Saturday, December 31, 2011

ETIKA BERLAWAK MENURUT QARADHAWI





assalamualaikum  :)


Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menggariskan enam etika sebagai panduan dalam bergurau senda:







 1. Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia lain tertawa

Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia.”
(HR Ahmad dan Ad-Darimi)















2. Gurauan yang tidak menghina orang lain, melainkan diizinkan individu

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) mungkin puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka…”
(Al-Hujurat : 11)

Meniru perbuatan orang lain juga termasuk dalam perbuatan menghina.

Ummul Mukminin Aisyah r.ha meriwayatkan,
“Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)






3. Melawak dengan tidak menakutkan orang lain

Nukman bin Bashir r.a berkata,
“Sesungguhnya kami bersama Rasulullah s.a.w dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”
(Hadis Riwayat Tabrani)


4. Jangan mengambil barang kepunyaan orang lain dengan niat berlawak
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara se-Islammu dengan niat melawak ataupun dengan niat yang sebenar.”
(Hadis Riwayat Ahmad)








5. Jangan melawak di tempat yang serius dan sebaliknya

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap sah hukumnya walaupun dalam keadaan bukan serius.

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tiga perkara yang mana diambil hukumnya sama ada dalam keadaan tidak serius:
Nikah; Cerai; Membebaskan hamba.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

6. Melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

Saidina Ali bin Abu Talib r.a. berkata,
“Masukkan lawak dalam kata-kata sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”

Said bin al-As r.a pula berkata,
“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yang bodoh akan berani terhadapmu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang-orang yang hendak bermesra dan menyebabkan orang-orang yang berdamping denganmu berasa rimas.”

BATASAN JENAKA
Berlawak diharuskan dalam Islam, namun sekiranya berlebihan maka ia boleh membawa kepada haram.
Di sini kami rumuskan kepada beberapa batasan dalam melawak.

1. Lawak yang menghina sifat manusia

Kebiasaan lawak masyarakat Melayu, suka merendah-rendahkan dan menghina sifat manusia yang secara tidak langsung menghina ciptaan Allah. Antara contoh yang dapat dilihat ialah dalam penerbitan drama ‘Halimah Jongang’, ‘Fatimah Juling’ dan ‘Si Capik’. Begitu juga dengan menjadikan sifat-sifat manusia yang agak kurang sempurna sebagai ejekan seperti tempang, gemuk, hitam dan rongak.

2. Lawak Penyerupaan Jantina
Islam melarang lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya. Penyerupaan ini termasuklah seorang lelaki membuat suara wanita, memakai pakaian wanita, membuat lenggok wanita, memakai perhiasan wanita dan memakai rambut palsu.

3. Lawak yang menyentuh sentiviti agama
Lawak juga boleh menjadi medium penyampaian maklumat kepada masyarakat. Lawak yang mempertikaikan kredibiliti mufti, memperlekeh fatwa dan syariat Islam adalah dilarangdan amat berbahaya. Ia boleh menyebabkan akidah rosak kerana mempermainkan hukum agama.

4. Lawak tidak kena tempat

Dalam melawak, perlukan hikmah. Lihat pada suasana sekeliling. Sekalipun kita seorang yang ceria, sekiranya suasana tersebut memerlukan kita untuk bersedih dan bersimpati, maka kita hendaklah mengikut suasana tersebut.

sumber- kajian shbt itqan










semenjak dua menjak ni kecoh betul dgn program realiti yg berunsurkan lawak-lawak jenaka. erm.. bukannya aku tak tengok, aku pun tengok sama... tapi kan.. kadang-kadang hiburan yang kita cari tu terlampau. betul tak??

1 comment: