assalamualaikum reader(s) :`)
yelah, cukuplah sepatah dua aku berbicara hari ini. maka adalah sebenarnya *teruknya BM* hari ini, bersamaan lapan mac dua ribu sebelas, aku sudah mula bekerja di toko jamu. haha. bukanlah. bukan toko jamu kayak di indonesia ituh. bukan dong. aku sebenarnya sih kerjanya di *indon?? betulkan slang please*
wait. ehemm-ehemm. sebenarnya mulai hari ini aku tersangat berbangga *honoured gitu* sebab diberikan kepercayaan oleh pakcik md noor sekeluarga untuk menjaga kedai barangan halal mereka sepanjang mereka menunaikan ibadah umrah. *insya-Allah*
dengan gaji yang *bagi aku agak tinggi, sebab aku kerja dua minggu aje* aku pun menerima tawaran itu dengan sebulat hati dengan sebulat-bulatnya. haha. malam semalam wardah dan ibunya, isteri pakcik md noor datang ke rumah untuk meminta izin ibu. al-maklumlah, anak dara orang nak disuruh bekerja kan. mestilah minta izin mak ayahnya dulu. haha.
aku taklah melompat sebab excited dapat first job pun. aku kan ayu..CET!
ibu pun bagi saja kebenaran. sebabnya pakcik madnoor tu bukannya siapa-siapa pun, kawan ayah masa dia bekerja di TELEKOM dulu. *tapi pakcik mdnoor dah pencen awal, buat bisnes ni*. lepas wardah dan ibunya balik baru ibu berkata :
*imah, walaupun dah kerja, rumah kau juga yang jaga. sebelum pergi tu sidai kain dulu, masak nasi, lauk tengahari untuk opah, sapu kat luar, kalau pagi tak hujan siram pokok...blablabla*
hamboii, terkejut juga aku. tapi taklah kerja susah pun. biasa aje. house chores. lagipun di kedai itu taklah sesusah mana kerjanya.alhamdulillah. mungkin tak seteruk kerja kilang! tadi, angkat-angkat kotak sebab pakcik mdnoor awal-awal lagi dah pergi KL beli stok baru. kak DINA yg nanti akan look over me sepanjang dua minggu tu pula di pasar tani. jadi dari pagi hingga ke pukul empat hanya ada aku dan IKIN. si WARDAH pula ibunya dah bising tengahari itu, sebab bajunya tak dikemaskan lagi untuk umrah lusa.
masa aku pergi umrah dengan family aku tahun lepas,*masa tu summer di MEKKAH, ya ampun..faham-faham jelah. waktu zohor yang paling teruji iman aku.* tapi ada hikmahnya. baju yg aku bawa memang tak banyak, sebab i know MEKKAH and MADINAH are dry places, bukan macam malaysia. tambah-tambah bila summer.
seronok bila fikir pasal wardah yg akan menunaikan umrah sekeluarga, macam aku juga. terasa rindu dengan tanah anbiya itu. barulah aku faham kenapa orang arab jahiliyah suka berperang, *dalam buku teks kata sebab cuaca panas yang membuat mereka selalu bergaduh* dan aku sudah merasai cuaca yang paling panas itu! bayangkan bila kau berjalan kaki dari hotel ke masjidil haram, dengan angin yang bertiup membawa debu-debunya dan haba panas, dari kejauhan kau dah boleh nampak skrin di dinding luar masjidilharam menunjukkan nombor 52. maksudnya waktu itu kau sedang berjalan di bawah suhu lima puluh dua degree celcius!
ustaz kata bila balik dari umrah, tak boleh menceritakan yang buruk-buruk tentang bumi haram ini. memanglah. aku tak berniat menceritakan yang buruk. ini adalah apa yang aku lalui. memandangkan waktu itu pertama kali aku ke sana, bersama keluarga pula, cuaca sangat panas, aku memang naik angin dan melenting dengan cepat! habis jerawat naik di muka dan kulit mengelupas kerana kering *nasib baik ayah beli vaseline..thanks* tapi ayah kata muka aku berjerawat sebab tengok lelaki arab hencem-hencem. haha. mungkin betul juga. itulah perkara yang aku suka bila berjalan kaki ke masjid. CUCI MATA!
wktu malam yang seronok kalau jalan-jalan.
even lelaki yang memakai jubah, memimpin isteri dan mendukung anaknya, berjalan di dalam hiruk-pikuk kesibukan semua berkejar ke masjid pun, sempat lagi aku memuji. *subhanallah!* sepatutnya aku ni berzikir. tapi kecantikan makhluk yang Allah ciptakan, perghh, menawan hati gitu.
bahagian paling aku suka bila di masjid nabawi di madinah, ialah bila sudah selesai solat berjemaah. lepas habis solat, selalunya kami minum air zam-zam berkoyan-koyan dulu sebab cuaca panas, nanti belum sempat sampai hotel dah haus balik. haha. bila keluar saja dari pintu yang kau nampak hanyalah seramai-ramai lelaki-lelaki ganteng.. berdiri beramai-ramai. semua terjengah-jengah, menunggu dan mencari isteri masing-masing keluar juga. ouh *touchy-touchy*. bila isteri keluar bawak anak kecik-kecik, semua terus ambil anak mereka dan dukung sambil pimpin isteri jalan.
THAT'S TO ME THE TRUE MEN. *yg malaysia lack off, bukan takde, just lack off*
so,
mari P/S lgi.
P/S WARDAH: enjoy your days there okay, and tolong doakan aku sampai ke sana jugak. aku pun nak merasa keluar masjid nabawi itu, ada yang menunggu aku dengan senyuman dan memimpin aku berjalan. *gatalnya anak ibu ni*.
P/S READER(S): ouh, aku jaga muadz masa tawaf di kaabah. lepas tawaf wida', kitorang doa sama-sama kat tepi. lepas habis doa aku tanya dia apa dia doa. dia cakap:
*muadz doa dapat datang lagi. nanti muadz dah besar, muadz bawak ibu pulak, sebab ibu dah habis banyak duit bawak kita.*
terpempan aku seketika. lalu aku pula berkata:
*baiknya kau. tapi memang patut pun, lepas kau kahwin pun kau still kena dgr cakap ibu.*
muadz terus bertanya aku doa apa pulak tadi, lalu aku cakap:
*hehe, imah doa next time imah datang ni, biarlah yang doa sebelah imah masa tawaf, tunggu luar masjid, jalan balik hotel tu..suami imah pulak*
sigh, nampaknya aku isteri paling setia dan anak paling tak professional. muadz, tabik spring toing-toing sama lu.!
anak yang professional a.k.a mengenang jasa. wahhh.
siapa nak jadikan muadz adik ipar sila contact aku.
P/S AWAKah *ada ta' marbutoh, so ini muannas, maksudnya perempuan*: yelah, awak yang saya rindu sangat ni. sampai bilalah kita macam ni kan? semalam aku blogwalking, then ternampak nama kau dalam bloglist. aku try aje tekan, ingatkan kau privatekan blog kau. rupanya TAK! aku teros baca semua posts kau yg dari first kau buat sampailah post pasal keje baru kau kat kiosk TESCO tu, first salary kau yg kau belanja family makan pizza, kelam kabut kau jaga kaunter KFC masa kau freshie. ouh rindunya. sorry. sebab tak cakap depan-depan. sebab, aku malu. tapi, aku mahu.
7 comments:
best ever post!
Slm.
Wahwah Wardah pegi Umrah lusa? Mungkin kami akan berjumpa di sana.
HAHAHA.
Tell Fey I miss her will you?
XXMawaddahxx
aDiK: tenkiu. haha.
MaWaDDaH: kau pun pegi jugak? alhamdulillah. nmpknya ada juga yang reunion kat sana kan?
umrah cuti mac ni, kau, wardah, farid *kot, and falhie. semoga mndpt umrah yg mabrur. amiin.
Falhi? Tee hee :D
Timah. I passed my driving test last month :)
Good day :)
Say hi to Fey eh?
who is this anon anyway?
maaflah. salam tak boleh nk dikirim. taktau sape pengirim ni.
mawaddah eh?
bazilah and teacher zabedah are going too, klau x silap
seronok bila baca pasal org nk gi umrah, syahdu je rasa...semoga aku sampai ke sana nnti...amin~~
aminn.
*kalau iffah pegi sana, naiklah kat jabal rahmah kat arafah tu, doalah jodoh I baik2 ye. aritu pegi tak naik,, *~*. my ibu tak bagi naik. sedihhhhhh.
*tapi apa-apa pun, kat situ aku naik unta. seronokk. unta dia besar tinggi pulak tu.
bila unta tu berdiri baru terasa tinggi gila dia naik. wooo. seram.
tapi iffah naiklah. record sekali pakai video cam. rakam semua yang kau lalui. sebab bila balik nanti, mesti rasa nak tengok aje.
*sigh, missing the days there... a whole big LOTTTTT!!!
Post a Comment