Thursday, February 24, 2011

satu saat + satu sen = tak bermakna?

*salam. hari ini kita nak sharpen math kita yang ala-ala dah berkarat sebab redox reaction kan?

so, chemistry buat next time. physics pun boleh jugak.

tapi shut! hari ini nak buat math.*










bagi anda, yelah, kamu. bagi kamu, apakah yang boleh dilakukan dalam satu saat?

bukak tutup paip?

tiup habuk atas laptop?

kunci pintu?

connect internet?

taip password wi-fi?

yelah, bagi kita kalau jarak masa satu saat tu, macam tak terasa pun kan?

tapi, masa satu saat yang telah kita ignore itu dah berlalu.

berapa banyak masa dah diambil untuk baca post ini?

dari atas sampai perkataan ni?

lebih dari satu saat kan?

berbaloi ke? sebab rasanya tak ada intipati yang diberi lagi kan?



satu saat, sangat banyak dilupakan manusia. hingga bila dikumpulkan satu saat itu memberikan kita minit.

satu minit = enam puluh saat.

dan minit berlalu membawa ke jam.

satu jam = enam puluh minit = tiga ribu enam ratus enam puluh saat.

lalu jam pun terus berlalu meninggalkan manusia yang entah untuk apa digunakan masa itu.\datanglah hari pula.

satu hari = dua puluh empat jam = seribu empat ratus empat puluh minit = lapan puluh enam ribu empat ratus saat.

tanpa kita sedar pun, esok menjelma dengan terbitnya sang suria. bila esok datang, esoknya datang lagi, seminggu telah pun berlalu. ya. seminggu.

satu minggu = 7 hari = 168 jam = 10080 minit = 604800 saat.

tapi kita sebagai manusia tak sedar, betapa pentingnya satu saat yang dibazirkan dalam hayat kita.

satu saat yang digunakan untuk memetik api, menghidupkan rokok.

tanpa kita sedar satu saat itu, membuang satu jam hidup kita. ya, hayat menjadi lebih pendek.



lain kisahnya kalau satu saat itu digunakan untuk kita berkata 'ya'. kita setuju untuk keluar berjalan-jalan dengan yang tercinta. sayang sekali, satu saat dalam hidup yang dibazirkan untuk perkara maksiat. andai saja kita tahu satu saat itu mengheret kepada berbulan-bulan lamanya maksiat, tentu kita tanpa ragu sedikitpun akan berkata 'tidak'.



apa kata satu saat itu kita gunakan untuk perkara yang lebih baik?

satu saat untuk kita menyahut panggilan ibu.

satu saat untuk kita membuka suis lampu bilik air, berwudhu, solat hajat, solat taubat, solat tasbih.

insya-Allah.

satu saat yang begini, akan membawa kita kepada berhari-hari malah bertahun ketenangan andainya kita istiqamah dengannya kan?



-------------------------------------------------------------------------





satu sen.

apa yang kita nampak pada satu sen?

tak ada beza pun di mata kita kan kalau harga barangnya RM19.99 atau RM20.00.

satu sen yang TAK BERNILAI.



kalau kita letakkan harga satu sen pada barang yang selama ini percuma, ada bezakah??

haa, banyak bezanya. betul.

kita letakkan pada kesihatan kita, pada pancaindera kita,

pada UDARA yang Allah dah beri secara percuma.

udara yang kita sedut setiap hari.



kalau kita bernafas setiap tiga saat (andaikan satu unit udara diambil bagi setiap saat)

dalam seminit = 20 unit udara = 20 sen.

seminit dalam hayat perlu dibayar 20sen.

satu jam= RM12.00

sehari =RM 288

seminggu = RM 2016.



dari saat kita dilahirkan, hingga kini, berapa banyak telah kita hutang dengan Allah?

kalau kita sudah berumur 18 tahun sekarang..



RM 288(sehari) x 365 hari setahun x 18 tahun =RM 1 892 160.



subhanallah! banyaknya yang kita hutang pada Allah andai udara itu ada nilainya.

tapi,

Allah maha pemurah.

Allah juga Ar-Rahman.

udara yang kita gunakan, hatta untuk tujuan apa sekalipun tidak Allah letakkan harganya.

sebagai hamba di muka bumi ini, harusnya kita bersyukur dengan nikmat satu saat yang diberi dan satu sen yang tidak Allah kenakan.

semoga kita menjadi dalam kalangan orang yang mahu berfikir.





*post ini hanyalah bertujuan mengajak pembaca berfikir tentang hidup dan masa yang telah kita bazirkan untuk perkara sia-sia. semoga Allah mengampunkan dosa penulis andai post ini tersasar dari matlamatnya. wallahu a'lam..

2 comments:

Raja Fiqri Fauwaz said...

demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali bagi orang-orang yang beriman dan beramal.

TiM said...

waaaaaaaaaaaaaa.

*kembang ada orang baca.
*kau memang takde keje eh baca post akuh?