Thursday, December 31, 2009

106-tentang haiwan itu: yu tidak berdosa!

salam.
nak show off beberapa pics yg didapati dari pelayaranku di internet.( sungguh,,aku pun tak paham)
menurut fakta (dari wikipedia) sharks atau ikan yu ada 440 species yg pernah hidup di atas muka bumi ini.
tapi sebenarnya... hanya 6 spesies sahaja yang membunuh.


menurut statistik, serangan jerung menyebabkan banyak nyawa manusia terkorban. digembar-gemburkan pula kecederaan mereka itu. contohnya:
 
 





ha..ngerikan? tapi nak dibandingkan kes-kes manusia kena serang dengan ikan yu ni, kita tengok pula ikan yu kene serang dengan manusia.











sudahlah dibunuh dengan kejam. dicampak semula ke dalam laut. bukannya dia boleh hidup semula. kasihan kan? ini baru sedikit. banyak lagi yang disorokkan manusia2 kejam ni. ikan jerung tu tak buat apa2 pun  manusia buru, kejar, cederakan dan dia mati perlahan-lahan.
setelah mengetahui fakta ini, anda berada di pihak yang mana?
haiwan itu?
manusia?

bila ditengok semula manusia ni cedera/mati akibat serangan tu berlaku di hotspot, iaitu tempat yang sdh terkenal dengan serangan. buat apa manusia itu ke sana? nak cari nahas? bila diserang, kecoh keluar paper. teruk betul. mereka yang serah diri. bukannya ikan jerung itu yang naik ke darat dan kejar mereka sebab lapar. berbeza dengan manusia yang terus turun ke laut dalam dengan senjata. mengenakan bangkai ikan yang berdarah untuk menarik perhatian haiwan tak berakal ini. lalu dipotong siripnya dan the rest of its body dicampak semula ke dalam air. tenggelam ke dasar.  sirip yang dah banyak dikumpul itu dipandang gembira denagn senyuman terleret di bibir. SENYUMAN KEPUASAN.

sirip yang dipotong itu dihidangkan pula dengan harga yang mahal. sebagai hidangan suka-suka. kononnya dapat elak penyakit. FYI, ikan jerung pun tidak imun pada penyakit. malahan, ia mudah mati bila diserang jerung lain dan kanser.

sedihkah? tak puas hatikah?
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN


105- palestin itu jauh dari kita

(dipetik dari sebuah website. famous juga sajak ini)



Pada kita derita itu

pada gagalnya peperiksaan

laparnya perut pada makanan

putusnya cinta pada kekasih pujaan

jauhnya ibu ayah dari dakapan

juga habisnya duit dalam bekalan






Pada mereka derita itu

Apabila rumah kediaman digesel trak

Harta benda serba serbi dirompak

maruah keluarga dipijak-pijak

anak bini dicincang oleh manusia tak berotak

tanah air Islam diinjak-injak




irama kita

adalah suara siti yang merdu

atau muzik rock yang bingit melegakan

atau suara nasyid yang mendayu-dayu




irama mereka

bulddozer yang menghiasi setiap pagi

ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi

Bom yang tak pernah sunyi berbunyi




sungguh sukar kita berada di tempat mereka

kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka




berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara

berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya




tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian

putusnya cinta atau geramnya pada manusia

tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah

kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan




Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta

Pada kekayaan melimpa ruah

pada umur yang panjang

agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan




Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…

pada syahid tanpa henti

pada perjumpaan teragung

dengan Ilahi tercinta…







Siapakah kita berbanding mereka?
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN


Wednesday, December 30, 2009

103- anda gagal bila berubah?

salam.
tadi saya  dgr kat IKIM.fm. haa ( promote2 )
perubahan topiknya.
perasan atau tak ( harap2 perasanlah) bila kita berazam untuk berubah dan dah berubah pun, kita tak dapat apa  yang kita dah cita-citakan.
ada sebabnya kita tak dapat apa yang kita nak. adakah ini sebab2nya? jom tengok.

1- taat pada pemimpin
   janganlah kita tahu nak ikut kepala sendiri je. bila kita taat pada pemimpin, kita akan tanam dalam diri kita perasaan untuk menghormati orang lain. mungkin juga kita mendidik diri kita untuk menerima pendapat orang. bertindak mengikut arahan! ye. betul tu. jadi, mulai hari ini, marilah ikut cakap pemimpin. kalau tidak setuju, utarakan sebabnya. mungkin anda sebenarnya mempunyai idea yang lebih bernas. beranikan diri untuk bersuara. tapi, agak-agaklah. ada juga yang mengatakan kita boleh melihat tahap ilmu seseorang itu melalui perbicaraannya. jika dia kasar dan tidak beradab..(mungkin) dia kurang ilmu agamanya, ilmu dunianya. cuba kita tengok ulamak2, cara mereka berkata-kata..sejuk je telingakan?



2- perasaan tidak sabar.
 perasan tak, kadang2 bila kita berubah, kita selalu kecundang. gagal di tengah jalan. kenapa ya? jawapannya ialah sebab kita tak sabar nak lihat hasilnya. bila kita dah berubah, kita jadi berkira. setiap hari kita kira.
" hari ini dah masuk hari kedua-puloh aku berubah"
ha. lebih kurang macam tulah. bila kita berkira, sedangkan perubahan itu memakan masa yang lama, kita mula kecewa.
'eh, macamsia-sia je aku berubah. takde  mende pun!'
ha. ingat tak ayat ini. mesti kita pernah terdetikkan? jadi, untuk berubah, kita perlu sabar.


3- outside in.
selalunya kita dengar inside out. iaitu merujuk kepada perasaan kita sendiri. determination untuk berubah ke arah lebih baik.kali ini, diketengahkan juga outside in. iaitu merujuk kepada dorongan dari pihak luar. motivasi, galakan, sokongan moral, dorongan yang padu. barulah bersemangat nak berubah. untuk menjana perubahan yang lebih bagus, kita kenalah rangsang perubahan itu. contohnya: tahun ini aku berazam nak siapkan semua kerja sekolah. taknak tiru-tiru orang lagi. bila kita dah setkan macam itu, kita puji diri sendiri.(kalau takde orang nk puji, terpaksalah buat sendiri) .
"baguslah aku harini. homework siap. esok kena pertingkatkan lagi"
ha. macam tulah. beri penghargaan pada diri sendiri, hatta sebiji gula-gula. biar diri kita selalu rasa dihargai. selalu ada yang sayang. tak gitu?

4-positif selalu.
bila kita nak join sesuatu program, kita kene senyum. kalau ada masalah besar sekalipun, paksakan diri untuk senyum. sebab bila kita ubah physiology kita (fizikal) ia mempengaruhi kita punya emotion (emosi).
ingat tak. IQ, EQ,SQ semua tu. intelligence quotient, emotional quotient dan spiritual quotient. semuanya bersangkutan. ada kajian yang dibuat di barat. dua orang gila diletakkan dalam program pemulihan. sorang di lekatkan mulutnya berbentuk senyum. sorang lagi dibentukkan mulutnya masam. bila dibuat pemerhatian setelah beberapa program dijalankan, orang gila yang senyum tu (w/pon dipaksa) telah kurang sikit kegilaannya. saya sendiri tak faham macam mana kegilaan itu diukur. wallahualam. apa-apa pun memang obvious. pernah sekali tu, sebelum program bermula, saya ada masalah sikit. jadi, muka tak cerialah. mimik muka masa tu memang mempengaruhi. sebab orang buat lawak masa program tu pun tak rasa nak gelak w/pon semua orang gelak. rasa tak bermaya. sugul je. tapi, bila senyum, even orang marah saya pun boleh rasa nak gelak. (gila ke?) tapi betul, farzana cakap, kalau orang marah gelak je. tapi agak2lah.


5- kekuatan agama.
disebut juga masa segmen tu, kita perlu tingkatkan spiritual quotient. pernah tak kita merasa kosong? pernah tak nampak seseorang yang pada lahiriahnya alim, tapi bila didekati ternyata dia biasa-biasa saja. pernah tak kita dah beribadah tapi pada masa yang sama, kita rasa kosong. (saya pernah. betul.) sebenarnya kalau itu terjadi, kita tidak ikhlas pada dasarnya. tidak betul2 menyerah pada ilahi. tidak redha dengan apa yang kita lalui. tidak ada sabar dalam diri. yang pentingnya, kita beribadah dengan harapan orang perasan kita beribadah. ( nauzubillah minzalik ). perasaan atau keinginan ini harusnya dibendung. kalau tak melarat. macam air yang dituang atas kertas. lama-lama menyerap juga ke dalam ( saya pun tak faham.) but the point is, tingkatkan ilmu agama kita. tingkatkan iman di dada. ikhlaskan hati sebaik mungkin bila beribadah dan buat baik. jangan berkira dengan Allah. usah peduli apa yang manusia fikir tentang kita. biarlah kita dibenci berubu manusia, asalkan Allah redha hidup kita. Allah sayang kita. kita bekerja dan berkhidmat di jalan Allah. ( insya-Allah, hidup tenang.) dan perubahan ke arah lebih baik itu, berjaya membuahkan hasil.


ha. setelah dibaca, apa yang anda rasa? 2010 titik permulaan yang segar ( a fresh start lah. nak buat BM pun susah). rata-rata saya baca dari blog rakan-rakan semua nak jadi serius untuk thn depan. nak belajar sungguh-sungguh. taknak main-main. (termasuklah yang tukang taip ni). jadi, kita mulakan dengan perlahan-lahan. jangan terus sekali harung. nanti tak terlarat pulak. buat sedikit sedikit. sabar dan tenang. okie?


let's give ourselves some space.
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN

102-BAJU SEKOLAH DAH SIAP!!!

salam.
semalam ibuku dan ayahku keluar.
katanye nak ke KL sbb nk dftr opah utk umrah.
alhamdulillah, tahun depan seminggu sblom cuti sekolah aku berangkat ke sana.
tapi singgah jordan dulu ye.
nk tengok laut mati,

anyway, ibu singgah KM plaza amik baju skola.
bawak balik.
bagi aku.
aku bukak plastik tu and aku terkejot!!

"NAPE KALER DIE MACAM NI?"

ayah cakap: haa.. kan! ayah rase macam pekat sikit? btol tak?
aku cakap: asal pekat sangat ni. pepel dia dah salah.
mak aku cakap: okay lah tu. lame2 esok, pudarlah.

WEH. BERASAP WEH.
tudung dia aku beli kain sendiri.
tunjuk kat acik tukang jahit tu.
dia kate kain dia pekat sikit je dari tudung aku.
aku pun, okay je la. aku xpect sikit je beza.
ini bila dah siap. macam tudung aku tu tudung lame plak.
as if tudung aku yg dah kepam.
baju pekat semedang, tudung cair.
aduh., sabar je la.

tapi takpe, aku nk msok skola gak.
aku tak sabar nak tahu sape classmate aku yg baru,
takde la aku expect dpt msok klas bintang.
w/pon ecah kate konfem aku masuk sbb KDT aku ok.
lantak la. tak kisah.
tgk jodoh la.
tapi aku still nk classmate mse 4 isl dulu.
dorang paham perangai aku. haha.

i miss 4islah,
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN

101- big apple.

salam.
semalam kami sekeluarga makan big apple donuts.
sape tak tahu big apple tu ape?
eh. bukan new york la.
big apple donuts ni ala2 macam dunkins tu.(btol ke eja?)



ini logo dia. pernah nampak?


mase aku nak makan ( mse tu kol 10.30 sbb baru blik tusen fizik.)
ibu tiba-tiba bersuara.: ibu baru perasanlah. big apple ni ada tanda halal tak?
aku plak: ala.a.. adelah kot.
ecah nyampuk: macam takde je. kat brosur dia takde pon.
anis cakap: kan orang melayu yg buat kat JJ tu.
ayah sambung: a'ah. tapi. sedangkan benda yg ada tanda halal pun sbnrnye tak halal, ini pulak yang takde.

aku sudah kusut. donut ni aku tak sentuh lagi.
nak makan ke tak?
nak makan ke tak?

last-last aku makan jugak! apeda..



variety of choices. tapi aku suke ALIEN.

tapi selepas itu, aku melayari internet.( cet, melayu sungguh.)
aku taip la  big apple.
then, kuarlah page dia. macam inilah.
try ar bukak kalu tak caye.
aku tgk tagline dia pun dah seram

big apple donuts
"now you know what angels eat"

weh. setahu aku malaikat tak makan, minum.
pastu aku mengendahkan segala iklan pasal low-calories la,
less sugar la, totally vegetarian la.
aku scroll page tu ke bwah.
ha!!!
dah jumpa..
logo halal.

tapikan.. semacam je halal dia.
kecik je kat bawah tu.
tapi, through my observation dia tulis kat situ
makanan halal.
korang tgk ar jugak.
zoom in, btol tak ape aku nmpk.


then aku klik kat big apple.
tertulis kat situ sejarahnya.

"the entreptreneurs aimed to change the local perception that the donut was just a donut. with their collective experience in food and beverages industry, they developed a unique dough mix and a delightful range of donuts at the lowest calorie scale possible"

ini articlenye. kalau korang perasan pemcipta donut ni pakar dlm bidang "food and beverages".
agak2, air apelah yg dia letak dalam donut tu. takde plak aku rase oren ke, strawberry ke.
entahla. wallahualam. maybe dia refer pada minuman yg disediakan kat kedai itu.

tapikan, aku tetap pelik.
kat web nih langsung tk mention ttg owner big apple.
yg die kate big apple ni dh msok dlm big apple interasia sdn bhd.
itu sja. byk gak untung diakan?
lebih dari 30 stores in a year.
and more than a store opened within a month.
kalau ada sesape yg tau psl big apple ni tolong gtau aku.
ape2 pun..
keselamatn sejagat harus diutamakan..
ceh.



poyo,
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN

Monday, December 28, 2009

homed at 11.30p.m

smpi umah smlm.
penat.
tapi best tgk abg BOB btunang.
abg bob bagik hantaran 9 dulang je.
tapi dibalas sebanayk 30 oleh pihak perempuan.

weh. tiga puloh tau.
gile tak.
aku pun naik pening camne nak angkut sume hantaran tu.
cet. last2 kete kitorang (NAZA RIA) jadik kete hantaran.



hahhahahahahha.
gamba tu nnti jelah
aku tgh tggu baju skolah ni.

Tuesday, December 22, 2009

and i laugh..

salam.

here are some hilarious and weird quotes i've never heard before and it makes me laugh..out loud.

"Friendship is like peeing on yourself: everyone can see it, but only you get the warm feeling that it brings."what was that?PEEING ON MYSELF? not in another zillion years.


"Time is a great teacher, but unfortunately it kills all its pupils ... - Louis Hector Berlioz "agreed with that one.

"Never take life seriously. Nobody gets out alive anyway."
yeah. i just figure that out anyway


"There are no stupid questions, just stupid people."
i knew it then!


"When I die, I want to go peacefully like my Grandfather did, in his sleep -- not screaming, like the passengers in his car."
my dad also love steering his car with eyes closed.


Last night I lay in bed looking up at the stars in the sky and I thought to myself, where the heck is the ceiling.


You tried your best and you failed miserably. The lesson is 'never try'. -Homer Simpson
good one. i'll learn from it somehow


I told the doctor I broke my leg in two places. He told me to quit going to those places. - Henny Youngman
i thought docs should be genius.


When I was kidnapped, my parents snapped into action. They rented out my room.
poor you!

Everybody wants to go to heaven; but nobody wants to die
ermm,, i guess u're right.

Worst excuse for not turning in homework: I couldn't find anyone to copy it from
and the teacher slap you in ur face.



thats all folks!
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN

and i was like: " WHAT?!"

salam.


kpd batch seangkatan dgn saya.


thn hdpn kita akan mengalami pembahagian semula kelas.


which is tak melibatkan kelas ihsan sbb diorg still msk 5 ihsan gak kan.,

aku akan tgk list2 nme utk sume klas.


klu rajin, aku taip balik nnti.
tapi tak janji.


wahaaa.. excited+nervous+confused
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN

Monday, December 21, 2009

b.o.i.k.o.t

Isyhh!! Geram gila dengan Yahudi-Yahudi di negara Israel sana. Dahlah jajah negara orang lepastu membunuh sesuka hati pulak!! Saya tahu semua umat Islam di seluruh dunia pasti geram dan marah terhadap tindakan Laknatullah ini. Jadi apa kata kita ramai-ramai lumpuhkan perniagaan diorang? Best!! Padan muka diorang tak ada duit nak beli peluru nak bunuh rakyat Palestin di sana. Jom ramai-ramai boikot barangan anjing-anjing amerika ini!! Mungkin kita tak mampu nak pergi ke sana dan sama-sama berjuang tetapi ini sajalah yang mampu kita lakukan. Allahuakbar!!!


1-Coca Cola

2-Colgate

3-Starbucks

4-McDonald

6-Barangan Nestle

5-KFC

7-Kotex

8-Pepsi

9-Sunkist

10-IBM

11-Maggi

12-Danone

13-Disney

14-Huggies

15-Intel

16-Carrefour

17-KitKat

18-Levi’s

19-BOSS

20-Nokia

21-Marks&Spencer

22-Barangan Arsenal

23-KRAFT

24-CNN

25-Star World

26- 20Century Fox

27-Ralph Lauren

28-Akhbar The Sun

29-Revlon

30-Johnson n Johnson

31-Kimberly Clark

32-Kiwi

33-Kleenex

34-Calvin Klien

35-Garnier

36-National Geographic

37-Redken

38-Maybeline

39-Sprite

40-Tommy Hilfiger

41-L’OREAL

42-Sanex

43-Gossard

44-GIORGIO ARMANI

45-GAP

46-Sara Lee

47-PEPSICO

48-ICQ
(Pepsi, Quacker oat)

49-Sky

50-Fruitopia

51-TIME

52-Paul’s

53-Sdiweppes

54-Donna Karan (DKNY)

55-Libby’s

56-Fanta

57- Ambipure

```````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````
byk tak? erm. mmg byk. cube korang kire plak bpe yg ade kat ats ni yg korang pernah atau sedang gune. mmglah kaya si yahudi2 laknatullah tu kan?
jadi, berjanjilah dgn ALLAH yg korang akan cuba untuk mengelakkan sume produk2 ni.


janji,k?
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN

Sunday, December 20, 2009

183 club?

salam.
wah.
korang pun tahu aku nih begitu obses dgn angka satu, lapan dan tiga.
hah!

tgk nih.




ini adlh satu kump yg menyanyi dan menari dan berlakon.
diorg dari hongkong.
and somehow, i dont know why, nme kump diorg 183club.

haha.


oh ye. 2 dari kiri tu nme die mingdao.
tu je yg aku knl.


nothing much.




yg.merapu
FaTiMaHZaHRa'

look what i found!!

salam.
haha.


baru je lps breakfast tadi aku kemas2 almari buku aku.
byk sgt brg2 yg nk dialih2kan.
brg2 mse kakyong SPM dolu2 pun tak buang lagik.
so, aku kemaskan almari aku
(yg dulunya almari kakyong which means almari ini utk budak EXAM!!)

then i found this!







ha....
bagus tak.
ye sgt-sgt-sgt bagus.
jadi, aku nk mengira2 demerit aku thn nih.
wa.
tau tak bape score aku klu btul2 demerit dilaksanakan?

ha.



-75.



ye.
markah terbaik.
ni sume sbb aku ade buat la kan kslhn common yg students2 buat,
korang pun phm kan?
bagus2.

tpi mungkin lebih lagi negatif markah tu.
aku agak2 je.


so,good luck in "trying-to-change" next year!
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN

Saturday, December 19, 2009

i.hate.shoes

salam.
wah, bucuk2 blog nih dah lame ya tak bukak.
alolololo,sayang die ya.

CET! itu bukannya yg aku nk cerita sebenarnya.
oh man. tadi pergi jj la. sbb si intan payung umah ni, kakyong, nk gi sane.
oh yes-yes-yes. kakyong balik umah lagi minggu nih.
tula pasalnya. sape suroh msuk USIM.
sekangkang je dari umah. haha. hiperbola seyh.
ok2. back to the subject.
tadi, ayah suruh beli kasut sekolah.
alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
aku paling nyampah beli kasut.
betul. lagi2 kat seremban nih.
arghh. benci.

ni sume sbb aku ade masalah saiz.
takcaye??
weyh betul weyh.
aku pun tatau la aku ni nape kaki panjang skit.
akak aku 8, ecah pun 8.
standard ar kan pompuan kaki saiz 7,8 tu.
but me... hell no la!
aduh segan lak nk citer.


akhirnya aku amik gak satu pasang ni.
ala. aku nih mmg la nk croc je memanjang.
tapi sayang, takde rezeki la weyh.
saiz aku kat JJ utk croc dah abis.
hanis dpt alain delon. mangkuk tul.
ecah plak croc. sioTTTTT.

aku?? weyh takbest la skolakan.
aku pakai BATA tau thn ni.
takpela.
aku tak kisah sgt pun. takde la aku nk guling2 tanak gi skola sbb kasut aku kasut BATA.
hoh. so-not-me!!

jadi aku amik satu psg tu. sng je aku cari kasut aku kat BATA.

aku: akak, boleh tunjuk tak kasut saiz 'tuuuutt' kaler itam?
akakBATA: OUH. yg ni ngan yg ni je dik!
aku: ok la. saye amik yg ni.





ha! senang tak. SAIZ SEPOLOH!
tapi sungguh aku tak puas ati arini.
kakyong beli kasut lagi. baru je 2 bulan lepas die beli.
weyh melampau wey.
mentang2 ibu syg lebih, huh!
kakyong FINALLY beli kasut tinggi.
itupun aku suruh gak.
sbb aku tension ar org asyik ckp die adik, aku akak.
phm2 je la. aku kan tinggi 'sikit' dari die. haha.
kakyong beli kasut wedges yg aku idam2kan.
omg. ade je wedges saiz sepoloh. dah ok dah.
tapi kakyong tak puas ati lak.
ayah pun tak bagi beli.

ayah and kakyong said: wey. imah ko dah tinggi dah. takpayah la kasut tumit2 nih.

aku sadis betul la bila aku nk org tak bagi.
agaknye aku kawen nnti kan aku pakai kasut NIKE je. haha.
siot tak.
baju long-dress jubah kaler putih pastu pakai NIKE.
walamak. konfem org dtg majlis aku nk amik gambo kaki je.


haha.


but still; aku syukur la gak ade kasut. drpd aku kne pki ksut th lps. tak sanggup. kasut tu ade pengalamn buruk. aku terseliuh weyh sbb kasut tu.
sape ajar suruh skipping mase waktu PJ pki baju kurung pastu pki kasut heels?

mmg sah sgt-sgt-sgt salah aku kan?
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN

Friday, December 18, 2009

alamak!!! KASEH-ku

aduh. sedihnya.
bantulah aku sahabat2.
kem KASEH yg aku nk sgt pergi tu..
mcm tak dpt je.
aduh, kenapa mcm ni?

mungkin slh aku gak.
sbb tggh2 nk call number yg ditulis tu.
O Allah, i need it now.
aku nk sgt-sgt-sgt-sgt pergi.

ayah said: kalau kau nk sgt pergi, tepon sendiri.

and i need my courage to do so, ayah!
argh, baru je call tadi, but no one pick up.
2-2 aku call.
cik majdiah and ust. reha.
nape 2-2 tak angkat???

sedih-sedih..
aku dh ade smgt dah ni.
sudah ku kumpulkan keberanian aku.
oh my..
kecewa la.


mintak2 still ade tmpt kosong.
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN

Thursday, December 17, 2009

doa akhir tahun

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

puteriku sayang

Puteriku Sayang
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com



Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati


lembut? tak lah. jauh panggang dari api. si fatimah sorang ni rsenye tak pernah dgr org ckp die lembut. erh.. ape lagi muslimah2 gitu. ouh.. jauh lagi tu. suami? insyaAllah. cet! gatal betul la.

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri


hati yg takut pada ilahi? tapi still, aku byk berdosa dlm hidup aku. sgt2 banyak.
kalau nk kira sume pasir di pantai2 di seluruh dunia nih pun tak boleh menyaingi byknye dosa aku. ya-Allah, ampunilah hamba-mu ini. insya-Allah pengabdian diriku akan teguh selalu. mohon hidayah-Mu.


Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri


malu? haha. nak tau rahsia tak? aku sbnrnye segan nk ckp ngan lelaki nih. huih. betul! sbb tulah kalau aku ckp ngan muslimin aku mesti takleh nk ayu2 gitu. aku lbh prefer berkasar. eih.. taksuke la ayu2 dpn lelaki nih. menyerah diri? nauzubillah minzalik. mintak jauh sgt2. hanya kpd Allah aku menyerah diri. tidak pada manusia2.

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


tegas? erm.. bolehla. tapi still, aku boleh gak mengalir-ngalir airmata nih. betul! kalau pasal family, kawan rapat, taubat, teguran. ha. nangisla kot. betul.this fatimah DO cry.haha. tpi bkn depan orang eh! sorry sikit. kalau ade ternampak aku menangis tu, rezeki korang jela!


and so..
FaTiMaHZaHRa'

indahnya hidup bersyariat.




i also personally recommended this book.
terjumpa kat library umah ni.
best2.
sume aspek ade.
tapi teka ar ape aku bace dulu.
hah. pasal kahwin la.. tak caye??




haaaa.. kan ade tu..
takde la.
aku cari psl cerai-berai ngan poligami nih.
juga kenapa Allah syariatkan pernikahan.
sume ade kat dlm nih.
psl remaja.
pasal urusan harian.
doa-doa.
syariat kelahiran.
pendidikan awal kanak-kanak.

sume pasal hidup yg bersyariat la.
so..
i personally recommend this book
utk buat hantaran pun ok kot!

harga kat semenanjung: RM55.00
kat sabah&sarawak: RM57.00

penulis: dato' ismail kamus & mohd azrul azlen ab. hamid


so, bacalah buku ini.


sbb indahnya hidup bersyariat
FaTiMaHZaHRa'

Tuesday, December 15, 2009

read this.




and it DOES help me. i think?! well, no need for the techniques and theories now. i'm totally not involved in any physical or emotional contact with the opposite gender. so reading this book means no harm. just about how this john gray live his life.


thought i need no man in my life? for now..
FaTiMaHZaHRa'

Saturday, December 12, 2009

call me Doc. soon!




marilah bersama-sama kita jadi doktor.
sbnrnye kat malaysia nih ketandusan doktor.
eventhough aku sbnrnye tak ske keje doc nih sbb kne on-call je memanjang..
aku dh ltkkan option tu yg teratas dlm list ambition aku.
sbb ayah nk sgt ade anak ayah jadi doc, and aku seems good in my bio aritu, so, ayah terus suruh jadi doc and apply utk dublin nnti.
jadi, aku memilih utk masuk ke sini..

Royal College of Surgeons, Ireland.

haha
mesti best.
sbb klu aku amik medic je ibu bnrkan aku study overseas.
and so, aku trus agree.
w/pon tak terbayang idop aku nnti.
tgh tido sdp2 tetiba je kene gerak gi ospital.
waahh.. poyo gitu.
tapi mmg aku sndiri tak selesa bila specialist yg kite nk jumpe tu laki.
and die pegang2 plak tu.
argh.. baik aku sndiri ubati sakit aku. kan??
jomlah jdi doctor ramai2.
lps 2 thn keje ospital kerajaan, kita masuk la KPJ ke.. Columbia Asia ke..
seronok2...

wanita: hiasan dunia

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya
“Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya, setelah mencari-cari, dia menemui jawapannya.
Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

------------------------------------------------------------------------------------

and so, the story ends.
actually, this one was copied from my dearest teah's blog.. haha.
credit to siti fatihah.
good job though!

P/s: promote lagu nih. de'hearty- wanita
i've heard this song pagi tadi. kakyong bluetooth ngan kwn die kat USIM. so, kindly carilah lagu ni sbb lagu ini seronok sekali. yg lelaki takyah la nk dgr plak. nnti terasa plak.

i miss my schooldays..
FaTiMaHZaHRa'

Thursday, December 10, 2009

ibu, yusri rindu ibu!

kisah ini aku copy dari www.iluvislam.com
sejujurnya, sedih jugak. oleh kerana aku mmg jenis yg tak lyn sgt sajak2 nih, aku copy artikel atau cerpen saja. selamat melayan..



20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.

Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;

'Mama, mama!'

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."

Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama nak!


--------------------------------------------------------------------------------


Semoga menjadi pelajaran bagi kita semua. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.

Tuesday, December 1, 2009

facebook: adakah anda pemusnah islam?

facebook.aku mnjadi pelik bile smkn ramai org mggunakan rangkaian sosial ni. aku rse mcm ade terbaca atau terdengar dlm ceramah2 yg pnh au attend ttg betapa berkaitnya facebook nih dgn yahudi. jadi aku merajinkan diri aku mmbuka wikipedia dan wat research ttg facebook.

yeah.inilah yg keluar.

Facebook merupakan sebuah tapak web rangkaian sosial yang membenarkan orang untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dan saling bertukar maklumat. Facebook diasaskan pada 4 Februari 2004 oleh Mark Zuckerberg, seorang bekas ahli kelas Harvard tahun 2006 dan seorang bekas pelajar Ardsley High School. Mula-mulanya keahlian hanya dibuka kepada para mahasiswa Kolej Harvard. Selepas itu rangkaian sosial ini berkembang ke sekolah-sekolah kawasan Boston yang lain

kalau korang perasan la kan,founder die mark zuckerberg.
jadi aku menaip namanya pula di google.

keluarlah artikel ttg biodata dia. ttg aset yg dh mncecah US$ 1.5 billion dah mcm2 lagi. aku mula mencari ttg kepercayaan die. dlm wikipedia tulis dia nih ATHEIS. huh? tak percaya tuhan ke? tapi bila aku scroll ke bawah, artikel psl dia nih termasuk dlm label yahudi amerika. eih? pelik nih.

aku mula berasa yakin ttg peganganku. aku tahu aku benar dlm mghalang kegiatan ni. jadi aku membuka pula majalah anis yg mak aku beli. aku mula mncari apa yg aku nk cari. konfem! aku mmg ada terbaca ttg facebook sblom nih.
cuma aku kesal. kalau dlm mjlh dah start keluar psl facebook knpe takde umat islam yg mengedarkan fakta nih.

aku kecewa bila insan yg sebaris denganku tumbang dalam jihadnya.
kata mereka: " alahai, bukannye ada beza pun. aku buat ke, tak buat ke, dh berbillion org kat facebook la"

aku tak nafikan. mmg betul apa yg dia ckp. tapi dlm billion2 tu, dah brapa ramai org islam yg join dan fikirkan pkara yg sme. bknnye aku ckp bnde nih sbb aku jeles ke ape.
eh..tolong sikit eh!! aku byk keje lain. tolonglah. kalau korang pakai facebook, for the sake of islam pleaselah delete account korang. facebook dpt duit byk kalau korang pakai tau tak. dlm tempoh tertentu, contohnya 5 mins la kan, duit maybe masok beberapa ringgit dlm akaun diorg. tu baru view 5 mins. aku tau la skali bukak takde 5 minit de. dgn nk view org len punye page la, nk komen la, nk add2 org la, nk itu, nak ini, mau 3 jam kan??
aku tau la maybe takde beza pun bagi korang. tapi tak takut ke duit yg dia dpt tu sdh pasti digunakan untuk mjatuhkan umat islam ni ha. bila gaza kene attack dulu, baru sedih2 bagai, derma itu ini, boikot sana boikot sini, tapi dlm masa yg sme korang msh menderma pada akaun si yahudi. apa nih? aku tak faham.

skang nih PM sibuk kuarkan statement kat paper yg facebook nih bagus utk mdekati rakyat. skang nih wartawan kat astro awani pun pakai facebook utk contact ngan penonton? what the heck man! aku mmg dah tak tahan lagi. kat umah aku pun sume sibk nk saling meng'add' satu sme lain padahal bilik sebelah2 je, duduk satu umah. apa ke jadah nya korang nih?


pleaselah. aku cuma takut org yg di attack nnti ialah umat islam. kita bersubahat! kita bunuh saudara kita sendiri. kita yg isi peluru2 dlm senapang2 si yahudi. kita yg buta selama ni. tu baru kat dunia. macamana kat akhirat, saudara kita yg sibuk berjuang, jihad di jaln allah, syahid! mereka akan menuntut hak mereka di depan Allah nnti. apa yg kita nk jawab di depan Allah. masa tu mulut dah terkunci. takde alasan lagi. siapa yg nk backup kita masa tu. mmg tak layak nk dibackup pun. sbb mmg slah kita.

ps: harap siapa yg baca nih tlg sebar2kan. kalau mesej berantai pasal account yahoo nk kene delete tu rajin pulak korang forwardkan. skang, regarding maruah islam. anda pembelot ke pejuang?


maka menitislah airmata ini andai kita sbnrnya pembunuh.
FaTiMaH ZaHRa'ZuLQaRNaiN