Saya bangga saya anak Malaysia. |
Usia pun dah mencecah angka 25, dan sejujurnya saya tak sangka saya berpeluang menyaksikan detik bersejarah ini bagi tanah air saya bernama Malaysia.
1) Hari ini dalam sejarah, kita rakyat Malaysia telah berjaya membuktikan kita tidak akan mundur - 80.78% rakyat Malaysia keluar mengundi walau #GE14 jatuh di tengah minggu! Ada yang mengambil cuti, ada yang bergilir bertugas di tempat masing-masing.. semuanya kerana rasa sayang kepada Malaysia dan ingin laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat.
1) Hari ini dalam sejarah, kita rakyat Malaysia telah berjaya membuktikan kita tidak akan mundur - tidak terkira betapa ramainya warga Malaysia yang sanggup menghulur bantuan kewangan bagi yang kurang berkemampuan untuk pulang ke tempat mengundi. Ada yang sanggup berkongsi kereta dengan 'total strangers'. Ada yang sanggup membayar kos penghantaran kertas undi yang mahal ke Malaysia tanpa mengira sempat tiba atau tidak. Ada juga yang berkampung di lapangan terbang di luar negara kerana mahu mencari mana-mana rakyat Malaysia yang akan pulang ke Malaysia..hanya untuk mengirimkan kertas undi yang takkan sampai jika di-poskan. Juga ada antara kita yang sanggup menjadi 'runner' selepas mengundi di kawasan sendiri, secara sukarela mengutip ballot yang tiba di KLIA...semuanya kerana rasa sayang kepada Malaysia dan ingin laksanakan tanggungjawab sebagai rakyat.
Kertas undi seorang Tim yang lambat tiba .. maka simpan buat kenangan sahaja. |
1) Hari ini dalam sejarah, kita menyaksikan sebuah harapan untuk masa depan - kita berjaya melahirkan kerusi parlimen pelbagai warna. Ini adalah sesuatu yang sihat, supaya ada 'check and balance', persaingan yang lebih kuat untuk membuktikan mereka boleh menambahbaik keadaan Malaysia. Warna-warni bukan kegagalan, juga bukan kejayaan 'ultimate'. Perjalanan masih jauh, usaha harus dilipatgandakan, baik dari mereka sebagai pemimpin atau kita sebagai rakyat. Biar niat kita semuanya tulus - kerana sama-sama rasa sayang kepada Malaysia.
1) Hari ini dalam sejarah - saya menyaksikan media lebih berani dan lebih matang dalam membincangkan isu-isu seputar pilihanraya. Kita kritik mana-mana kekurangan dengan kritikan membina dan perbincangan yang harmoni, kita terima dan tolak pendapat masing-masing dengan tenang. Kita lapang dada dengan perbezaan pendapat dan sejahtera dengan kritikan kepada kita kerana kita sedar mana-mana hak itu wujud untuk dipenuhi - hak sebagai rakyat, hak sebagai pengundi.. dan hak tanah air ini supaya tidak lagi terus dimanipulasi. Semuanya kerana kita sayang kepada Malaysia.
Apa pun yang telah berlaku dan akan berlaku selepas pilihanraya ini, banyak pengajaran yang kita semua boleh kutip sebagai rakyat Malaysia. Selangkah lebih berlapang dada, selangkah lebih dewasa.
Mari kita buktikan kita cukup matang untuk berdiri sebaris walau apa pendirian kita dan pandangan politik masing-masing.
Kita terus pandang ke depan dengan visi yang jelas untuk memperjuangkan isu rakyat lebih dari emosi peribadi.
Untuk kesekian kalinya,
Perjuangan ini baru bermula.
Perjuangan ini baru bermula.
Kita semua rakyat yang sayangkan negara..
..dan kita ingin bina negara ini semula.
Ini bukan kerja solo bagi yang telah menang.
ini bukan peluang larikan diri bagi sang mantan.
ini bukan peluang larikan diri bagi sang mantan.
Untuk bina negara kita adalah kerja KITA SEMUA.
Malaysians..be proud of what we did today.
And let's continue fighting for our rights
And let's continue fighting for our rights
Ps: I want to see more women in the cabinet
(and not kabinet dapur okay .. like.. real cabinet)
Sekian muhasabah #GE14 dari anak di perantauan.
Fatimah Z. Zulqarnain.
Pelajar Perubatan Ireland.
No comments:
Post a Comment