dgn ikhlas. cuma mahu melepaskan rasa yang terbuku sahaja.
 ok moving on. selamat menymbut maulidur rasul. kiranya tak terlambat lagi. hari-hari pun kita sewajarnya mengingati rasulullah, bukan?

BAJA ATAU RACUN?

apa yang saya cuba nak smpikan sebenarnya? sudah naik muak malah sudah terlalu jemu saya menatap setiap hari, sahabat2 yang saya kasihi, terkial-kial, terkapai-kapai cuba mengapungkan diri--mahu kembali stabil sebagai seorang remaja islam!
tak faham? baiklah. senang cerita, kawan-kawan saya masih mencari cinta. ya-mungkin anda ingin mengatakan
"aduh, fatimah ni, tak habis-habis isu yang sama."


maaf kalau saya memang begitu. tapi, pada umur yang sebegini, fokus saya tertimpa pada perkara sebegitu. environment, kawan2 seperjuangan, semuanya membentuk beberapa peratus dari diri saya ini.

kalau ada kes-kes luahan ni, selalunya orang takut nak cari saya. bukannya apa, nanti bukannya saya menenangkannya, lagi dia dimarahi adalah! janganlah takut sahabatku.. i meant no harm AT ALL.  saya menegur, bukannya marah. saya tahu, fasa yang itu saya sudah lalui. lalu saya menjadi sukar untuk menerima pada umur yg sekarang ini, 17 tahun, ada dalam klgn teman saya masih rapuh bila dicucuk2 halus perasaannya.

bajakah aku?
kepada orang yang selalu menjadi focal point, selalu dicari sebagai tempat meluah perasaan rakan2, selalu menjadi motivator tidak rasmi, saya cadangkan janganlah kalian menjadi baja.

horticulturistkah fatimah ini?
bukanlah. bukan tentang tanaman. yang cuba saya sampaikan ialah jangan dibiakkan benih rasa itu. bkan mahu mencari fasal, tapi terlalu banyak kes si lelaki mencuba-cuba, si gadis pula menjadi lemah dek pujuk dan kata2 'manis' itu.

betulkan?

andainya anda melalui perkara yang sama. silalah muhasabah diri. apakah cinta yang dibawa dan dibahasakaan oleh sang lelaki itu terlalu penting buat hidup anda? bukan merujuk pada hidup yang sekarang sahaja. tapi masa depan juga- THE FUTURE-

mungkin anda mahu mengatakan: " apalah yang kau tahu? kau tak rasa macam yang aku rasa. susah tahu!"
sabar dulu. sejarah hidup saya tak perlu disingkap semula. kalau ada yang mengenali si fatimah ini dari dulu, anda sendiri boleh nampak kenapa saya berani berbicara tentang hal ini.

masalah yang akan anda hadapi:
1. rindu yang terlalu berlebihan
2. pembaziran waktu dek terlalu mengenangkannya
3. hati menjadi gelap..malap
4. ilmu pun susah nak masuk
5. ibadah tidak khusyuk
6. bertindak secara tidak rasional

semua ini berdasarkan pengalaman.
jadi, kalau ada yang melalui sendiri simptom2 ke'tersangkut'an ini, maka bunuhlah rasa itu andai mampu.  kalau tak mahu menjadi pembunuh, tak mahu meletakkan racun, maka biarkan saja rasa yang terlekat itu. tak perlu terlalu dikenang. takut bercambah, berakar dalam, susah nak dicabut nanti.

pada pengalaman saya, bila berlaku hal begini, kita perlu lari. tak perlulah lari secara fizikalnya. maksudnya larikan diri ke arah cinta Allah. banyakkan ibadah sunat kita, tahajjud, zikir yang tak kering di bibir. doa yang paling utama- minta Allah kuatkan hati kita!

hanya Allah pemilik semua perasaan ini. minta Allah cabutkan rasa itu kalau ia tak sepatutnya ada.
SEKARANG BUKAN MASANYA. BELUM MASANYA!

fikirkanlah semula. jangan pula kita jadi baja. bila kita diuji sedikit cuma.. sudah terlentok habis-habisan. mahu sehidup dan semati. CINTA KERANA ALLAH katanya! nauzubillah.. kalau betul dah bercambah, jangan terlalu difikirkan.. jangan terlalu dikenang! bahayanya kita tak sedar. kita membuka hati kita seluas-luasnya untuk dimainkan oleh syaitan. kadang2 kita tak sedar, betulkah apa yang kita buat ini? bila dah terlalu jauh menyimpang, kita mula rasa kita memang buat sebetulnya. bila orang tegur kita kata kita tak bersalah!

saya mohon! janganlah ada antara motivator tak berbayar itu pula yang menjadi baja.
JANGAN SEKALI-KALI. takut bila ada maksiat yang dilakukannya, saham untuk kita sudah tersedia! kelak di akhirat apa jawab kita? saya harap bagi motivator tak berbayar ini, bantulah rakan itu berjuang sehabis daya, tarik dia dari segala kemungkinan yang tak baik itu! siapa tahu, ganjaran Allah mungkin ada bagi orang yang menyelamatkan orang lain. wallahualam. dosa-pahala itu urusan Allah. kita tak tahu apa yang Allah sediakan untuk kita!



say no,
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN

No comments: