salam.
tadi saya dgr kat IKIM.fm. haa ( promote2 )
perubahan topiknya.
perasan atau tak ( harap2 perasanlah) bila kita berazam untuk berubah dan dah berubah pun, kita tak dapat apa yang kita dah cita-citakan.
ada sebabnya kita tak dapat apa yang kita nak. adakah ini sebab2nya? jom tengok.
1- taat pada pemimpin
janganlah kita tahu nak ikut kepala sendiri je. bila kita taat pada pemimpin, kita akan tanam dalam diri kita perasaan untuk menghormati orang lain. mungkin juga kita mendidik diri kita untuk menerima pendapat orang. bertindak mengikut arahan! ye. betul tu. jadi, mulai hari ini, marilah ikut cakap pemimpin. kalau tidak setuju, utarakan sebabnya. mungkin anda sebenarnya mempunyai idea yang lebih bernas. beranikan diri untuk bersuara. tapi, agak-agaklah. ada juga yang mengatakan kita boleh melihat tahap ilmu seseorang itu melalui perbicaraannya. jika dia kasar dan tidak beradab..(mungkin) dia kurang ilmu agamanya, ilmu dunianya. cuba kita tengok ulamak2, cara mereka berkata-kata..sejuk je telingakan?
2- perasaan tidak sabar.
perasan tak, kadang2 bila kita berubah, kita selalu kecundang. gagal di tengah jalan. kenapa ya? jawapannya ialah sebab kita tak sabar nak lihat hasilnya. bila kita dah berubah, kita jadi berkira. setiap hari kita kira.
" hari ini dah masuk hari kedua-puloh aku berubah"
ha. lebih kurang macam tulah. bila kita berkira, sedangkan perubahan itu memakan masa yang lama, kita mula kecewa.
'eh, macamsia-sia je aku berubah. takde mende pun!'
ha. ingat tak ayat ini. mesti kita pernah terdetikkan? jadi, untuk berubah, kita perlu sabar.
3- outside in.
selalunya kita dengar inside out. iaitu merujuk kepada perasaan kita sendiri. determination untuk berubah ke arah lebih baik.kali ini, diketengahkan juga outside in. iaitu merujuk kepada dorongan dari pihak luar. motivasi, galakan, sokongan moral, dorongan yang padu. barulah bersemangat nak berubah. untuk menjana perubahan yang lebih bagus, kita kenalah rangsang perubahan itu. contohnya: tahun ini aku berazam nak siapkan semua kerja sekolah. taknak tiru-tiru orang lagi. bila kita dah setkan macam itu, kita puji diri sendiri.(kalau takde orang nk puji, terpaksalah buat sendiri) .
"baguslah aku harini. homework siap. esok kena pertingkatkan lagi"
ha. macam tulah. beri penghargaan pada diri sendiri, hatta sebiji gula-gula. biar diri kita selalu rasa dihargai. selalu ada yang sayang. tak gitu?
4-positif selalu.
bila kita nak join sesuatu program, kita kene senyum. kalau ada masalah besar sekalipun, paksakan diri untuk senyum. sebab bila kita ubah physiology kita (fizikal) ia mempengaruhi kita punya emotion (emosi).
ingat tak. IQ, EQ,SQ semua tu. intelligence quotient, emotional quotient dan spiritual quotient. semuanya bersangkutan. ada kajian yang dibuat di barat. dua orang gila diletakkan dalam program pemulihan. sorang di lekatkan mulutnya berbentuk senyum. sorang lagi dibentukkan mulutnya masam. bila dibuat pemerhatian setelah beberapa program dijalankan, orang gila yang senyum tu (w/pon dipaksa) telah kurang sikit kegilaannya. saya sendiri tak faham macam mana kegilaan itu diukur. wallahualam. apa-apa pun memang obvious. pernah sekali tu, sebelum program bermula, saya ada masalah sikit. jadi, muka tak cerialah. mimik muka masa tu memang mempengaruhi. sebab orang buat lawak masa program tu pun tak rasa nak gelak w/pon semua orang gelak. rasa tak bermaya. sugul je. tapi, bila senyum, even orang marah saya pun boleh rasa nak gelak. (gila ke?) tapi betul, farzana cakap, kalau orang marah gelak je. tapi agak2lah.
5- kekuatan agama.
disebut juga masa segmen tu, kita perlu tingkatkan spiritual quotient. pernah tak kita merasa kosong? pernah tak nampak seseorang yang pada lahiriahnya alim, tapi bila didekati ternyata dia biasa-biasa saja. pernah tak kita dah beribadah tapi pada masa yang sama, kita rasa kosong. (saya pernah. betul.) sebenarnya kalau itu terjadi, kita tidak ikhlas pada dasarnya. tidak betul2 menyerah pada ilahi. tidak redha dengan apa yang kita lalui. tidak ada sabar dalam diri. yang pentingnya, kita beribadah dengan harapan orang perasan kita beribadah. ( nauzubillah minzalik ). perasaan atau keinginan ini harusnya dibendung. kalau tak melarat. macam air yang dituang atas kertas. lama-lama menyerap juga ke dalam ( saya pun tak faham.) but the point is, tingkatkan ilmu agama kita. tingkatkan iman di dada. ikhlaskan hati sebaik mungkin bila beribadah dan buat baik. jangan berkira dengan Allah. usah peduli apa yang manusia fikir tentang kita. biarlah kita dibenci berubu manusia, asalkan Allah redha hidup kita. Allah sayang kita. kita bekerja dan berkhidmat di jalan Allah. ( insya-Allah, hidup tenang.) dan perubahan ke arah lebih baik itu, berjaya membuahkan hasil.
ha. setelah dibaca, apa yang anda rasa? 2010 titik permulaan yang segar ( a fresh start lah. nak buat BM pun susah). rata-rata saya baca dari blog rakan-rakan semua nak jadi serius untuk thn depan. nak belajar sungguh-sungguh. taknak main-main. (termasuklah yang tukang taip ni). jadi, kita mulakan dengan perlahan-lahan. jangan terus sekali harung. nanti tak terlarat pulak. buat sedikit sedikit. sabar dan tenang. okie?
let's give ourselves some space.
FaTiMaHZaHRa'ZuLQaRNaiN
No comments:
Post a Comment