Tuesday, July 26, 2011

kegagalan yang dipinta.



assalamualaikum :")

Selalu aku dengar orang merungut bila kehendaknya tak dipenuhi. Bila kegagalan yang diterima sedangkan kejayaan yang dicari. Aku pun begitu. Selalu jadi begitu. Manusia ni kadang-kadang susah benar untuk bersyukur. Sedangkan kita setiap masa pun menerima apa  yang kita mahu.

+Huh? Setiap masa?

Betul. Setiap masa pun kita dapat apa yang kita mahu. 

+Habis tu yang kegagalan semua tu pun apa yang kita nak jugak? Merepeklah kau ni.. mana ada orang nak gagal.

Tunggu dulu…  sekarang cuba kita recall apa yang kita  baca lepas solat? Kita berdoa kan? Kita baca ‘rabbana atina fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah..’ nampak tak? Kita sendiri yang mintak kepada Allah supaya kurniakan kita kebaikan di dunia dan di akhirat. Kebaikan itu sesuatu yang hanya Allah sahaja tahu.

+Kenapa kita asyik gagal je walaupun dah usaha sebaik mungkin?

Sebab kegagalan itu adalah apa yang terbaik bagi kita. Kebaikan yang macam mana hanya Allah yang tahu. Contohnya, kita gagal dalam exam besar. Kita frust sangat-sangat. Tapi kita kena sedar hidup kita ni Allah atur begitu cantik plot dia. Dalam diam kita akan sedar jugak satu hari nanti. Rupa-rupanya, dengan kita gagal tu, kita tak dapat sambung pelajaran ke luar negara. 

Dan ditakdirkan pulak kita stay dalam negara ni, di universiti tempatan pulak tu, tapi kita makin dekat dengan Allah. Sentiasa taqarrub dengan Allah. Sentiasa belajar untuk mengenali Pencipta kita. Dan secara tak langsung kita menjadi hamba yang lebih baik kepada-Nya.

+Kenapa kita selalu berada di persimpangan dalam kehidupan ini? Kenapa begitu banyak pilihan yang Allah sediakan? 

Biar soalan dijawab dengan soalan. Kenapa kita selalu takut untuk memilih sedangkan kita tahu pengakhirannya sudah Allah tentukan kan? Kenapa kita nak persoalkan ‘kalaulah…’ dan ‘kalaulah..’ setiap kali kita nak buat pilihan? Baik buruk sesuatu pilihan yang bakal kita buat tu, semuanya sudah tertulis dan semuanya Allah tahu. Kita ini hanya melalui jalan yang dah tersedia. Takdir Allah ni hebat aturannya.
Ucap Alhamdulillah sudahlah. Susah pun ucap Alhamdulillah, sekurang-kurangnya waktu susah ni kita dekat dengan Allah, ingat Allah sentiasa. Masa senang pulak Alhamdulillah jugak, sebab dengan nikmat yang Allah bagi tu kita boleh menjalani hidup kita dengan lebih baik lagi. Ibadah lebih sempurna dan berjihad fi sabilillah dengan lebih bersemangat.

PS I: emm.. Alhamdulillah dapat tembusi audition awal untuk IP (interactive peers) , dapat pulak masuk final interview untuk IP ni. Satu pesanan buat diri sendiri, Allah tahu apa yang terbaik untuk kamu.. maka kalau IP itu terbaik buat kamu, insya-Allah dapatlah. Kalau tak dapat tu, Alhamdulillah jugak, sekurang-kurangnya masalah atau halangan yang akan timbul nanti (Allah je yang tahu) dah Allah settle kan awal-awal. Comel tak takdir macam ni? Comel kan…

PS II: kepada sahabat aku yang tak dapat masuk GEM (genius event management)  walaupun dah usaha sangat luar biasa (bagi aku laaa) bersabarlah okay? Semua ni ada hikmahnya. Mana tahu kita sama-sama masuk kelab taska lepas ni.

PS III: ouh.. tak sabar nak tahu macam mana result aku untuk kelab taska dengan smiling soul. Nak jadi the next kak ayush ke? Hihi.. wallahu a’lam. Dan Allah itu maha mengetahui. Apa-apa pun, say thanks to Allah in advance. Rasa hidup sekarang lebih indah walaupun banyak susahnya.

No comments: